Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 71

4.7K 243 32
By itsmenurfa

AYRA Amani bangun awal harini kerana dia mahu membuatkan spagethi cabonara. Entah mengapa dia terasa teringin mahu makan spagethi cabonara sewaktu sahur. Selalunya mereka hanya makan biskut dan air milo sahaja harini dia mahu membuat kelainan iaitu makan spagethi cabonara sewaktu sahur.

Dia menggeleng kepala melihat Syed Azrief meringkuk tidur di atas sofa sambil memeluk tubuh. Suhu aircond bukan main kuat 22 darjah kulit biawak agaknya tak rasa sejuk ke dengan selamat tiada. Pasti Syed Azrief menyiapkan kerja khusus sampai lewat pagi. Bila dia mahu menolong Syed Azrief tidak bagi kalau tidak mesti siap dah.

Selesai sahaja menyiapkan spagethi cabonara Ayra Amani membawa mangkuk kuah cabonara ke meja makanan di depan. Dia melangkah ke arah Syed Azrief yang masih lena tidur itu. Jam di dinding menunjukan pukul 4:30 pagi. Selalunya mereka akan bangun dalam pukul 5 lebih harini mencatat sejarah bangun sahur awal dan makan spagethi sewaktu sahur.

"Azrief bangun"gerak Ayra Amani lembut.

"hm"sahut Syed Azrief perlahan. Matanya masih tertutup.

"bangun kita sahur"ajak Ayra Amani dan menukar suhu aircond ke 24 darjah. Sejuk macam ni boleh pula Syed Azrief tidur tidak pakai baju. Kalau dia dah berlapis-lapis selimut.

"dah pukul berapa ni?"tanya Syed Azrief dengan mata pejam celik menahan kantuk. Mana tidaknya dia baru sahaja tidur pada pukul 2:45 pagi. Dia menyiapkan juga kerja khususnya itu sehingga selesai.

"dah pukul 4:30 pagi"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"awal lagi lah aku mengantok lagi. Pukul 5:15 ke kau kejut lah"kata Syed Azrief lalu dia memejam mata semula. Tangannya memeluk bantal bulat.

"bangun lah kita sahur aku masak"kata Ayra Amani lalu dia menarik tangan Syed Azrief supaya bangun.

"huh kau masak?"tanyq Syed Azrief terkejut terus dia bangun dari pembaringan. Adakah dia salah mendengar?

"yelah aku masak jom lah makan nanti sejuk"kata Ayra Amani dan menarik tangan Syed Azrief ke meja makan. Kenapa reaksi Syed Azrief nampak terkejut apabila dia kata dia memasak?

"tadaa ni lah masakkan aku duduk lah"kata Ayra Amani lalu dia meletakkan spagethi dan kuah cabonara ke dalam pinggan Syed Azrief.

"kau biar betul ni Ayra makan spagethi pagi-pagi buta macam ni"kata Syed Azrief tidak percaya. Mana pernah dibuat orang makan spagethi sewaktu sahur.

"ish betul lah makan jelah aku dah penat memasak banyak pula kau cakap"kata Ayra Amani lalu dia menyuap spagethi cabonara  ke dalam mulutnya.

"hm sedapnya tak sia-sia aku bangun awal masak"kata Ayra Amani sambil memejam mata menikmati masakannya sendiri.

Syed Azrief yang masih mamun itu gagah menyuapkan spagethi cabonara ke dalam mulut walaupun dia tidak gemar makan makanan berat sewaktu pagi begini. Betul kata Ayra Amani spagethi cabonara buatan Ayra Amani ini sedap. Rasa berlemak apabila masuk ke dalam mulut.

"sedap tak?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief yang menikmati masakkan pertamanya itu.

"sedap tapi lain kali kalau nak memasak jangan lah masak waktu sahur tak rasa excited sebab mengantok tapi masak lah masa berbuka mesti aku excited makan masakan pertama kau"kata Syed Azrief sambil menyuap spagethi cabonara ke dalam mulut. Kalau tidak makan nanti kecil pula hati Ayra Amani yang sudah kecil itu. Sudah lah baru pertama kalini Ayra Amani memasak.

"yelah nanti aku cuba lah masak benda lain pula waktu berbuka kan puasa 30 hari banyak lah masa"kata Ayra Amani berlagak.

