BAB 13

5.1K 164 5
                                    

AYRA Amani memeluk tubuh tok dan anyah silih berganti. Berat hatinya mahu meninggalkan dua wanita tua itu lagi. Seminggu baginya tidak cukup kalau boleh nak tinggal sini lagi lama tapi apakan daya minggu depan sudah mula sekolah. Nak buat macam mana sekolah lebih penting.

"jaga diri baik-baik Ayra"kata tok sambil mengesat air mata.

"tok dengan anyah pun jaga diri baik-baik kalau ada apa-apa telefon Ayra naih jangan diam ja"

Tok dan anyah mengangguk kepala. Rindu mereka terhadap gadis itu belum cukup. Seminggu sahaja belum cukup untuk meluangkan masa dengan gadis itu.

Syed Azrief selesai meletakkan luggage mereka di dalam bonet kereta lalu dia menghampiri Ayra Amani yang berpelukan dengan Puan Aisya itu. Peluk macam tak nak lepas. Muka macam tak nak balik pun ya.

"tok, anyah terima kasih layan saya baik selama seminggu ni. Seronok dapat duduk sini kalau boleh nak duduk lagi lama"kata Syed Azrief pula.

"tak apa tok dengan anyah faham hampa dua sekolah lagi. Nanti cuti sekolah balik lah mai sini naih. Maaf haritu hang terpaksa tengok pergaduhan kat kenduri"

"tak apa tok benda pun dah jadi. Insha Allah nanti raya kami balik raya sini dengan tok dan anyah"janji Syed Azrief.

Mata Ayra Amani memandang Syed Azrief. Pandai-pandai je janji buatnya tak dapat balik beraya disini tak ke tok dan anyahnya sedih. Jangan lah janji dulu nak raya lambat lagi ni.

"Alhamdulilah. Ayra tok nak pesan. Hang dah jadi bini orang lani. Jaga makan, pakai laki hang jangan hang abaikan keperluan dia. Hormat dia sebagai suami nak kemana-mana minta izin dia dulu. Dia tak bagi hang tak buat apa. Faham tak lani?"

"ya tok Ayra faham aih. Ada apa-apa lagi ka nak pesan sebelum balik ni?"

"ada"

Kini mata Ayra Amani beralih ke arah Puan Aisya.

"jaga diri, makan on time ingat hang tu ada gastrik teruk. Ubat jangan lupa makan kalau sakit"

"baik anyah semua pesanan tok dengan anyah dah masuk dalam kepala Ayra"

Syed Azrief tersenyum disebelah. Sayang sungguh dua wanita tua itu dengan Ayra Amani. Bermacam pesanan mereka beri kepada gadis itu. Walaupun gadis itu tidak pernah merasakan kasih sayang ibu bapa tapi gadis itu mendapat kasih sayang yang secukupnya dari tok dan anyah. Gadis itu membesar dengan baik sekali atas didikan dua wanita tua itu.

"kami gerak dulu ya"kata Syed Azrief lalu menghulurkan tangan untuk menyalam dengan tok lalu beralih ke arah Puan Aisya pula.

Ayra Amani melambai tangan dengan wajah sedih. Sedihnya dah nak balik rasa tak cukup dengan seminggu dia nak lebih lagi. Dia sudah terbiasa tidur di kampung balik ni nanti mesti dia tak boleh tidur sebab berubah tempat tidur lagi.

"bye"ucap Ayra Amani sambil melambai tangan.

Kereta mula bergerak meninggalkan rumah itu. Tiba-tiba rasa seperti mahu menangis lagi.

"jangan menangis aku tak suka"

Automatik air mata Ayra Amani tidak jadi mengalir. Spoil betul lah mamat ni. Orang baru nak sedih-sedih tinggalkan kampung. Sengaja potong mood!

"nak singgah mana-mana dulu tak?"tanya Syed Azrief yang sedang memandu itu.

"tak tau awat hang nak singgah mana?"tanya Ayra Amani semula.

"awal lagi ni aku nak singgah Padang Kota pekena pasembor sedap juga makan ni"

Jam di skrin kereta dipandang. Baru pukul 1 petang nak makan pasembor? Kena ke? Waktu begini orang lain cari nasi campur mahupun nasi kandar tapi lelaki itu nak makan pasembor? Wah lain dari lain ni.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now