Ayra Amani mendekati Syed Azrief yang sedang memilih dompet itu.

"weh kau tahu tak handbag tu mahal"bisik Ayra Amani perlahan. Dia tidak tahu bapa mertuanya yang tidak jauh dari mereka itu dengar.

"tahu lah bukan kau masuk kedai Gucci fake"kata Syed Azrief selamba.

"habistu tadi asal tak tolong aku? Satu handbag tu sembilan ribu tahu tak. Bagi aku rugi je beli handbag tu baik beli benda lain"kata Ayra Amani sambil menyilang tangan.

"dah orang nak beli tu ambil jelah cuba belajar jangan jadi baik sangat boleh tak? Setakat sembilan ribu mama tak heran lah. Kalau pergi London ke Paris ke dah dua handbag mama dengan kak Scha shopping"kata Syed Azrief lalu dia memberi kepada pekerja lelaki yang berada dekatnya.

"kau tak apalah anak orang kaya kau dah biasa"kata Ayra Amani perlahan.

"ambil jelah jangan banyak cakap boleh tak? Cakap macam tak puas hati nanti balik belek sampai ke malam handbag tu"perli Syed Azrief sambil ketawa.

"bangang lah diani"kata Ayra Amani lalu dia pergi ke arah Datin Suraya dan meninggalkan Syed Azrief disitu.

SELEPAS telajah butik Gucci Datin Suraya mengheret menantunya ke butik Zara pula. Datin Suraya menyuruh dia menengok baju-baju dahulu kerana Datin Suraya dan Dato Syed Adham mahu ke tandas dahulu. Jadi tinggallah dia dengan Syed Azrief disitu.

Ayra Amani memegang baju tshirt yang berwarna peach itu dan dia meletakkan ke badannya.

"okay ke tak eh aku pakai baju yang ni?"tanya Ayra Amani sambil dihadapan cermin.

"okay je"jawab Syed Azrief dibelakangnya.

Terus Ayra Amani menurunkan baju. Dia mencebik ke arah Syed Azrief. Dia fikir Syed Azrief kemana rupanya dibelakangnya.

"tak singkat sangat ke aku pakai yang ni?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"tak pun. Habis kuat pun baju tu terangkat sampai pusat je"kata Syed Azrief selamba.

"yeke? takpa ke aku pakai baju ni?"tanya Ayra Amani teragak-agak. Sebenarnya baju begini banyak dirumah Puan Marina. Semua baju begini taras pusat je.

"pakai jelah bukan salah pun"kata Syed Azrief. Dia tahu Ayra Amani serba salah mahu membeli kerana wanita itu sedar sudah menjadi isteri kepadanya.

"tak apalah dah kau cakap macam tu"kata Ayra Amani lalu dia meletakkan ke lengannya.

"sini aku pilihkan"kata Syed Azrief lalu dia pergi ke bahagian tepi pula dan memilih baju untuk Ayra Amani.

"nah yang ni cuba try tengok"hulur Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Terbeliak mata Ayra melihat baju yang pilih oleh Syed Azrief. Bukan setakat singkat sahaja tetapi warna itu ialah bukan warna kegemarannya.

"wuish taknak lah baju tu"tolak Ayra Amani lalu dia memilih baju yang lain pula.

"asal pula okay apa dengan kau"kata Syed Azrief lalu meletakkan baju itu dibadan Ayra Amani. Dia memandang dari jauh.

"kau gila ke baju tu macam singlet je tak pernah lagi aku pakai baju macam tu"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala tanda tidak setuju.

"ni pakai dekat luar. Tak adalah nampak sangat pun kau pakai baju ni"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Entah kenapa dia terasa mahu memilih baju untuk Ayra Amani. Orang nak cari baju biarlah nampak sopan sikit tetapi dia boleh pula cari baju yang agak seksi.

"kalau orang mengata aku siap kau"kata Ayra Amani sambil menjeling. Baju ditangan Syed Azrief dirampas dengan kasar. Ikutkan hatinya dia tidak tahu tapi dah lelaki itu yang pilih apa patut dia buat kan.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now