"jangan 30 hari puasa ke bazar sudah"perli Syed Azrief sambil ketawa.

"ish kau memang spoilkan keadaan betul lah"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief. Sakit betul hatinya bercakap dengan Syed Azrief ini ada je benda nak diperli.

"tambahkan lagi"hulur pinggan yang kosong itu ke arah Ayra Amani.

Ayra Amani sudah tersenyum. Walaupun dia menggunakan kuah cabonara yang sudah siap tapi Syed Azrief tetap makan dengan berselera. Reaksi ini lah yang dia mahukan.

"kau senyum apa kena sampuk dengan hantu ke?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani yang mencedok kuah cabonara ke dalam pinggannya.

"sibuk jelah makan cepat"kata Ayra Amani lalu dia meletakkan semula pinggan di hadapan Syed Azrief.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Setiap masa mesti ada masa Ayra Amani untuk berangan. Tidak kira dimana pun mesti Ayra Amani akan berangan.

"BERTENAGA kau harini?"tegur Hariz kepada Syed Azrief yang sedang tekun menyiapkan tugasan itu. Cikgu Alia keluar sebentar kerana mahu berjumpa dengan seorang guru jadi kelas mereka bising seperti biasa.

"mana taknya aku kekenyangan pagi tadi"jawab Syed Azrief tanpa memandang ke arah Hariz dan Ameer ditepinya. Ayra Amani duduk di tepi Rania kerana disebelah Rania iaitu Melissa tetapi harini Melissa demam jadi dia tidak hadir ke sekolah harini.

"amboi bulan puasa pun syaitan berkeliaran ke?"usik Ameer sambil ketawa.

"bodoh lah korang ni. Fikir benda yang bukan-bukan je bulan puasa ni"kata Syed Azrief sambil tersenyum.

"eh kitorang tak ada cakap apa pun kau yang otak biru fikir benda bukan-bukan"kata Hariz pula.

"argh korang dua tu sama je otak biru juga"kata Syed Azrief tidak mahu kalah.

"sorry kelas Cikgu lambat masuk sebab Cikgu ada hal penting tadi. Sebelum kita tamatkan kelas kita harini Cikgu nak perkenalkan kamu semua dengan Cikgu baru"kata Cikgu Alia sambil melirik ke arah seorang cikgu lelaki disebelahnya.

"Cikgu perkenalkan diri Cikgu kepada murid-murid"kata Cikgu Alia kepada guru lelaki itu.

"nama saya Imran Aqil panggil saya Cikgu Imran kalau awak nak panggil saya Cikgu Aqil pun tiada masalah tapi saya lebih suka korang panggil saya Cikgu Imran dan saya tinggal di Cyberjaya"kata Cikgu yang bernama Imran itu.

"Cikgu dah kahwin belum?"tanya Fiera dengan nada gedik.

"Fiera!"kata mereka semua serentak. Mereka semua sedia maklum bahawa Fiera berperangai gedik.

Cikgu Imran itu hanya tersenyum mendengar soalan itu. Memang selalu ditanya soalan begitu oleh anak muridnya. Jadi tidak hairan lah kenapa soalan itu ditanya lagi.

"saya belum berkahwin dan belum bertunang"kata Cikgu Imran sambil senyum.

"ada peluang lah aku ni"kata Fiera dengan nada gedik sambil ketawa.

Ayra Amani dan Rania yang mendengar itu hanya menggeleng kepala. Matanya memandang pula ke arah Syed Azrief yang juga memandang tajam ke arahnya. Dia terus memandang ke arah hadapan kembali tanpa mempedulikan Syed Azrief yang memandang ke arahnya.

"itu sahaja dan Cikgu Imran akan gantikan tempat saya mulai esok. Saya akan bercuti bersalin selama 3 bulan jadi sepanjang ketiadaan saya Cikgu Imran lah akan gantikan saya mengajar subjek Addmath faham?"kata Cikgu Alia dengan nada tegas.

