"Azrief mata tu!"jerit Ayra Amani kuat terus Syed Azrief memejam matanya.

"ye aku pejam mata"kata Syed Azrief sambil menutup mata.

"ehem aku baru tahu tadi"kata Syed Azrief lalu matanya memandang ke arah lain. Matanya pun satu pergi pandang ke arah itu buat apa. Kan tak pasal-pasal Ayra Amani melabelnya mata gatal.

"jadinya nanti Melissa akan jadi adik tiri Hariz ke kakak tiri Hariz?"tanya Ayra Amani ingin tahu. Selepas sahaja Rania memberitahunya tadi dia ingin bertanyakan soalan itu kepada Rania mana tahu Rania tahu atau tidak tetapi dia terlupa kerana Rania memberitahunya yang Melissa menghubunginya sambil menangis. Tidak jadi dia mahu bertanyakan soalan itu.

"adik Hariz. Hariz tua berapa bulan dari Melissa"kata Syed Azrief tenang.

Ayra Amani hanya mengangguk kepala. Jadi adik Hariz. Tetapi jadi adik okay sikit dia rasa daripada jadi kakak kepada Hariz. Entah kenapa dia terasa geli kalau Melissa jadi kakak Hariz.

"esok kau pergi tak majlis tu?"tanya Syed Azrief tenang.

"hm pergi sebab Melissa ajak aku pergi ke majlis tu"kata Ayra Amani sambil menyilang tangan ke dada. Syed Azrief tu bukan boleh sangat. Mata dah lah gatal!

"siapa ambil kau Rania ke?"tanya Syed Azrief lagi.

"tak aku pergi naik grab je lagipun rumah Rania kan dekat dengan rumah Hariz kesian pula kalau nak suruh dia ambil aku"kata Ayra Amani sambil menyelit rambut ke belakang telinga.

"esok pergi dengan aku jelah"kata Syed Azrief sambil menjongket kening.

"tak apa ke?"tanya Ayra Amani sambil tersengih.

"sejak aku kata kereta aku haram untuk kau naik? Kau takut dekat siapa? Lagipun esok bukan ada pun budak sekolah kita. Kita-kita je pun"kata Syed Azrief tenang.

"tak adalah mana tahu kot-kot nanti terkantoi dengan diorang ke kita datang sekali"kata Ayra Amani.

"boleh tak kau jangan nak gelabah biawak sangat? Aku penampar juga kot minah ni. Kejap lagi aku letakkan baju melayu depan pintu kau tolong seterika kejap"kata Syed Azrief lalu dia bangun dari katil Ayra Amani.

"banyak handsome muka kau! semua aku yang kena buat"kata Ayra Amani tidak puas hati.

"habistu siapa lagi? Kau lupa ke tugas isteri apa? tugas isteri kena siapkan keperluan suami. Apa yang suami nak kau sebagai isteri wajib bagi"kata Syed Azrief dengan senyuman nakal. Kakinya melangkah ke arah Ayra Amani dengan senyuman nakal dibibir.

"ap...apa kau ni?"kata Ayra Amani tergagap. Jantung sudah bergetar apabila Syed Azrief semakin menghampirinya.

"tak ada apa aku cuma bagitahu tugas kau sebagai isteri je. Kau mesti lupankan"kata Syed Azrief yang masih berjalan menghampiri Ayra Amani.

"aku tahu lah!"kata Ayra Amani tidak mahu kalah.

"kalau tahu bagitahu aku apa lagi tugas kau sebagai isteri?"tanya Syed Azrief dengan suara menggoda.

"nanti-nanti lah! Kau keluar sekarang letak baju kau dekat pintu nanti aku ambil"kata Ayra Amani sambil memejam mata.

"tahu takut bantah lagi cakap suami kau"kata Syed Azrief sinis. Dengan pantas dia mencium pipi Ayra Amani yang masih menutup mata lalu dia berlari keluar dari bilik sebelum Ayra Amani menjerit sampai jiran sebelah boleh dengar.

"you stole my first kiss idiot!"jerit Ayra Amani sebaik sahaja dia merasakan ada bibir dipipinya. Berani-berani lelaki itu menciumnya.

"thank you darling!"kata Syed Azrief kuat dari luar sambil ketawa.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now