"tak apalah mummy mungkin Ayra penat sangat tu"

"hai lain macam je ayat kau ni. Korang ada buat apa-apa ke semalam?"kata Fareez dengan senyuman nakal.

Tersedak Syed Azrief yang sedang menghirup air milo panas itu. Terasa kerongkongnya sedikit pedih akibat tersedak air milo panas itu. Soalan jenis apakah ini? Nak buat-buat tak faham boleh tak?

"kau jangan nak buat perangai Reez"kata Faleeq sambil menggeleng kepala.

"sudah jangan nak mengusik pengantin baru kita ni dah makan. Azrief makan lah buat macam rumah sendiri"kata Encik Rosli kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya mengangguk kepala. Nasi disenduk masuk ke dalam pinggannya sebelum tangannya beralih mengambil sambal udang pula. Tengok pun dah tahu sedap mesti dia akan bertambah lagi.

Ayra Amani mengeliat sambil matanya masih tertutup. Cahaya menerobosi matanya. Perlahan-lahan dia membuka mata melihat langsir yang ditutup semalam sudah pun terbuka sebab itulah cahaya boleh masuk ke dalam.

Siapa pula yang rajin menyelak tirai biliknya ini? Sebelum ini dia buat sendiri je. Tiba-tiba wajah suami yang baru dinikahi semalam muncul.

Sofa dihadapannya dipandang. Hanya ada bantal dan selimut yang kemas dilipat disitu tapi orangnya sudah pun tiada di dalam bilik. Kemana pula lelaki itu pergi?

Sekarang baru pukul 9 pagi. Keluar jogging ke? Semalam dia ada dengar perbualan Fareez dan Faleeq yang mengajak Syed Azrief untuk berjogging dik awasan berdekatan rumah mereka.

"biar pi kat dia lah baik aku pi mandi lepastu turun makan"

Pintu bilik air dibuka dan dia membersihkan diri selama 30 minit. Selesai merapikan diri Ayra Amani keluar dari bilik. Sunyi sepi sahaja rumah ini mana pergi semua orang? Selalunya ada je suara dekat dapur mahupun ruang tamu ini sunyi tanpa sebarang suara.

"mana pi semua orang ni? Depa keluar ka?"kata Ayra Amani seorang diri.

Kakinya melangkah turun dan melangkah ke dapur. Memeriksa di sana pula mana tahu ada orang disana sedang makan. Selalunya begitulah.

Di dapur juga tiada orang. Ayra Amani hanya mengangkat bahu. Pinggan di rak diambil lalu dibawa ke meja makan. Tudung saji diangkat lalu diletakkan ke tepi. Aroma nasi lemak menyengat hingga ke hidung. Sedapnya bau.

"baru bangun?"tegur seseorang.

"ish mummy ni terkejut lah Ayra"kata Ayra Amani sambil mengurut dada tanda terkejut.

Bila masa pula Puan Maisarah muncul ini dia sudah periksa tadi tiada orang di dapur tahu-tahu Puan Maisarah muncul.

"mana pi semua orang mummy sunyi sepi ja rumah? Abang Leeq dan abang Reez dok tidur lagi ka?"

Sebabnya abang-abangnya itu kaki tidur. Kalau tak tengah hari takkan bangun punya sebab itulah dia menyangkakan mereka berdua masih lagi nyenyak tidur.

"diorang keluar jogging dengan suami kamu"

"oh pi jogging..."

"ha pi jogging dengan Azrief?"

"lah kenapa terkejut sangat ni?"tanya Puan Maisarah sambil mengerut dahi. Pelik-pelik je terkejutnya itu.

"Ayra ingat Azrief keluar tak tau pula dia pi jogging. Daddy mana? Mommy jangan kata daddy pun join depa pi jogging juga?"

Melihat anggukan Puan Maisarah, Ayra Amani menayang wajah tidak percaya. Sejak bila orang dalam rumah ini kaki jogging? Tak pernah nampak pun sebelum ini. Baru hari ini dan memang patut dia terkejut beruk.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now