Mereka semua mengangguk kepala tanda faham. Kalau Cikgu lelaki yang mengajar Addmath pasti tidak garang kerana Cikgu Alia yang mengajar mereka Addmath sungguh garang. Kalau tidak boleh menjawab soalan dihadapan pasti akan dikenakan denda. Syukur juga Cikgu Alia akan bersalin sekurang-kurangnya mereka tidak perlu hadap Cikgu Alia selama 3 bulan ini yang paling bersyukur atas ketiadaan Cikgu Alia sudah semestinya Ayra Amani kerana Ayra Amani tidak suka Addmath.

"waktu saya pun dah tamat jadi saya akan beritahu Cikgu Imran tentang tugasan yang saya beri kepada kamu dan saya nak tugasan itu semua dah siap. Saya tak nak dengar satu pun complain tentang kamu sepanjang ketiadaan saya"kata Cikgu Alia lagi.

"baik cikgu selamat bercuti pantang"kata Hariz dengan kuat.

"amboi kamu Hariz suka lah tu saya tak ada nanti"kata Cikgu Alia kembali.

Hariz hanya ketawa mendengar. Bagus lah tu kalau dah tahu. Kebanyakkan semua pelajar tidak suka akan Cikgu Alia kerana Cikgu Alia seorang yang garang. Kalau mood dia okay dia akan okay kalau mood monsun dia datang habis satu kelas dimarahi walaupun seorang sahaja yang buat pasal.

"mana ada cikgu tak baik fitnah saya bulan puasa ni"kata Hariz lalu dia menyimpan buku di atas meja di dalam laci bawah.

"macam-macam lah kamu. Esok Cikgu berkenalan lah dengan diorang kenal perangai diorang sekali tambah-tambah budak bertiga tu"kata Cikgu Alia sambil menunjuk ke arah Syed Azrief, Ameer dan Hariz.

"tengok tu kena fitnah lagi"kata Ameer sambil menggeleng kepala.

Seisi kelas hanya ketawa mendengar. Semua orang tahu bahawa tiga orang itu memang nakal tapi nasib baik lah nakal pun pandai. Markah peperiksaan mereka tidak pernah rendah. Selalunya budak yang nakal ini lah yang paling pandai di sekolah.

"saya keluar dulu ingat siapkan semua kerja yang saya bagi"pesan Cikgu Alia lagi.

"baik cikgu"jawab mereka semua.

Sebaik sahaja Cikgu Alia dan Cikgu Imran keluar dari kelas, kelas mereka mula bising seperti pasar malam. Ayra Amani kembali ke tempatnya untuk menyimpan buku-buku. Dia memandang ke arah Syed Azrief yang juga sedang memandang ke arahnya.

"kau dah kenapa pandang aku macamtu?"tanya Ayra Amani sambil mengangkat kening.

"suka lah dapat cuci mata?"tanya Syed Azrief mendatar.

"cuci mata apanya kau ni?"kata Ayra Amani buat-buat tidak faham akan soalan ditanya oleh Syed Azrief.

"Cikgu tadi tu. Seronok lah dapat cuci mata bulan puasa dengan Cikgu handsome?"kata Syed Azrief mendatar. Apa dia tidak cukup kacak ke sampai Ayra Amani memandang Cikgu lelaki itu tidak berkelip-kelip.

"handsome tu handsome lah tapi aku ni isteri orang aku dah suami, suami aku lah orang yang paling handsome di hati aku"bisik Ayra Amani ditepi telinga Syed Azrief.

Bibir Syed Azrief mengoyak senyuman apabila Ayra Amani berkata begitu. Seronok betul bila isteri dia cakap dia lagi handsome. Semua orang tahu bahawa dia kacak tapi nak tunggu Ayra Amani katakan benda itu macam lambat lagi tapi harini Ayra Amani mencatat sejarah mengatakan dia handsome. Bangga dia sekejap.

"tahu pun mata, bibir, badan kau semua tu aku yang punya hanya untuk aku, kau jangan gatal-gatal nak sedekah dekat orang kalau aku tahu kau sedekah dekat orang lain siap kau"kata Syed Azrief ditepi telinga Ayra Amani pula. Tangannya mula meraba dipeha Ayra Amani.

"aipp"tegur Ameer setelah dia melihat perangai gatal Syed Azrief. Di sekolah pun nak mengatal tu kalau dirumah tak tahu lagi.

