"kau bahagia sangat dapat berkahwin dengan kau walaupun pada mulanya dua-dua tak dapat terima tapi alhamdulilah Allah dah aturkan perjalanan kita dengan cantik. Aku bersyukur sangat dapat jadikan kau isteri aku, aku sungguh bertuah memiliki kau"kata Syed Azrief lembut.

"aku minta maaf sangat-sangat dekat kau. Aku tahu sepanjang kita berkahwin aku selalu buat masalah. Aku selalu ikut perasaan aku tak fikir langsung tentang perasaan kau. Pasal haritu pun aku nak minta maaf juga. Sepatutnya aku percaya kau dari orang lain tapi aku ni bodoh sebab percaya kata orang lain aku sanggup bergaduh dengan kau tanpa aku mendengar penjelasan kau"kata Ayra Amani. Air matanya mula meleleh apabila mengingat kembali dosa-dosa.

"shh jangan lah nangis nanti tak cantik dah kau. Kau tak bodoh dan tolong jangan gelarkan diri kau bodoh aku tak suka. Aku maafkan kau. Aku langsung tak ambil hati dengan kau. Aku juga salah dalam hal ni aku patut cerita semuanya kepada kau bukan kau dengar segala cerita pasal aku dari mulut orang luar"kata Syed Azrief lalu dia mengesat air mata yang meleleh di pipi Ayra Amani dengan lembut.

"aku minta maaf ye atas semua kesalahan aku selama ni. Selamat hari raya"kata Ayra Amani tersedu sedan.

"selamat hari raya sayang"kata Syed Azrief lalu dia terus menarik Ayra Amani ke dalam dakapannya dan mengosok belakang Ayra Amani dengan lembut. Sensitif sungguh Ayra Amani ini di pagi raya.

"hai sweet couple tak nak keluar bilik ke? Semua dah tunggu dekat luar ni"kata Sharifah Alisha yang menjadi 'syaitan' yang mematikan mood romantik mereka.

Ayra Amani menolak badan Syed Azrief yang memeluknya itu. Air mata yang masih di pipi dikesat dengan lembut kerana dia tidak mahu merosakkan make up nanti kena touch up lagi kalau make up cair dengan air matanya.

"dah jom kita keluar"ajak Syed Azrief lalu tangan Ayra Amani dicapai dan digenggam erat. Dia memandang ke arah Ayra Amani dan Ayra Amani juga memandang ke arahnya sebelum mereka berdua sama-sama keluar dari bilik.

Sharifah Alisha tersenyum-senyum apabila mendapat Whatsapp daripada mamat espresso. Ingat hubungan mereka setakat itu sahaja tapi siapa sangka mamat espresso itu mahu berkawan dengannya sehingga ke tahap ini. Mereka berkawan senyap-senyap tiada siapa pun yang tahu tentang hal ini.

Syed Azrief berdiri dibelakang Sharifah Alisha yang sedang menaip ditelefon. Dia merendahkan sedikit badannya dan melihat apa yang sedang dilakukan oleh kakaknya itu.

"what?!"kata Syed Azrief terkejut.

Terus Sharifah Alisha memadamkan telefon dan memandang ke arah Syed Azrief dengan wajah terkejut. Bila masa Syed Azrief ada dibelakangnya? Jangan-jangan Syed Azrief dah baca perbualan mereka berdua di Whatsapp?

"apa kau ni"kata Sharifah Alisha berlagak tenang. Padahal jantungnya sudah bergetar hebat. Jangan lah bocor terlalu awal tolong lah.

Syed Azrief menutup mulutnya dengan menayang wajah tidak percaya. Bila masa diorang berdua kenal? Dan kenapa perkara ini dia dan Ayra Amani tidak tahu?

"jangan nak berlakon tak tahu pula sejak bila korang bercinta ni?"tanya Syed Azrief terus terang.

Membulat mata Sharifah Alisha apabila Syed Azrief berkata begitu. Agak dah mesti Syed Azrief membaca perbualan mereka. Kalau tidak takkan lah Syed Azrief tahu semua perkara ini.

