"pernah ke kau jaga air muka aku? Kau biarkan darjat aku seorang isteri dipijak-pijak oleh ex-girlfriend kau. Kau ingat aku ni tunggul kayu ke dekat belakang tengok je dia pegang-pegang kau sana sini dan kau pun diam je tak marah tak apa. Mesti lah seronok kalau dah dipegang oleh perempuan. Semua lelaki sama!"kata Ayra Amani pula.

"ye aku tahu aku salah bab tu aku minta maaf tapi kau tak boleh buat aku macam ni Ayra. Aku ni suami kau bukan kawan kau walaupun umur kita sama dan  kita masih muda kau wajib hormat aku sebagai seorang suami. Syurga kau bawah tapak kaki aku bukan dekat orang lain"kata Syed Azrief lagi.

"aku tahu semua tu. Aku hormat kau seorang suami Azrief dan aku percaya kau setengah mati tapi kau hancurkan semua kepercayaan aku pada kau. Kau tipu aku hidup-hidup kau tahu tak bertapa sakitnya hati aku tengok semua tu. Aku ni isteri kau! Isteri mana yang sanggup tengok video suami dia sendiri berasrama dana dengan perempuan lain cakap?!"kata Ayra Amani dengan nada kuat. Dia menangis lagi apabila dikenangkan tentang itu.

"semua tu benda lain lah aku dah tak buat benda kotor macam tu. Aku budak lagi waktu tu aku tak fikir apa. Aku hanya fikir hiburan sahaja waktu tu. Aku dah berubah Ayra aku dah berubah. Aku tak nak tanggung dosa sebab buat benda ni lagi. Cukup lah dosa-dosa lama aku dulu"kata Syed Azrief perlahan.

"apa bukti kau dah berubah? Aku tak nampak apa-apa perubahan dari kau. Kalau kau berubah kau takkan benarkan Mia pegang tangan kau dan peluk kau. Cakap sahaja lah yang kau masih ada hati lagi dekat dia betul kan?!"kata Ayra Amani dengn nada kuat. Dadanya sudah naik turun menahan amarah di dada.

"sumpah demi Allah aku dah tak ada hati dekat dia. Cuma kau je yang ada dalam hati aku sekarang ni. Tolong lah percaya cakap aku Ayra. Aku tak tahu apa lagi yang harus aku buat untuk kau percaya cakap aku"kata Syed Azrief lalu dia mencapai tangan kanan Ayra Amani dan diusap lembut.

"kalau kau tak nak kita bercerai-berai tolong jangan cemarkan mata aku dengan hubungan kau dan Mia. Aku tak kisah kau nak berapa-apa sekali pun dengan dia tapi bukan depan aku dan aku tak nak dengar apa satu pun tentang korang sampai dekat telinga aku. Kalau kau bukan dengan Mia sekali pun aku dengar je gossip murahan tentang kau, aku tetap dengan syarat aku. Itu sahaja syarat aku. Kalau kau tak boleh nak tunaikan permintaan aku akan failkan cerai walaupun permintaan aku ni macam budak-budak tapi aku tak main-main dengan kata aku"kata Ayra Amani tegas.

"okay baik kalau itu yang boleh buatkan kau puas hati aku terima, aku akan buktikan dan aku akan kembalikan kepercayaan kau pada aku"kata Syed Azrief setuju. Dia tiada masalah langsung dengan syarat-syarat Ayra Amani itu.

"dan kau harus menjaga maruah aku seorang suami. Aku tak nak kau cakap dengan mana-mana lelaki selain daripada kawan-kawan kita. Kau tu isteri aku dan aku tak izinkan kau keluar kemana-mana tanpa ada dan tanpa kebenaran aku. Kalau aku dapat tahu kau langgar semua ini tahu lah nasib kau nanti"kata Syed Azrief sambil tersenyum sinis.

"aku setuju!"kata Ayra Amani lalu dia menghulurkan tangan kepada Syed Azrief dan Syed Azrief menyambut huluran Ayra Amani tanda setuju dengan syarat masing.

"bagi phone kau kat dekat aku"kata Syed Azrief sambil menghulurkan tangannya kepada Ayra Amani.

"buat apa?"tanya Ayra Amani pelik. Tiba-tiba sahaja mahu telefonnya dah kenapa buat tabiat ke? Tak pernah-pernah mahu telefonnya harini mencatat sejarah ke?

"bagi jelah banyak cakap pula kau"kata Syed Azrief lalu dia menyeluk beg tangan Ayra Amani dan mengeluarkan telefon dari beg tangan Ayra Amani.

"eh eh suka hati kau je"kata Ayra Amani dengan nada tidak puas hati. Suka hati je seluk beg tangan dia. Dia belum bagi keizinan lagi pun tapi kalau dah nama Syed Azrief ingat dia akan kisah ke?

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now