"mak jang  dengan pak jang tu kaya asal kau tak kikis duit diorang suruh hantar kau sekolah ISKL je"kata Mia Adriana lalu dia menjeling ke arah Ayra Amani. Dia jadi tidak sedap hati kerana Ayra Amani duduk ditepi Syed Azrief. Dia akui yang Ayra Amani ini cantik orangnya jadi dia takut kalau makin lama Ayra Amani duduk disamping Syed Azrief lelaki itu akan jatuh hati kepada Ayra Amani.

"tak sekarang ni apa masalah kau kalau aku sekolah ni? aku tak pernah kacau kau pun dan aku sendiri tak tahu kau sekolah ni kalau aku tahu aku pun tak nak sekolah ni aku lagi sanggup duduk kampung"kata Ayra Amani panjang lebar.

"pandai eh kau melawan aku anak yatim. Patut lah mak bapak kau mati cepat sebab diorang tak sanggup nak bela kau. Hei kau sedar lah sikit kau boleh datang KL ni sebab mak jang je tau kalau bukan sebba mak jang kau duduk lah kampung dengan ayam itik"kata Mia Adriana sinis.

Ayra Amani menggengam tangannya apabila Mia Adriana membangkit ibubapanya. Dia tidak kisah kalau Mia Adriana nak mengata dia tapi bukan ibubapanya mereka tiada langsung dosa dengan Mia Adriana.

"kau tu yang melampau Mia siapa bagi kau kebenaran petik nama mak bapak aku? aku tak kisah tau kau nak hina aku tapi bukan diorang!"marah Ayra Amani kuat. Air matanya sudah menitis jatuh ke pipinya. Tangannya ringan sahaja mahu menampar wajah Mia Adriana itu.

"dasar anak yatim piatu"ejek Mia Adriana sambil tersenyum.

"kau memang melampau Mia"kata Ayra Amani tegas. Matanya menikam mata Mia Adriana.

"kalau aku melampau kau nak buat apa? nak tampar aku?"tanya Mia Adriana sambil menjongket kening.

"aku akan bagitahu maksu tentang anak dia yang kurang ajar ni. Sanggup dia hina orang yang tak berdosa dengan dia. Kau rasa maksu ok ke kalau dia tahu ada orang hina kakak dia sendiri? tambah-tambah yang hina tu anak dia sendiri"kata Ayra Amani mendatar.

Tanpa sebarang amaran terus tangan Mia Adriana naik menampar wajah Ayra Amani sehingga kepala gadis itu terteleng ke sebelah. Ayra Amani memegang pipinya yang rasa kebas apabila ditampar oleh Mia Adriana. Dia rasa puas apabila dapat berkata begitu kepada Mia Adriana walaupun pipinya kebas ditampar oleh Mia Adriana.

"Mia!"jerit Hariz dan Ameer serentak terus mereka berlari ke aras mereka berdua.

Mereka baru sahaja sampai ke sekolah dan berjalan mahu naik ke kelas tiba-tiba mereka terdengar seperti ada yang bergaduh terus mereka berdua menyorok dibelakang dinding untuk mendengar perbualan mereka berdua itu. Sungguh mereka tidak sangka bahawa Mia Adriana selamba sahaja menampar pipi Ayra Amani.

"kau buat apa ni? ni sekolah bukan tempat bergaduh"kata Ameer mendatar. Dia melihat pipi Ayra Amani yang sudah merah akibat ditampar oleh Mia Adriana tadi.

"oh korang bergaduh sana sini dulu boleh pula dalam sekolah?"perli Mia Adriana.

"kitorang tak sama dengan kau. Kau tu apahal tampar dia? dia ada buat salah dengan kau ke?"tanya Hariz sambil menjongket kening.

"ye dia kurang ajar memang patut aku ajar dia"kata Mia Adriana lalu dia menjeling ke arah Ayra Amani yang masih memegang pipinya.

"tak payah nak tipu lah Mia kitorang dah dengar semua kitorang tak pekak lagi"kata Ameer sambil ketawa sinis.

Mendengar itu terus Mia Adriana beredar dari situ. Ameer dan Hariz hanya ketawa melihat Mia Adriana pergi selepas Ameer berkata begitu.

"weh kau okay tak pipi kau macam baru lepas kena sengat tebuan je"kata Hariz kepada Ayra Amani.

"tak payah nak over sangat sampai pipi aku macam kena sengat tebuan"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Hariz. Pipinya tengah sakit boleh pula Hariz main-main dengan dia nak kena tampar sekali ke dengan dia?

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now