BAB 27

4.4K 151 5
                                    

SAMPAI sahaja mereka di Pavillion. Datin Suraya dan Dato Syed Adham berjalan dihadapan mereka manakala mereka berdua berjalan bersama dibelakang. Ayra Amani memandang sekeliling risau jika terserempak dengan rakan-rakan sekolah.

"kau apahal pandang orang?"tanya Syed Azrief yang menyedari kepala Ayra Amani ke kiri ke kanan.

"takut terserempak dengan budak sekolah"kata Ayra Amani lalu dia membetulkan rambutnya.

"kalau terserempak pun apa salahnya kan"usik Syed Azrief sambil tersengih.

"banyak lah kau. Kau tak apalah kau tu famous dekat sekolah aku ni? Tak habis-habis kena gossip je dengan kau"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief. Sakit hatinya melihat senyuman Syed Azrief itu.

"kan tak pasal-pasal kau sekali famous"kata Syed Azrief lagi lalu dia meletakkan tangannya di atas bahu Ayra Amani.

"banyak lah kau. Aku banyak haters dari fans!"kata Ayra Amani lalu dia menolak tangan Syed Azrief yang di atas bahunya itu.

"nanti aku buat yang haters jadi fans okay"kata Syed Azrief lalu dia mencuit pipi Ayra Amani.

"jom masuk Gucci Ayra"ajak Datin Suraya lalu dia merangkul lengan menantunya.

"abah dengan Rief nak masuk ke tak?"tanya Datin Suraya kepada mereka berdua.

"masuk jelah"kata Dato Syed Adham dan diikuti oleh Syed Azrief.

Datin Suraya memilih koleksi handbag di terharu keluaran Gucci. Manakala Ayra Amani hanya membelek handbag sahaja. Tak mampu dia nak beli. Handbagnya sekarang ini pun Faleeq yang membeli di luar negara. Kalau dia nak sekali pun dia pasti takkan membeli apabila melihat harga handbag. Daripada habiskan duit beli handbag baik dia makan lagi kenyang.

"Ayra sini jap"panggil Datin Suraya. Lalu Ayra Amani me dekati ibu mertuanya.

"handbag ni cantik kan?"tanya Datin Suraya. Dia mengangkat handbag itu.

"haah tapi kalau mama nak pakai beg ni macam tak sesuai je sebab dia kecil"Ayra Amani memberi pendapat.

"siapa kata untuk mama? Mama nak beli untuk Ayra lah. Mama pun tahu kalau beg macam ni mana sesuai untuk mama"kata Datin Suraya lalu dia menyilang handbag itu ke lengan menantunya.

"eh taknak lah Ayra. Dah lah mahal handbag ni"tolak Ayra Amani. Gerun dia melihat harga handbag itu.

"ambil je Ayra dah mama nak belanja tu"cerah Dato Syed Adham dibelakang.

Ayra Amani memberi isyarat mata kepada Syed Azrief untuk membantunya tetapi Syed Azrief hanya mengangkat bahu. Dia mengeluh, bukan nak menolongnya malah lelaki itu sibuk memilih dompet.

"Ya Allah mama tak payah lah. Lagipun Ayra tak suka handbag mahal sangat. Kalau mama nak belanja mama belanja benda murah-murah je Ayra terima yang tu"kata Ayra Amani dengan nada memujuk.

"yang tu bila-bila pun boleh Ayra. Ni mama nak belanja Ayra handbag ni ambil jelah ye"kata Datin Suraya lembut. Dia memegang tangan menantunya.

Serba salah Ayra Amani dibuatnya apabila Datin Suraya memaksanya supaya menerima juga. Bukan dia tidak mahu tetapi harga satu handbag sahaja mencecah sembilan ribu. Bukan nama rugi ke itu?

"yelah dah mama cakap macam tu. Terima kasih mama"kata Ayra Amani lalu dia memeluk tubuh ibu mertuanya dengan erat.

"sama-sama sayang. Rief nak apa-apa tak?"tanya Datin Suraya kepada anaknya.

"Rief ambil ni"lalu dompet yang dipilih tadi ditunjuk kepada Datin Suraya.

Datin Suraya hanya mengangguk lalu dia memberi handbag yang dipilih tadi kepada pekerja yang mengikut mereka dan menyambung memilih handbag untuk dirinya pula.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now