"kau ingat aku tipu kau? Sini aku tunjuk dekat kau. Biar kau tengok dan hadam baik-baik"kata Mia Adriana geram. Sakit hati melihat Ayra Amani seakan-akan tidak percaya cerita yang dia cerita kepada Ayra Amani itu. Langsung dia mencari video mereka di dalam gallery untuk ditunjukkan kepada Ayra Amani.

"nah tengok lah kalau kau nak kata aku reka cerita"kata Mia Adriana lalu dia menghulurkan telefonnya kepada Ayra Amani.

Dengan teragak-agak Ayra Amani menyambut huluran telefon Mia Adriana. Jantungnya berdebar hebat apabila melihat video Mia Adriana yang berada di kelab malam dan tangan Syed Azrief memeluk pinggan Mia Adriana semasa mereka berdua sedang menari. Syed Azrief juga mencium bibir Mia Adriana dan Mia Adriana mencium pipinya Syed Azrief. Ayra Amani sabarkan hatinya daripada mencarut.

"ada lagi tapi yang ni aku tak boleh nak bagi kau tengok lah ni video intim sikit"kata Mia Adriana sambil tersenyum apabila melihat riak wajah Ayra Amani sudah berlain.

"video ni je? Setakat video ni tak jadi apa-apa lah"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Padahal dia sudah tertanya betul ke video ni?

"kalau kau nak lagi bukti sini aku tunjuk lagi biar kau puas hati"kata Mia Adriana geram. Tangannya laju menscroll gallery dan menekan video yang sudah dijumpai.

"nah kau tengok lah sendiri"kata Mia Adriana mendatar.

Ayra Amani mengambil telefon Mia Adriana dan menekan play pada video itu. Terlihat di dalam bilik hotel. Mia Adriana dan Syed Azrief sedang tidur bersama. Syed Azrief tidak memakai sebarang baju dan Mia Adriana hanya memakai singlet tali halus. Mia Adriana memeluk badan Syed Azrief. Dadanya berdebar hebat melihat video itu.

"masih tak percaya lagi? Azrief tu bukan lelaki yang baik lah Ayra dia tak sesuai untuk kau. Aku rasa bukan aku sorang je yang tidur bersama dia tapi ramai lagi nak-nak si Amelyn tu"kata Mia Adriana lagi kepada Ayra Amani.

"okay terima kasih untuk semua gambar dan video ni aku sangat menghargai usaha kau untuk buat aku sakit hati tapi malangnya sikit pun aku tak terkesan dengan video kau ni. Kalau kau tak nak basuh pinggan ni lebih baik kau blah kalau kau nak basuh semua ni aku yang blah"kata Ayra Amani mendatar.

Mendengarkan itu Mia Adriana menhenyak kakinya tanda geram. Geram apabila mahu membuat Ayra Amani sakit hati tidak berjaya. Dia fikir dengan bukti yang dia ada Ayra Amani akan percaya tapi tidak. Ayra Amani tidak percaya malah dia pula yang diejek-ejek oleh Ayra Amani sakit hatinya.

Ayra Amani memandang kelibat Mia Adriana yang sudah hilang dari dapur. Fikirannya kembali melayang pada video dan gambar yang dilihat tadi. Betul ke semua ni? Adakah patut dia bertanya sendiri kepada Syed Azrief tentang itu? Dia mahukan perjelasan daripada Syed Azrief.

Siap membasuh semua pinggan dan gelas yang digunakan Ayra Amani terus keluar dari rumah untuk ke bilik air. Dia mahu mengambil wuduk. Kalau ambil wuduk lambat nanti mesti bilik air direbut oleh mereka semua. Harap-harap dengan mengambil wuduk hatinya kembali tenang.

KEESOKKAN paginya Syed Azrief mencari Ayra Amani. Selepas sahaja solat subuh berjemaah Ayra Amani hilang tanpa jejak. Dia bangun pagi tadi hanya yang tinggal dia, Fareez, Faleeq dan Rayyan sahaja yang lain semestinya sudah bangun.

Dia melangkah ke dapur melihat Mak Long sedang mengelap pinggan dan mangkuk sebelum disusun semula ke dalam rak pinggan dan mangkuk.

"Mak Long Rief nak tanya ni Mak Long ada nampak Ayra tak? Rief cari dia tak jumpa"kata Syed Azrief kepada Mak Long.

Terus terhenti kerja Mak Long. Dia memandang ke arah Syed Azrief dengan wajah tidak percaya.

