"dah tidur lah"kata Ayra Amani lalu dia membaringkan disebelah Puan Marina.

Begini keadaan di rumah Tok kalau anak cucu pulang ke kampung. Memang mereka semua akan tidur di ruang tamu beramai-ramai.

AYRA Amani memusing kiri kanan apabila terasa perutnya tidak enak seperti mahu membuang najis. Dia memandang ke arah semua yang masih nyenyak tidur itu. Mahu kejutkan siapa suruh temannya ke bilik air di luar rumah? Terpandang ke arah Syed Azrief yang tidur dipeluk oleh Fareez itu manakala kaki Syed Azrief naik di atas kaki Fareez. Lasak sungguh mereka berdua tidur.

Lagi dia menahan lagi dia berasa tidak senang duduk seperti dihujung-hujung tanduk. Dia sudah tidak senang. Dia bangun dari pembaringan. Mahu tidak mahu dia harus mengejutkan Syed Azrief untuk menemannya ke bilik air.

"Azrief bangun kejap"kejut Ayra Amani perlahan. Lengan Syed Azrief digoncang. Sebelah tangannya lagi satu memegang perut yang sakit teramat.

Namun Syed Azrief sepi. Ayra Amani sudah menepuk dahi. Dia bangun dan bergerak ke arah Faleeq pula. Selalunya kalau balik kampung memang Faleeq yang akan menemannya ke bilik air di luar rumah.

"Abang Leeq bangun kejap Ayra sakit perut sangat ni tak tahan dah"kejut Ayra Amani perlahan. Lengan Faleeq digoncang lembut. Rasa dirinya diganggu Faleeq mengiring belah Fareez.

Namun Faleeq juga sepi. Ayra Amani bangun ke arah Syed Azrief. Mahu tidak mahu Syed Azrief harus juga teman dia ke bilik air. Dia tidak kira.

"Azrief bangun lah aku sakit perut ni"kejut Ayra Amani seperti mahu menangis. Mahu kejutkan Puan Marina atau Mak Long tidak sampai hati kerana sekarang baru pukul 2 pagi. Mereka akan bangun sahur pada pukul 4:30 pagi.

"aku mengantuk ni Ayra"jawab Syed Azrief dengan nada serak basah.

"tapi aku sakit perut ni kau wajib teman aku. Cepat lah weh takkan kau nak tengok aku membuang dekat sini"kata Ayra Amani dengan nada geram. Kalau lah dia berani dah lama dia pergi sendiri tak payah kejut orang sana sini tetapi masalah dia sekarang ini dia takut.

Syed Azrief hanya diam walaupun telinga dia mendengar segala bebelan Ayra Amani itu. Dia masih mengantuk jadi dia tidak dapat mencelik mata sekarang.

"kalau kau tak nak teman aku tak apa esok aku tak nak cakap dengan kau. Kau pergi lah raih simpati ex-girlfriend lama kau tu!"kata Ayra Amani geram. Niat mahu menyuruh Syed Azrief temaninya ke bilik air tetapi dia sudah beremosi kerana perut dia teramat sakit.

Syed Azrief bangun dengan mata tidak mencelik semua. Separuh badan Fareez yang memeluknya ditolak ke tepi dan Fareez mengiring ke kiri pula dan memeluk Faleeq pula. Kasihan pula dia melihat Ayra Amani yang menahan sakit perut itu.

"yelah jom aku teman kau membuang kesian pula muka sampai biru dah tahan berak"kata Syed Azrief dengan nada serak basah.

Mendengarkan itu terus Ayra Amani bangun sambil tersenyum. Dia terus berlari ke pintu dapur. Syed Azrief hanya mengikut dari belakang.

"kau pergi lah aku tunggu dekat kerusi dapur"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"ish tak nak tunggu lah aku dekat depan pintu tu takdalah aku takut sangat"kata Ayra Amani tidak setuju. Macam mana kalau dia masuk dalam nanti dan Syed Azrief meninggalnya seorang di luar? Mahu dia menangis kerana takut.

"ye aku tunggu dekat depan pintu cepat sikit banyak nyamuk ni"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Apa yang ditakutkan oleh Ayra Amani pun dia tidak tahu. Dia duduk di atas kerusi batu di luar sambil menunggu Ayra Amani membuang hajatnya.

Hampir 10 minit Ayra Amani di dalam Syed Azrief sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Dia menggeleng kepala untuk menghilangkan rasa kantuk itu. Dia bangun dari duduk.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now