"kau jangan terkejut pula"

"okay tapi apa?"

"okay aku jujur dengan kau pada malam ini di Cameron Highland"

"weh kau cakap jelah kau buat aku berdebar tau"

"sabar lah nak cakap lah ni"

Ayra Amani menyedut air milo sambil memandang ke arah Syed Azrief. Tiba-tiba dadanya berdebar. Dia nak ceraikan aku ke malam ni?

"aku sebenarnya suka kau"kata Syed Azrief mendatar. Dia tekad mahu jujur segalanya dengan Ayra Amani pada malam ini kalau bukan malam ini bila lagi dia mahu 'confess' dekat Ayra Amani.

Terus Ayra Amani tersedu mendengar pengakuan dari mulut Syed Azrief. Dengan pantas Syed Azrief menghulurkan air milo kepada Ayra Amani.

Muka Ayra Amani sudah membahang. Betul ke apa yang dia dengar ni? ke Syed Azrief saja nak prank dia supaya lelaki itu boleh ketawa jahat melihat mukanya yang merah bak tomato.

"kau nak prank aku kan? lawak lah kau ni"kata Ayra Amani sambil ketawa mahu menghilangkan rasa berdebar dihati tetapi rasa itu tidak menghilang digantikan dengan berdebaran yang lebih hebat.

"kau tengok muka aku macam penipu ke?"

Ayra Amani menelan air liur. Jadi betul lah?

"eleh kau nak prank aku pun agak-agak lah Rief tak lawak tau. Aku pun dah tergelak nak terburai perut dah"

"sumpah demi Allah aku dah suka dan sayang dekat kau seikhlas hati aku. Aku dah bagitahu kau apa yang aku rasa, kau nak percaya ke tidak itu keputusan kau aku tak ada hak"

"tapi kau tak rasa benda ni lawak ke? dulu kita gaduh sampai nak terbalik rumah tuptup kau suka aku? kau biar betul ni?"

"kalau kau nak tahu lah kan sejak kita gaduh lagi aku dah sayang kau cuma ego seorang lelaki dan malam ni aku luahkan semua dah dekat kau, aku dah lega"

Ayra Amani terdiam selepas mendengar kata-kata pengakuan daripada Syed Azrief itu. Dia turut keliru dengan perasaan sekarang. Kadang dia rasa dia sudah jatuh suka akan suaminya sendiri ada kalanya dia benci dengan perangai 'annoying' suaminya itu.

"aku tak paksa kau untuk suka aku. Ikut kau lah"kata Syed Azrief perlahan lalu dia bangun dari kerusi. Nak malu pun sudah tiada guna dah dia sudah mengaku sepenuhnya dekat Ayra Amani. Apa-apa pun jawapan dari Ayra Amani dia terima.

Ayra Amani mengigit bibirnya tanpa membuang masa dia mencapai tangan Syed Azrief yang ingin berlalu itu. Dia turut bangun untuk menyamakan ketinggian bersama Syed Azrief.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani sambil menjongket kening. Ayra Amani mengusap lembut kedua-dua belah tangan Syed Azrief sebelum dia tersenyum memandang ke arah Syed Azrief.

"aku pun suka kau"kata Ayra Amani sambil memejam matanya tanda malu. Jangan lepas dia dah mengaku suka Syed Azrief ketawakan dia pula memang dia ketuk kepala lelaki itu sampai insaf.

"aku tak paksa kau untuk suka aku. Aku nak kau luah dekat aku yang kau suka aku dengan ikhlas bukan sebab aku dah luah dekat kau dan kau pun terpaksa mengaku kau suka aku"

"tak aku cakap ni ikhlas dari hati aku. Aku pun suka kau tapi kau dah ada girlfriend dulu aku diam kan jelah sampai sekarang"

"kenapa kau tak luahkan je kat aku dulu? kita dah kahwin hampir 4 bulan kau boleh je luah dekat aku. Lagipun aku bukan cintakan Amelyn pun. Amelyn hanya nak duit aku je bukannya aku pun dan aku pun bercinta dengan dia sebab dia budak famous dekat sekolah bukan atas sebab cinta"

Terangguk-angguk kepala Ayra Amani mendengar. Dia pernah mendengar cerita ini daripada Melissa dan Rania dahulu sewaktu dia baru sahaja pindah ke sekolah itu.

"walaupun aku isteri kau aku tetap malu nak luahkan apa yang aku rasa dekat kau. Kalau boleh masalah yang timpa dekat aku pun aku tak nak bagitahu kau sebab apa? aku tak nak susahkan kau dengan masalah aku"kata Ayra Amani perlahan sambil menunduk.

"kita dah sah jadi suami isteri Ayra. Masalah kau tu masalah aku juga, apa guna kita berkahwin tapi kau pilih untuk pendam seorang diri kau tak ada guna. Walaupun kita kahwin paksa tapi dah jadi kewajiban kita suami isteri untuk susah senang bersama-sama. Lepasni kalau ada apa-apa masalah dekat sekolah bagitahu aku, kita hadap benda ni sama-sama. Faham?"

Ayra Amani hanya mengangguk faham dengan kata-kata panjang lebar daripada Syed Azrief itu.

"aku nak hubungan kita macam suami isteri yang lain walaupun kita masih sekolah dan muda lagi"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Tangannya naik mengosok kepala Ayra Amani dengan lembut.

"insha Allah. Sama sama berubah demi kebaikan"jawab Ayra Amani pula sambil tersenyum. Entah kenapa dari Syed Azrief luah sebentar tadi bibirnya tidak jemu mengoyak senyuman. Berbunga hatinya mendengar pengakuan ikhlas dari lelaki itu.

Tanpa apa-apa Syed Azrief terus mengucup bibir Ayra Amani dengan lembut. Membulat mata Ayra Amani apabila Syed Azrief mengucup bibirnya dengan tiba-tiba begini. Tangan Ayra Amani naik mengusap lembut rambut Syed Azrief sebelum Syed Azrief lepaskan tautan bibir mereka.

"your lips are so sweet. I like it. I love you so much let me be the best husband for you in the future"ucap Syed Azrief dengan penuh romantik dengan suara serak basah.

Ayra Amani tersipu malu apabila Syed Azrief berkata begitu. Tangannya naik memegang bibirnya selepas dicium oleh suaminya sebentar tadi.

"Yes, I hope the same thing and you can accept myself that I have many shortcomings"kata Ayra Amani pula. Tanpa merasa malu Ayra Amani menarik kepala Syed Azrief sebelum dia menginjatkan sedikit kakinya untuk menyamakan dengan Syed Azrief dan dia terus mengucup bibir Syed Azrief pula.

Syed Azrief tersenyum tenang dengan perlakuan isterinya itu. Dia fikir selepas dia meluahkan semuanya kepada Ayra Amani. Ayra Amani akan menolak dirinya tapi dia silap rupanya Ayra Amani turut merasakan apa yang dia rasa.

"I love you so much my wife"kata Syed Azrief di tepi telinga Ayra Amani sebelum dia mendalamkan lagi ciuman mereka.

-ME GUSTAS-

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now