"pandainya dia"puji Ayra Amani sambil mengusap rambut perang budak itu.

"kamu bawa lah Aireen masuk dulu kejap lagi paksu masuk"kata bapa saudaranya kepada mereka. Terus mereka meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Aireen kelihatan selesa di dalam dukungan Syed Azrief.

"tengok Ayra budak pun sukakan aku"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Terasa bangga apabila Aireen mahu didukung olehnya.

"bukan sebab dia sukakan kau dia nak didukung"kata Ayra Amani tidak mahu kalah.

"eleh dia jealous lah dengan kita Aireen"kata Syed Azrief kepada sepupunya.

Terus Aireen mendepakan tangannya pula ke arah Ayra Amani. Terhenti kaki mereka berdua apabila Aireen mula meronta-ronta mahu didukung oleh Ayra Amani. Gelabah Ayra Amani dibuatnya apabila Aireen mahu dia mendukung.

"nah dukung pula rasakan beratnya dia"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Boleh tahan berat juga si Aireen ini padan lah dengan pipi yang tembam. Handbagnya di serahkan kepada Syed Azrief. Tidak cukup tangan mahu memegang kerana dia mendukung Aireen dengan kedua belah tangan kerana takut jatuh pula budak ini.

"haa baru tahu berat"kata Syed Azrief sambil ketawa jahat. Comel pula dia melihat Ayra Amani mendukung sepupunya yang tembam itu.

"ish jahat lah dia ni kan asyikkan gelakkan orang je"kata Ayra Amani pula lalu dia membawa budak perempuan dalam dukungannya ke dapur kerana dia terdengar suara bising datang dari dapur.

Syed Azrief hanya menggeleng lalu dia mengikut langkah Ayra Amani ke dapur. Datin Suraya sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang di dapur.

"mama"tegur Ayra Amani lalu dia menghulurkan tangan kepada Datin Suraya.

"eh dah lama ke korang sampai? Mama tak perasan pun"kata Datin Suraya. Cepat-cepat dia mengelap tangannya dan menghulur tangannya kepada menantu dan anaknya.

"baru je sampai mama"kata Ayra Amani sambil senyum.

"aik macam mana boleh jumpa budak gemok ni?"tanya seorang perempuan yang sedang pegang botol susu ditangan.

"mama"cepat-cepat budak perempuan dalam dukungan Ayra Amani meronta-ronta mahu turun dan Ayra Amani hanya mengikut. Terkedek-kedek budak perempuan itu berlari ke arah ibunya.

"tadi dekat depan sana tu main dengan kucing"jawab Syed Azrief yang hanya diam dari tadi.

"main kucing?"tanya perempuan itu terkejut.

"haah kenapa maksu?"tanya Syed Azrief.

"si Aireen ni alergik dengan bulu. Kamu ada nampak paksu kamu tak?"tanya perempuan itu lagi.

"kitorang jumpa paksu dekat depan lah tadi"jawab Syed Azrief jujur.

"Ya Allah papa dia ni memang lah biar je anak dia kucing dah tahu anak dia ni alergik dengan bulu ni semua"bebel perempuan itu. Ayra Amani ketawa kecil apabila mendengar perempuan itu membebel.

"tak apalah saya ke depan dulu ye"terus perempuan itu pergi bersama anaknya yang sedang minum susu.

Datin Suraya hanya menggeleng kepala. Biasalah orang lelaki jenis ikut suka mereka sahaja. Dah tahu anak tidak boleh main dengan kucing tapi dibiarkan sahaja dan sekarang terima lah padahnya kena membebel dengan si isteri.

"aik kenapa Ayra pakai mask? Ayra selsema ke?"tanya Datin Suraya kepada Ayra Amani.

Cepat-cepat Ayra Amani menyiku lengan Syed Azrief disebelahnya untuk menjawab soalan Datin Suraya itu. Syed Azrief pula mengangkat kening tanda apa. Ayra Amani terus buat-buat batuk dan terus membisik ke telinga Syed Azrief.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now