"entah apa-apalah perangai. Fikir diri tu hebat sangat ka? Tunggu apa balik lah ke kelas hang takkan hang nak depa buli hang lagi?"kata gadis itu kepada budak bernama Azri itu.

"huh?"kata budak itu tidak faham.

"kalau hang memang suka kena buli dengan depa teruskan i can't say anything"

"terima kasih kak!"kata budak itu keluar lalu berlari dengan laju. Dia takkan lagi ketemu dengan tiga jejaka itu. Kalau jumpa pun harus mengelak!

Selesai sahaja gadis itu memutar badan lalu melangkah pergi. Dia mahu ke pejabat sekolah tapi tidak tahu dimana. Tengah mencari dimana pejabat sekolah telinganya terdengar suara herdikan terus dia datang dan ada tiga lelaki sedang membuli seorang budak lelaki. Bersepah sampah di atas lantai. Sah budak itu kena buli.

"kurang ajar punya perempuan berani kau sound aku depan orang"kata Syed Azrief geram.

"dia budak baru ke? Cara bercakap macam orang utara je. Lencana sekolah pun tak ada"kata Ameer pula.

"mungkin"balas Hariz pendek.

Syed Azrief masih memandang gadis itu yang hampir hilang dari pandangannya. Tiada seorang pun yang berani menegur dirinya selama ini. Hari ini dalam sejarah dia dimalukan di depan orang ramai. Sungguh menjatuhkan air muka seorang Syed Azrief di sekolah ini.

SHARIFAH Alisha melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman di bibir. Matanya terpandang ke arah Syed Azrief yang berada di atas meja Danish sambil menunjal-nunjal kepala Danish. Sudah lah budak itu pendiam orangnya kalau kena buli pun masih berdiam diri lagi.

Tergeleng kepala Sharifah Alisha melihat perangai anak muridnya yang seorang itu tidak habis-habis menimbulkan masalah di sekolah. Padahal ini sudah tahun akhir di sekolah ini tapi masih tidak berubah lagi perangai itu.

"Assalammuaikum kelas sila duduk tempat masing-masing. Azrief duduk ke tempat awak!"

Syed Azrief menjeling ke arah guru kelasnya. Sempat rambut Danish dikusutkan sebelum dia melangkah ke tempat duduknya dihujung tingkap.

"baiklah cikgu ada berita gembira untuk korang semua. Hari ini korang semua akan dapat rakan baru"

"hah budak baru? mana dia cikgu?"

"lelaki ke perempuan?"

"cantik ke tak? handsome ke tak?"

"kalau dia lelaki aku nak dia!"

"stop it kelas! Saya tak sempat nak perkenalkan dia lagi korang dah bising cuba bawa bertenang sikit"marah Sharifah Alisha.

Belum sempat perkenalkan dah bising satu kelas. Nasib baiklah ini kelasnya yang dia kena hadap perangai selama satu tahun ini. Lepas ini dia tidak mahu menjadi guru kelas dah. Ini kelas terakhirnya pada tahun ini tahun depan dia tak nak dah jadi guru kelas.

Semua seisi kelas kembali diam takut dengan guru kelas mereka itu nampak je lemah lembut tapi garang. Sharifah Alisha melangkah keluar dan memanggil seseorang diluar pintu itu untuk masuk ke dalam.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kelas seisi kelas menjadi sunyi sepi. Ini perkara yang dibenci oleh pelajar baru. Rasa kekok dan takut pada masa yang sama.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now