Mahu tak mahu terpaksa lah mengejut lelaki itu untuk menemaninya ke telaga. Sebelum ini kalau dia rasa nak membuang dia akan mengajak tok atau anyah tapi sekarang mesti mereka berdua sudah nyenyak tidur tak sampai hati nak kejutkan 2 orang tua itu. Takut nanti mereka tidak boleh lelapkan mata semula kerana sudah terjaga.

"Azrief"panggil Ayra Amani dengan nada tertahan. Sabar sekejap je lagi.

"weh bangun lah sat"panggil Ayra Amani kali ini dia menarik lengan Syed Azrief untuk tidur terlentang.

Langsung tiada respons hanya tubuh sahaja terlentang. Alamak macam mana ni dia sudah tidak tahan. Ada juga yang dia terbuang dalam kelambu ni.

"Azrief bangun!"kejut Ayra Amani sedikit kuat. Geram kerana lelaki itu masih tidak sedar.

"tidur mati ke dia ni. Aduh aku tak tahan dah ni"

Perutnya lagi rasa memulas yang tak terhingga. Alamak dah nak sampai ke penghujungnya lah.

"Syed Azrief bangun!!!"

Terpinga-pinga Syed Azrief yang baru sedar itu. Rasa macam tengah mimpi tadi tahu-tahu ada orang memanggil nama penuhnya. Matanya memandang ke arah Ayra Amani yang juga memandang ke arahnya sambil memegang perut. Dah kenapa pula ni.

"kau apahal? Aku nak tidur lah"marah Syed Azrief tidak suka tidurnya diganggu.

"teman lah aku sat aku nak memerut ni"rayu Ayra Amani.

"kau pergi jelah sendiri"kata Syed Azrief lalu menggaru kepala. Kejutkannya sebab suruh teman memerut je?

Kalau dia berani dia tak akan ajak orang! Masalahnya sekarang ini dia tak berani. Jamban punya lah jauh mana hala dengan gelap pula tu.

"aku takut lah teman aku sat"rayu Ayra Amani lagi.

Syed Azrief ketawa sinis. Oh semalam dia kejut taknak bangun padahal nak tanya mana ridsert yang baru je sekarang ni pandai pula nak minta tolongnya.

"cepat lah dah nak terkeluar dah aku ni"

Langsung kelambu diselak untuk keluar. Tunggu lelaki itu buat keputusan boleh sembelit dia! Suruh teman je pun apasal lama sangat.

"pergi lah dulu"

"takmau aku takut. Cepat lah"

"ish yelah"

Syed Azrief juga turut keluar dari kelambu. Nak memerut tapi menyusahkan orang. Tadi orang menyusahkan dia taknak tolong sekarang ini dia menyusahkan orang tak apa pula. Tak adil betul! Perempuan sentiasa nak betul.

"kata telaga tak boleh nak memerut"kata Syed Azrief apabila Ayra Amani menolak pintu telaga.

"tak apa emergency"kata Ayra Amani meloloskan diri masuk ke dalam telaga.

Syed Azrief menggeleng kepala. Dia melabuhkan punggung di atas tebing pintu. Dekat sini lagi lah banyak nyamuk dari dalam kelambu.

Sudah 10 minit Ayra Amani di dalam. Tangan Syed Azrief tak berhenti menampar nyamuk yang hingap dibadannya. Sampai tak sempat nak pakai baju punya lah kalut nak memerut.

"Azrief"panggil Ayra Amani dari dalam.

"ya"jawab Syed Azrief ringkas.

Selang beberapa minit lagi suara Ayra Amani kedengaran.

"Azrief hang ada kat situ lagi ka"

"ya cepat lah sikit"

Syed Azrief sudah menggeleng kepala. Penakut sangat sampai ingat orang akan tinggalkan dia. Tak sampai berapa minit namanya diseru oleh Ayra Amani. Hailah kata kampung sendiri tapi penakut.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now