"kita nak pi mana ni?"tanya Ayra Amani disebelah.

Rasa geram pun ada juga. Tahu berjalan je tapi tak bagitahu dia nak kemana. Yang dia tahu mereka sudah turun tingkat bawah iaitu kawasan restoran makanan. Nak pergi makan ke?

"makan"jawab Syed Azrief sepatah.

Kaki Syed Azrief berhenti di hadapan Chicken Rice Shop. Ayra Amani belum sempat brake lalu dia melanggar belakang badan Syed Azrief. Aduh kepalanya.

"kau dah kenapa?"tanya Syed Azrief lalu membuka kaca mata.

"hang tu yang pasaipa tetiba berhenti tak bagi signal!"marah Ayra Amani semula.

Badan ke batang pokok? Keras semacam je. Sakit dahinya melanggar belakang badan lelaki itu.

Syed Azrief menjeling ke arah gadis itu. Tanpa bercakap banyak lengan gadis itu ditarik masuk ke dalam restoran itu. Kalau tak tarik masuk bermacam-macam kata lagi lah yang akan keluar dari mulut gadis itu. Bingit telinganya dengar.

"kau nak makan apa?"tanya Syed Azrief sambil melihat telefon.

Zaman sekarang ini nak pesan makanan pun kena pesan melalui telefon. Sungguh tidak adil bagi orang tua-tua tidak pandai menggunakan kecanggihan itu. Bagi orang muda itu perkara kecil sahaja.

"aku taktau aku tak besa makan"jujur Ayra Amani berkata.

Sebelum ini dia hanya lalu sahaja tak pernah lagi masuk. Dia lebih suka makan di food court Lotus. Sedap dan berbaloi.

Tanpa menanya dahulu kepada Ayra Amani, Syed Azrief terus memesan ikut seleranya. Dah tak tahu nak makan apa jadi dia main pesan sahaja. Banyak complain pesan sendiri.

Hampir 10 minit menunggu pesanan mereka datang menggunakan robot. Hampir terkejut Ayra Amani sedang bermain telefon itu. Wah canggih betul zaman sekarang ni. Robot yang hantar makanan. Hanya air sahaja dihantar oleh manusia. Silap hari bulan bukan manusia lagi yang memasak tapi robot.

"kau tunggu robot tu angkat makanan atas meja ke? Angkat lah"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Apasal jakun sangat ni tak pernah tengok ke robot hantar makanan? Biasalah benda ini baginya dekat KL restoran mamak dah lama guna.

"tu pun nak marah"gumam Ayra Amani lalu meletakkan makanan ke atas meja.

Selesai sahaja meletakkan makanan di atas meja. Mata Ayra Amani terkelip-kelip. Mak ai banyaknya makanan mereka berdua je kot yang makan ni apasal banyak sangat macam 3-4 orang makan ni? Nak buat kenduri ke apa?

"makan lah nak tunggu robot tu suap kau pula ke?"

"pasaipa banyak sangat? Kita dua ja makan"

"saja tak tahu nak order apa"balas Syed Azrief selamba.

Ayra Amani menggeleng kepala. Senangnya jadi orang kaya kan main tekan je tanpa fikirkan harga dulu. Kalau dia ni puas belek cari makanan paling murah. Bukan kedekut tapi lebih kepada berjimat. Dia sudah terbiasa hidup biasa-biasa sahaja. Pernah susah pernah senang.

Melihat Ayra Amani masih terkaku disitu membuatkan Syed Azrief mengeluh. Apa tak kena lagi minah ni? Makan jelah tunggu dia suap pula ke?

"makan"kata Syed Azrief sepatah tapi kedengaran mendatar.

Sudu diambil lalu mula menyuap nasi ke dalam mulut. Macam biasa suasana tetap sama sunyi tanpa sebarang suara. Mereka berdua lebih suka fokus makan tanpa bercakap. Tak macam orang lain sambil makan sambil bergurau senda. Sorry mereka bukan begitu. Tak ada maknanya nak bergurau senda mahu terpelanting pinggan semua atas meja ini nanti.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now