"ikut hang lah"balas Ayra Amani lalu memandang ke arah luar.

Radio dibuka untuk menghilangkan rasa bosan memandu nanti. Dia membiarkan gadis itu melayan perasan memandang luar. Entah apa lagi yang gadis itu fikir apa pun tak tahu. Dia pun tiada hati nak bertanya. Kalau beritahu dia dengar, tak beritahu dia takkan tanya. Itu prinsipnya.

Dari Bukit Mertajam nak ke sebelah pulau mengambil masa dalam 45 minit termasuk kesesakan. Banyak sungguh kereta di Penang itu. Walhal hari ini hari kerja tapi kereta bukan main banyak atas jalan ni. Bila lambat sikit bergerak mula lah kereta lain nak hon. Sejenis kalut ke macam mana ni?

Di sini memang susah nak dapatkan parking. Berkali-kali juga lah mereka berpusing semata-mata nak cari tempat kosong. Syed Azrief masih sabar lagi mencari walaupun dia tidaklah sesabar mana pun baran juga lah semua tempat penuh. Akhirnya keluar pun sebuah kereta dengan pantas Syed Azrief mengundur kereta muka hadapan.

"jom"ajak Syed Azrief sebaik sahaja kereta sudah terparking di dalam kotak.

Ayra Amani melepaskan seatbelt lalu keluar dari perut kereta. Malasnya nak berhimpit dengan orang ramai. Bukan dia tak perasan tadi ramai orang di dalam sana. Dia tidak suka akan orang ramai. Dia tidak selesa. Rasa macam anxietynya mula datang.

Ayra Amani mengikut langkah Syed Azrief dari belakang. Entah apa yang lelaki itu kalut pun tak tahu lah. Tak lari mana pun pasembor itu berjalan tu punya lah laju tahu lah kaki panjang macam galah.

"kau cari tempat aku pergi ambil makanan. Nak minum apa?"

"teh o ais ja"

Syed Azrief mengangguk kepala lalu melangkah ke arah barisan yang beratur itu. Nak makan pasembor pun kena beratur panjang ya. Memang orang Penang ini tak kerja gamaknya. Hari kerja baru pukul 2 petang tapi ramai macam hari cuti.

Ayra Amani mengambil tempat ditempat yang sedikit teduh. Matanya memandang ke arah lautan yang luas itu. Nyaman sekali dengan angin sepoi bahasa menyapa wajahnya. Sebab itu dia suka Penang sebab Penang ada laut yang indah. Bak kata orang tempat healing.

Syed Azrief meletakkan sepinggan penuh ke atas meja. Membulat mata Ayra Amani melihat. Wah banyak betul ni nak makan berdua je apasal penuh satu pinggan ni. Kalau tak habis kan rugi je mahal pula tu.

"aku dah order air nanti sampai lepastu aku order kerang bakar. Kau makan kan?"

"makan ja"

Seusai membaca bismillah mereka menjamu selera. Syed Azrief mengunyah dengan penuh nikmat. Memang betul-betul nikmat lah makan pasembor dengan air sepoi-sepoi bahasa.

Syed Azrief membuka kerang itu memudahkan gadis itu untuk makan. Ayra Amani dengan senang hati mengambil lalu dicicah dengan sos yang diberi. Sedap juga sebelum ini dia belum pernah rasa. Baru pertama kali.

"lepas ni nak balik terus ka?"tanya Ayra Amani yang sedang menyuap kerang itu.

"dah tu nak check in hotel pula ke?"

Ayra Amani diam tanpa membalas. Mula lah tu loyar buruk tak laku dia tu. Wah betul-betul nikmat ye makan dengan aircond percuma ni. Dapat pula view laut yang membiru itu. Memang cantik lah.

Hampir setengah jam mereka makan akhirnya mereka berdua bangun dari situ. Perut pun dah kenyang jadi mari lah balik ke pangkal jalan. Jauh lagi perjalanan mereka ini mungkin mengambil masa dalam 5 jam baru sampai ke KL. Sekarang pun sudah pukul 3 lebih kalau lewat ini mesti jalan sesak dengan orang pun nak balik kerja. Tak kuasa nak hadap jammed begitu.

ALHAMDULILAH mereka sudah pun sampai di rumah keluarga Syed Azrief setelah hampir 5 jam memandu tanpa henti. Mahu cepat sampai punya pasal tapi dekat pukul 9 malam baru mereka sampai ke rumah.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now