"sini Aireen tu"kata Maksu lalu dia mengambil Aireen di dalam dukungan Syed Azrief. Mata Aireen sudah pun kuyu mengantok apabila kekenyangan makanan.

"korang pergi lah balik rehat packing baju"kata Dato Syed Adham kepada anak dan menantunya.

Mereka berdua hanya mengangguk lalu mereka terus bersalam dengan adik beradik Dato Syed Adham. Ayra Amani menyalam tangan ibu mertuanya lalu ibu mertuanya menariknya ke dalam pelukkan.

"hati-hati dekat sana kalau ada apa-apa terus call kami"pesan Datin Suraya kepada anak dan menantunya. Mereka berdua hanya mengangguk.

"kami balik dulu ye"kata Syed Azrief dia menunjuk sedikit badannya dan berlalu pergi diikuti oleh Ayra Amani dibelakang.

"seronok aku tengok diorang tu"kata Mak Jang sambil tersenyum.

"awak tu dari semalam lagi seronok tengok diorang kita ni tak sweet macam diorang ke?"tanya Pak Jang kepada Mak Jang lalu dia menolak bahu isterinya.

"hm awak tak sweet pun macam tu dengan saya awak tu kan anti romantik"kata Mak Jang mengundang ketawa dari mereka semua.

"ha tak apalah kami balik dulu ye nanti ada masa bawa Ayra tu balik kampung"kata Paksu kepada abangnya dan kakak iparnya.

"insha allah korang pun hati-hati balik sana. Nanti aku ada masa aku balik lah kampung"kata Dato Syed Adham kepada adiknya.

"yelah kirim salam dekat Alisha tu ye"kata Mak Jang lalu mereka pergi dari situ. Mereka berdua hanya mengangguk kepala.

Dato Syed Adham dan Datin Suraya hanya memandang adik-adiknya yang sudah pun pergi. Sharifah Alisha tidak dapat ikut mereka kerana harini anaknya akan ke Perak untuk menghadiri khusus di sana selama tiga hari. Kalau tidak dimana ada mereka berdua disitu lah anak perempuan mereka berada.

"AYRA!"Jerit Syed Azrief kuat.

"Ayra!"jerit Syed Azrief lagi apabila Ayra Amani masih tidak muncul di biliknya. Kemana perempuan ini pergi panggil dah dua kali tak datang-datang.

"Ayra!"panggil Syed Azrief lagi kuat sehingga dia terbatuk.

"woi apa terjerit-jerit macam pontianak ni?"tanya Ayra Amani yang baru tiba di depan pintu bilik Syed Azrief.

"kau pekak ke Ayra aku panggil kau tiga kali dah kot telinga kau, kau buang mana?"

"ish sorry lah tadi aku packing baju sambil dengar lagu mana nak dengar"

"ish lain kali orang panggil tu segera datang aku jerit panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak aku"

"yelah-yelah ni kenapa kau panggil aku ni?"

"tolong packing baju dekat aku"kata Syed Azrief selamba. Ayra Amani ternganga apabila Syed Azrief memberi arahan kepadanya untuk packing baju lelaki itu. Biar betul?

"apa pula aku? Baju kau, kau lah packing sendiri"kata Ayra Amani tidak puas hati. Sudah lah dia ambil masa 1 jam setengah bertenggek di hadapan almari kerana tidak tahu mahu membawa baju yang mana. Ini dia disuruh packing baju lagi? Fuh letih.

"tak aku nak tanya kau sekarang apa tugas sebagai isteri?"tanya Syed Azrief sambil mencekak pinggang.

"okay okay aku buat"kata Ayra Amani malas. Syed Azrief suka sangat mengugutnya apabila dia tidak mahu buat perkara yang disuruh oleh lelaki itu mula lah nak tanya tugas seorang isteri tu apa.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now