BAB 44

3.8K 189 31
                                    

"CANTIK menantu kau ye Sue Adham patut lah korang nak sangat kahwinkan diorang cepat-cepat sama cantik sama padan"puji Mak ngah sambil memandang ke arah Ayra Amani yang malu-malu itu. Dari tadi lagi dia perasan yang menantu adiknya ini agak malu-malu lagi mungkin baru nak biasakan diri dengan mereka.

Kembang hidung Datin Suraya apabila kakak iparnya memuji menantunya. Dia sudah kata siapa yang melihat Ayra Amani pasti akan memuji Ayra Amani. Dato Syed Adham hanya menggeleng kepala apabila melihat isterinya sudah kembang apabila kakaknya memuji menantu mereka.

"nanti kamu semua senang-senang datang lah ke Terengganu bawa lah Ayra ni sekali balik tengok kampung"kata mak ngah kepada mereka.

"ya nanti kalau kami tak sibuk kami balik lah ke sana aku pun dah lama tak balik kampung"kata Dato Syed Adham kepada kakaknya.

Ayra Amani hanya mendengar sahaja perbualan mereka semua. Mulutnya sibuk mengunyah sosej dan ayam bakar langsung tidak menyampuk. Baik dia makan bagi kenyang lagi bagus dan dia langsung tak hiraukan Syed Azrief yang sedari hanya memerhatinya.

"kau ni perut stoking ke? tadi lepas balik sekolah kau dah melantak sampai nak terburai perut ni kau lahap macam aku tak bagi makan ni kenapa?"

"ish ikut suka aku lah aku lapar. Tu tadi masa balik sekolah ni dah malam mana tak lapar aku"

"kau tu kalau jamu apa pun tak kenyang. Nah makan bagi perabis sampai kau kenyang"

"weh gemuk lah aku nanti makan banyak benda macam ni malam-malam nanti tak muat semua baju aku tu siapa nak pakai?"

"tulah perempuan waktu lapar tak ingat dunia lepastu baru nak teringat pasal baju lah bra lah"

Terus Ayra Amani menampar tangan Syed Azrief. Tak senonoh punya orang ada patut cakap benda macam tu depan orang nasib baik lah tak ada orang dengar kerana semua sibuk bergelak tawa.

"apa? betul lah aku cakap mana ada salah. Alah kau ni makan jelah setakat naik 1kg tu tak ada hal lah bukan reban pun katil dalam bilik kau tu"kata Syed Azrief selamba.

Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Sejak-sejak dia berkahwin ni dia rasa dia agak gemuk sedikit kerana selalu sangat lapar pada waktu malam. Ini semua salah lelaki itu lah selalu sangat mengorder makanan yang sedap. Yang membuatkan dia sakit hati apabila berat badan Syed Azrief tidak naik langsung walaupun 1kg! dia kalau makan banyak tak sah lah kalau berat tak naik.

"eh tadi masa nak datang sini kau ada bawa tak buku latihan aku sekali?"tanya Syed Azrief tiba-tiba.

"ha ada tapi dalam kereta kenapa?"tanya Ayra Amani pelik. Tiba-tiba sahaja tanya tentang buku rasa pelik dan sangat pelik.

"pergi ambil buku kita buat sama-sama esok nak kena hantar kan. Aku tengok buku latihan aku kosong je tak pandai buat ke?"perli Syed Azrief kepada Ayra Amani. Ingat dia tidak tahu ke yang Ayra Amani tu paling tidak suka subjek matematik. Nasib baik lah dia ni suami yang baik merelakan sahaja Ayra Amani meniru latihan matematiknya.

"tak payah nak perli lah. Apa kata kau buat aku tiru je tak boleh ke?"kata Ayra Amani sambil membuat muka comel.

"argh takdanya. Kau pun kena buat sama. Bukan aku taknak bagi kau tiru tapi sampai bila? nanti nak spm bukan aku boleh tolong kau pun, meja aku dengan kau jauh kau meja depan aku meja belakang"

"hm yelah tapi kau kena tolong aku sampai aku faham selagi aku tak faham kau kena ulang lagi dan lagi"

"banyak lah kau! tak ada kerja aku nak ulang banyak kali. Ha tulah lain kali cikgu Fatin ajar tu dengar jangan nak mengelamun tak tentu pasal. Tengok aku selalu ponteng kelas pun faham cikgu ajar"kata Syed Azrief dengan bangga.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now