"shh diam lah nanti orang dengar"kata Sharifah Alisha berbisik.

"sejak bila korang bercinta ni Kak?"tanya Syed Azrief separa berbisik.

"dah dekat 2 bulan macam tulah"kata Sharifah Alisha lagi.

"sampai hati kau kan Kak. Berlakon seperti tidak punya cowo bergerak menjadi cewe abang ipar aku!"kata Syed Azrief kuat.

Terus Sharifah Alisha menutup mulut Syed Azrief dengan tangannya. Sepupu mereka semua mengalih pandangan ke arah mereka berdua. Ayra Amani tiada di rumah kerana dia mengikut Datin Suraya beraya ke rumah adik-beradik Datin Suraya yang lain alang-alang itu Datin Suraya mahu memperkenalkan Ayra Amani kepada adik-beradiknya.

Syed Azrief pula sudah penat ke sana ke sini beraya. Jadi dia ambil keputusan untuk berehat di rumah. Dia fikir Sharifah Alisha mengikut rupanya tidak. Mengatal dengan abang ipar dia di dalam Whatsapp. Kalau dia tak menyibuk tengok siapa kakaknya berwhatsapp sampai kiamat pun dia tidak tahu.

"kau ni kan Rief diam lah. Bukan tak nak bagitahu kau tapi kitorang baru lagi. Tak nak lah aku bagitahu kau awal-awal sebab kitorang tak confess apa pun lagi, kalau dia tak suka aku nanti nampak sangat macam aku beria pula"kata Sharifah Alisha sambil tersenyum.

"yang tu aku tak kisah yang aku kisah dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni kenapa abang ipar aku juga kau tersangkut?"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala. Memang gelap hidupnya. Ulang alik mesti muka Kakaknya juga dia akan berjumpa kalau betul lah Kakaknya dengan abang iparnya.

"nak buat macam mana dah jodoh"jawab Sharifah Alisha ringkas.

"jodoh lah sangat. Macam mana korang boleh tercouple ni? Korang bukan pernah jumpa sangat pun kan"tanya Syed Azrief pelik. Setahu dia kakaknya ini payah nak keluar atau berkawan dengan lelaki tetapi kali ini macam mana pula boleh tersangkut dengan abang iparnya.

"jodoh itu rahsia Allah jadi biarlah kitorang je tahu memori dimana kami bertemu"kata Sharifah Alisha lalu dia mengenyit mata ke arah Syed Azrief sambil tersenyum.

Mahu termuntah Syed Azrief melihat. Memori konon. Memori berkasih lah sangat.

"dah lah aku nak masuk berehat penat"kata Syed Azrief lalu dia terus masuk ke dalam bilik. Di rumah keluarga Datin Suraya memang ada banyak bilik jadi tidak perlu lah berkongsi bilik.

Syed Azrief masuk ke dalam bilik. Dia merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Sungguh dia penat sangat harini. Awal pagi dia sudah ke masjid untuk solat hari raya selepas itu menziarahi kubur arwah datuk dan neneknya. Selepas itu mereka beraya ke rumah adik-beradik Datin Suraya.

Pada mulanya Ayra Amani mahu pulang rehat di rumah tetapi Datin Suraya mengajak Ayra Amani untuk ke rumah adik-beradiknya yang lain, Ayra Amani pula serba salah kalau tidak mengikut jadi Ayra Amani mahu menurut. Bukan dia berlagak tidak mahu menziarahi adik-beradik Datin Suraya cuma dia rasa terlalu penat sangat badannya.

"tak sangka kan kau Kak, pusing-pusing abang ipar aku juga kau sangkut"kata Syed Azrief sambil senyum. 

Perlahan-lahan Syed Azrief memejam matanya. Baju Melayu ditubuh dibiarkan sahaja tiada rasa mahu membuka kerana dia sangat penat dia hanya mahu lelapkan mata buat sebentar sahaja.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now