"baik Datin"jawab Datin Suraya. Sudah terbiasa dipesan begitu oleh majikannya setiap kali majikannya mahu kemana-mana.

"tak habis-habis dengan ikan dan bunga"kata Dato Syed Adham perlahan tetapi dapat didengari oleh Syed Azrief disebelah. Syed Azrief hanya tersenyum mendengar. Halaman rumah mereka pun penuh dengan bunga sampai Datin Suraya membuat satu halaman untuk garden flower bagi semua tanaman bunganya.

"mari lah kita berangkat sekarang pun dah pukul 11:45 pagi nanti sesak pula jalan semua pakat nak balik beraya"kata Dato Syed Adham kepada mereka. Syed Azrief mula mengambil tempat dibahagian pemandu manakala Ayra Amani mengambil tempat dibelakang Syed Azrief.

Syed Azrief membetulkan cermin hadapan. Mata mereka berdua bertembung. Sempat Syed Azrief menghadiah kenyitan mata kepada Ayra Amani lalu dia tersenyum manis. Ayra Amani yang melihat itu tersenyum malu. Di dalam kereta pun sempat lagi nak mengatal.

"bawa elok-elok Rief aku nak tidur sampai Terengganu"pesan Sharifah Alisha kepada Syed Azrief dibahagian pemandu.

"aku tahu lah"jawab Syed Azrief. Dengan membaca bismillah dia memula pemanduan. Kaca mata hitam dibetulkan. Dia suka memandu dengan memakai kaca mata hitam kerana dia selesa.

PUAN Marina membantu Tok membersihkan balang-balang kuih sebelum diisi dengan kuih raya yang sudah dibeli siap olehnya. Tok bukan kuat mana dah kalau mahu membuat kuih raya pun sebab itu lah dia dan Puan Maria membeli sahaja kuih-kuih raya dari Kuala Lumpur.

"Ayra tak balik ka raya ni Ina?"tanya Tok kepada Puan Marina yang tekun mengelap balang-balang kuih.

Mia Adriana baru sahaja mahu melangkah ke dapur terhenti apabila mendengar nama Ayra Amani disebut oleh Tok. Dia menyorok badannya dibelakang dinding kayu untuk mendengar lagi perbualan Tok dan ibu saudaranya.

"balik tapi raya ketiga macam tulah baru balik mai Penang m. Tahun ni Ayra raya dekat Terengganu dengan keluarga Azrief"kata Puan Marina tenang.

"mak ingat depa tak balik raya sini dah sebab haritu pun dok tak dan sat depa dah nak balik pi Kulompo dah"kata Tok. Dia masih ingat lagi kejadian dimana Syed Azrief dan Ayra Amani bergesa-gesa mahu pulang ke KL katanya ada urusan keluarga.

"balik lah mak. Ayra lani dah jadi isteri orang kita tak boleh nak atur hidup dia lagi dah. Ayra cakap macam tak adil pula kalau selalu balik Penang tapi dia tak pernah pi pun kampung Azrief tu kat Terengganu walaupun keluarga Azrief tak kata apa"kata Puan Marina. Sejujurnya dia terasa sebak kerana tahun ini mereka tidak dapat beraya sekali dengan Ayra Amani seperti tahun-tahun sebelum ini tapi harus bagaimana Ayra Amani sudah berkahwin pasti lah dia harus mengikut kemana sahaja suaminya pergi.

"betul lah sat lagi depa kata dok balik mai sini ja. Mak bukan apa Mak rasa gembira sangat bila tengok Ayra gembira macam lani. Akhirnya dia dapat rasa gembira tu bila dia bersama Azrief. Mesti arwah pun gembira tengok hajat depa nak satukan Ayra dan Azrief tercapai"kata Tok sambil menitis air mata. Cucu yang dijaga dari kecil sudah besar sekarang dan sudah berkahwin siapa je tak gembira.

"Ina pun mak, Ina rasa lega sangat sebab Ina dah tunaikan permintaan arwah dan Ina bersyukur sangat sebab Ayra pun setuju dengan permintaan ibu bapa dia. Dulu Ina pening kepala dok fikir macam mana lah nak bagitahu Ayra pasai benda ni tapi Allah dah aturkan dengan baik sekali"kata Puan Marina sambil tersenyum.

"Mak harap hubungan depa berkekalan sampai bila-bila. Walaupun depa dua masih muda tapi Mak nampak yang depa dua tu kuat orangnya. Ayra layak untuk merasakan bahagia seperti orang lain sebab waktu kecik dia dulu tak seindah macam orang lain jadi Mak nak dia gembira sekarang"kata Tok lagi. Dia mengelap sisa air mata dipipinya.

"kita doa yang baik-baik untuk depa"kata Puan Marina lalu dia mengenggam tangan maknya erat.

Tok mengangguk kepala sambil tersenyum. Bergembira lah wahai Ayra Amani Binti Hisham. Sudah tiba masanya untuk kamu merasakan nikmat bahagia bersama orang yang kamu sayang.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now