Terus Ayra Amani menolak tangan Syed Azrief di pehanya. Mukanya sudah membahang dengan perangai gatal Syed Azrief lagi-lagi ditangkap oleh Ameer di belakang lagi lah dia malu. Dia bangun mendekati Rania dan mengajak Rania ke tandas.

"ish ish gatal betul eh kau ni Rief dekat sekolah pun menjadi gatal kau ni"kata Ameer sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.

"biar lah bini aku juga siapa suruh kau tengok"kata Syed Azrief tidak mahu kalah.

Ameer hanya memutar mata ke atas. Dah benda dihadapannya macam mana tak tertengok juga mesti akan tengok juga. Nak salahkan mata dia konon padahal orang depan tu gatal merenyam.

"Azrief sini kejap"panggil Sharifah Alisha dari luar tingkap.

Syed Azrief yang mendengar kakaknya panggil terus bangun dan keluar ke balkoni. Dia mengangkat kening sebelah tanda 'apa' kepada kakaknya.

"berbuka nanti dekat rumah mama tau. Mama ajak korang berbuka sama-sama harini. Ada adik beradik mama datang nak berbuka dekat rumah"kata Sharifah Alisha kepada adiknya.

"ha okay juga tu aku dengan Ayra baru ingat nak berbuka dekat rumah mama kejap lagi"kata Syed Azrief pula.

"bagus lah tu nanti datang berbuka dekat rumah. Ni Ayra mana dia tak datang sekolah ke?"tanya Sharifah Alisha apabila dia melihat dari celahan tingkap tiada adik iparnya.

"dia pergi tandas tu dengan Rania. Kejap lagi aku bawa kerja khusus aku, kau tolong semak kot ada kesalahan ke apa senang aku nak betulkan"kata Syed Azrief kepada kakaknya sambil tersenyum.

"banyak cantik kau tak adil lah macam tu"kata Sharifah Alisha sambil menggeleng kepala.

"alaa kau ni aku suruh kau semak je bukan aku suruh kau tambah markah dekat aku itu pun tak boleh"kata Syed Azrief dengan buat nada sedih.

"ingat comel lah tu? Yelah bawa kerja khusus kau bagitahu Ayra sekali suruh bawa biar aku semak"kata Sharifah Alisha sambil membuat muka redha. Macam ini lah jadi kakaknya pantang adik buat muka sedih pasti dia mula berasa sangsi.

"ni sayang kau ni. Petang nanti kitorang nak pergi bazar kau ada apa-apa nak pesan tak?"tanya Syed Azrief kepada Sharifah Alisha. Sebelum dia berkahwin selalu juga dia menjadi foodpanda kepada Sharifah Alisha membeli makanan yang diingini oleh kakaknya.

"belikan aku ayam gunting jelah tetiba tekak rasa nak makan"kata Sharifah Alisha sambil tersengih.

"aik kahwin pun belum lagi dah mengidam?"kata Syed Azrief dengan nada pelik.

"kepala hotak kau, kau fikir apa? Dah masuk kelas beli dan bawa benda yang aku suruh itu je"kata Sharifah Alisha lalu dia menolak tubuh adiknya masuk semula ke dalam kelas.

"eh malu dekat orang lah"kata Syed Azrief kepada Sharifah Alisha. Seisi kelas memandang ke arah mereka berdua. Mana tidaknya dia ditolak oleh Sharifah Alisha masuk ke dalam kelas macam budak-budak. Semua orang tahu bahawa Sharifah Alisha adalah kakak kandungnya.

"tahu pun malu"kata Sharifah Alisha sambil tersenyum sebelum dia beredar dari kelas.

Syed Azrief memandang tajam ke arah mereka yang sedang memandang ke arahnya itu. Dia membetulkan bajunya.

"apa pandang-pandang dah tak ada kerja nak buat ke?"kata Syed Azrief mendatar. Macam tak pernah tengok orang pula gaya mereka ini.

Mendengar Syed Azrief berkata begitu terus mereka kembali membuat kerja masing-masing takut akan Syed Azrief yang akan bertukar menjadi hulk sekejap lagi. Ameer dan Hariz ketawa dibelakang. Itulah perangai adik dan kakak.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

560K 22.9K 65
★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penu...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
795K 32.8K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...
188K 7.1K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...