"mama dengan abah nak raya dekat KL atau dekat kampung?"tanya Syed Azrief kepada Dato Syed Adham dan Datin Suraya. Kampung yang dimaksudkan oleh Syed Azrief itu adalah kampung kediaman Datin Suraya iaitu di Terengganu. Dato Syed Adham pula tiada kampung kerana dia memang berasal daripada Kuala Lumpur.

"tahun ni mama dengan abah raya dekat kampung dah lama tak balik raya kampung"kata Datin Suraya bagi pihak Dato Syed Adham.

Syed Azrief memandang Ayra Amani meminta jawapan. Ayra Amani menjongket kening kepada Syed Azrief. Tidak tahu mahu jawab apa sebab mereka tidak pernah merancang mahu raya dimana. Tiba-tiba ditanya oleh itu memang kau pandang aku, aku pandang kau lah jawabnya.

"kami raya dengan mama dan abah di kampung tahun ni"kata Ayra Amani bagi pihak Syed Azrief.

Sekurang-kurangnya kalau mereka raya di kampung Syed Azrief di Terengganu mereka tidak akan berjumpa dengan Mia Adriana yang beraya di Penang. Memang setiap tahun keluarga maksunya akan beraya di Penang kerana paksu mereka tiada kampung. Jadi untuk mengelak hatinya terus tersakiti lebih baik dia mengelak selagi boleh.

Syed Azrief memandang Ayra Amani tidak percaya. Biar betul Ayra Amani mahu beraya di Terengganu? Bukan ke semua perempuan yang dah berkahwin mahu raya dengan keluarganya dahulu baru lah beraya dengan keluarga suami tapi Ayra Amani lain. Dia mahu raya disebelah suami dahulu.

"betul ke ni Ayra? Kalau Ayra nak raya dekat Penang dulu pergi lah mama ada dekat Terengganu 3 hari"kata Datin Suraya kepada menantunya.

"ye betul mama kami memang nak raya di kampung mama dulu. Raya kedua ketiga insha Allah baru kitorang balik beraya di Penang"jawab Ayra Amani sambil tersenyum.

Macam tidak adil pula kalau mereka beraya di Penang. Sepanjang mereka berkahwin memang selalu sangat mereka pulang ke Penang. Rasa tidak sedap hati pula kalau beraya di Penang dahulu sedangkan dia belum pernah ke kampung Syed Azrief di Terengganu.

"kalau Ayra cakap macam tu okay lah meriah sikit nanti"kata Datin Suraya gembira. Mana taknya menantunya mahu beraya di kampungnya di Terengganu. Boleh lah dia memperkenalkan menantunya kepada ahli keluarganya yang lain.

Syed Azrief masih blur disitu. Entah kenapa dia dapat merasakan Ayra Amani sedang sembunyikan sesuatu tetapi apa? Macam pelik pula Ayra Amani mahu raya di kampungnya dahulu. Takkan tidak mahu beraya di Penang dahulu? Dia okay je kalau Ayra Amani mahu beraya di Penang dahulu sebab di suka akan suasana di kampung Ayra Amani di Penang. Balik beraya ke kampungnya raya kedua atau ketiga pun tak apa.

"lepas raya trial SPM kan? Dah buat ulang kaji belum?"tanpa Dato Syed Adham setelah sekian lama mendiam diri.

"dah abah dah ready dah pun"kata Syed Azrief tenang.

Ayra Amani mula gugup apabila disoal begitu oleh bapa mertuanya. Gaya macam disoal oleh ayah sendiri pula tetapi Ayra Amani berasa gembira apabila Dato Syed Adham mengambil tahu tentang mereka rasa diri disayangi.

"Ayra okay? Ada apa-apa masalah di sekolah?"tanya Dato Syed Adham pula kepada menantunya.

"alhamdulilah setakat ni semua okay abah"jawab Ayra Amani lembut.

"bagus lah macam tu. Abah nak kamu berdua buat yang terbaik untuk trial SPM ni. Lepas habis SPM kalau kamu nak apply universiti mana pun tak apa abah tak kisah abah akan tanggung pembelanjaan universiti kamu berdua"kata Dato Syed Adham lagi.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now