"lah hang taktau ka Ayra sakit kepala dia dok tidur dalam bilik Tok"kata Mak Long kepada Syed Azrief. Selepas sahaja subuh tadi Ayra Amani masuk ke dalam bilik mereka mengatakan dia sakit kepala dan ingin berehat di dalam. Dia pun tahu Ayra Amani baru pulang dari hospital sebab itu dia sedikit gelabah apabila Ayra Amani mengatakan dia sakit kepala.

"sakit kepala? Dia tak bagitahu apa-apa pun dekat Rief"kata Syed Azrief. Patut lah dia tidak nampak Ayra Amani selepas subuh rupanya dia berehat di dalam bilik Tok.

"hang pi lah masuk tengok Ayra"kata Mak Long kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya mengangguk dan meninggalkan dapur. Dia membuka pintu bilik tok dengan perlahan-lahan. Dia melihat Ayra Amani sedang tidur mengiring sambil memeluk badan panjang. Dia menutup pintu dengan perlahan-lahan dia tidak mahu Ayra Amani terjaga.

Dia melabuhkan punggung ditepi Ayra Amani. Dia mengusap lembut rambut Ayra Amani. Dia meletakkan tangannya di atas dahi Ayra Amani. Nasib baik tidak panas kerana dia mengingat Ayra Amani demam.

"tak cakap pun kau sakit kepala. Rasa sakit kepala macam lepas kena ketuk ke?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Dia tahu Ayra Amani bukan tidur dengan betul. Dia nampak anak mata Ayra Amani bergerak ke sana ke sini. Dia mengelus lembut rambut Ayra Amani dan melabuhkan ciuman di dahi Ayra Amani.

"tak aku cuma pening je"jawab Ayra Amani ringkas.

"kau suka buat aku susah hati. Aku fikir kau sakit kepala sebab masih terasa kena ketuk haritu"kata Syed Azrief dengan nada sedikit risau.

Ayra Amani hanya diam tanpa menjawab. Dia tidak suka akan perasaan begini. Dia benci akan dirinya yang mudah sangat percaya dengan video dan kata-kata Mia Adriana. Hatinya sakit melihat semua itu.

"sakit lagi ke kepala tu nak aku picitkan tak?"tawar Syed Azrief. Tangannya naik memicit pelipis dahi Ayra Amani dengan lembut.

"tak apa tak payah aku okay"tolak Ayra Amani dan tangan Syed Azrief di dahinya ditolak dengan lembut.

"betul ni? Habistu kenapa kau nampak macam lain je? Ada apa-apa ke?"tanya Syed Azrief seakan-akan dapat mengagak apa yang sedang berlaku.

"lain macam mana?"tanya Ayra Amani pura-pura tidak faham.

"lain lah kau tak nampak macam selalu kau nampak lain. Ada apa-apa ke yang aku tak tahu?"tanya Syed Azrief ingin tahu. Dia amat pasti yang ada sesuatu sedang berlaku tetapi dia tidak pasti tentang apa.

"mana ada apalah kau je rasa macamtu"kata Ayra Amani perlahan.

"tak payah nak tipu aku lah Ayra aku suami kau aku kenal kau macam mana. Ingat lagi tak perjanjian kita? Kalau ada apa-apa masalah kita sama-sama luah. Aku tak nak kau pendam sorang-sorang kau tu baru je keluar hospital"kata Syed Azrief mendatar. Dia mahu Ayra Amani juga mulut dengan sendiri dia tidak mahu memaksa Ayra Amani tetapi dia yakin sangat Ayra Amani sedang memendam sesuatu darinya.

"tak aku cuma pening kepala tu je tak ada apa-apa masalah pun lah. Boleh tak bagi aku rehat kejap? Aku nak tidur"kata Ayra Amani mendatar.

Syed Azrief hanya mengangguk tanda faham. Dia faham bahawa Ayra Amani menyuruh dia keluar.

"aku keluar dulu kalau nak apa-apa aku ada dekat luar. Kau rehat lah"kata Syed Azrief langsung dia terus bangun dari katil dan menutup pintu bilik perlahan-lahan.

Sebaik sahaja Syed Azrief menutup pintu bilik air mata Ayra Amani mengalir dengan tiba-tiba. Kenapa muncul dengan berita begini saat mereka sudah bahagia? Tidak layakkah dirinya untuk bahagia seperti orang lain? Dia juga inginkan kebahagian dan disayangi oleh pasangan. Dia penat dengan semua ini.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now