Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 65

3.9K 160 19
By itsmenurfa

AYRA Amani memandang dua makhluk ciptaan Allah itu kecil besar sahaja. Dia dengan Rayyan seperti lalat busuk yang mengacau mereka berdua. Matanya sakit melihat kegedikkan Mia Adriana itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia menarik rambut Mia Adriana sehingga tersungkur tapi dia batalkan niat kerana bulan puasa kalau tak kena dah Mia Adriana ni. Kegedikkan Mia Adriana makin menjadi-jadi selepas dia tahu bahawa mereka sudah berkahwin.

"apasal Kak Mia tu gedik sangat dengan Abang Rief. Kak Mia lupa ke Abang Rief tu suami Kak Ayra"kata Rayyan juga yang turut perasan kegedikkan Mia Adriana itu.

"ala tak apalah Rayyan Kak Ayra okay je tak jealous pun"kata Ayra Amani pura-pura ketawa padahal dia sudah mahu meletop melihat mereka kedua-dua ini.

"Kak Ayra okay tapi Rayyan rasa macam nak humban je Kak Mia tu dalam periuk sup tu gedik macam cacing"kutuk Rayyan apabila melihat Kakaknya itu. Gaya macam geram lama dah kepada kakaknya.

Ayra Amani hanya tersenyum mendengar. Dah si adik pun meluat melihat kegedikkan kakak dia apatah lagi yang membuat dia sakit hati Syed Azrief hanya membiarkan sahaja Mia Adriana memegang lengan Syed Azrief gaya Mia Adriana pula isteri Syed Azrief.

Leka membeli makanan Syed Azrief memandang belakang mereka Ayra Amani memegang lengan Rayyan mungkin Ayra Amani sudah letih menerokai bazar ramadhan. Baru sahaja dia mahu pergi ke arah Ayra Amani lengannya dipaut oleh Mia Adriana dan Mia Adriana mengheretnya ke gerai yang lain.

"Kak Ayra kita beli air tu eh lepastu kita balik lah"kata Rayyan sambil menunjuk ke arah gerai air itu kepada Ayra Amani.

"nak balik macam mana kan kita datang satu kereta"kata Ayra Amani dan melangkah ke gerai air yang ditunjuk oleh Rayyan itu. Dia membeli dua bungkus air teh ais untuknya dan Rayyan.

"ala kita balik jalan kaki jelah bukannya jauh pun lintas jalan sampai lah rumah Tok Kak Mia tu je yang gedik nak naik kereta padahal dekat je"kata Rayyan yang menyambut huluran beg plastik air daripada Ayra Amani.

Ayra Amani terdiam seketika. Betul juga kata Rayyan itu. Rumah Tok dengan bazar ramadhan itu terlalu dekat tetapi Mia Adriana yang mengada nak ke bazar ramadhan menaiki kereta. Ayra Amani sudah sakit hati lagi-lagi Syed Azrief hanya menurut.

"jom lah Kak Ayra rasa cukup dah ni beli banyak-banyak nanti tak habis pula"kata Ayra Amani kepada Rayyan dan dia memegang lengan Rayyan semasa berjalan. Bazar ramadhan pada puasa teramat lah sesak.

SAMPAI sahaja di rumah Syed Azrief terus keluar dari kereta dan meninggalkan Mia Adriana di dalam kereta. Mahu meletop jantungnya apabila dia melihat belakang Ayra Amani dan Rayyan sudah tiada. Dia pusing 2 kali di bazar ramadhan untuk mencari Ayra Amani dan Rayyan tetapi hampa mereka berdua tiada.

Melihat Ayra Amani sedang bergelak ketawa bersama Zuhaili lagi membuat darahnya menggelegak. Zuhaili yang melihat Syed Azrief melangkah untuk masuk ke dalam rumah terus Zuhaili bangun dan memandang ke arah Ayra Amani.

"ikut aku kejap"kata Syed Azrief lalu dia terus menarik tangan Ayra Amani keluar dari rumah dan membawa Ayra Amani ke belakang kereta.

Mia Adriana memandang Syed Azrief dan Ayra Amani pelik. Tadi Syed Azrief okay je dengan dia. Lagi lah dia seronok apabila Ayra Amani dan Rayyan sudah pulang ke rumah. Dia tahu bahawa mereka berdua pulang ke rumah tetapi dia sengaja tidak mahu memberitahu Syed Azrief. Mahu telefon tetapi Syed Azrief menyimpan telefon di dalam kereta. Lagi lah dia seronok.

"ish lepas lah sakit tahu tak!"marah Ayra Amani dan mengosok pergelangan tangannya yang sudah merah. Apa ingat dia kambing ke heret macam tu.

"kau ni dah kenapa Ayra?  Suka sangat buat perangai kau tu dah besar kau matang lah sikit ni tak ikut je kata hati kau tu. Aku setengah mati cari kau dekat bazar balik je aku dijamu dengan kau dan Zuhaili. Seronok ke bersembang?"kata Syed Azrief mendatar.

"aku tak matang? Ha betul lah tu aku ni kan budak lah Mia tu kan dah dewasa dah matang. Aili singgah hantar bubur lambuk jelah takdanya aku dengan Aili tu mengedik cium ke apa"perli Ayra Amani. Sakit hatinya apabila dikatakan begitu oleh Syed Azrief.

Dada Syed Azrief sudah naik turun menahan amarah. Ikutkan hati yang panas ini mahu sahaja dia menumbuk wajah Zuhaili itu. Tak tahu ke yang Ayra Amani itu isteri dia tak tahu hukum hakam ke si Zuhaili itu? Kalau tak tahu dia tak ada masalah kalau mahu menurunkan ilmu kepada Zuhaili.

"Mia tak kena mengena pun dalam hal ni. Salah ke aku nak pergi bazar dengan dia? Pergi dengan kau sekali kan bukan aku pergi berdua dengan dia pun. Kau memang berfikiran tak matang lah Ayra cuba kau belajar jadi matang sikit jangan jadi kebudak-budakkan sangat"hambur Syed Azrief dengan nada marah.

"oh kau nak backup dia lah sekarang ni? Aku lah yang budak aku lah yang tak matang kau dengan Mia tu matang lah sangat sampai tak tahu halal haram peluk pegang sana sini tu tak apa ke? Kalau kau nak bercinta balik dengan Mia tu pun aku tak kisah lah Azrief aku tak kisah! Tapi kau kena ceraikan aku dulu sebab aku tak sanggup ada madu lagi-lagi perempuan tu Mia!"kata Ayra Amani garang. Matanya menikam mata Syed Azrief.

Tercengang Syed Azrief mendengar. Niatnya mahu bertanya kenapa Ayra Amani pulang tanpa memberitahunya tetapi tidak sangka sampai ke tahap ini. Lagi-lagi apabila Ayra Amani menyebut soal cerai.

"kalau kau rasa kau tak mampu nak jaga aku dan tak mampu nak sayang aku ceraikan aku Azrief. Aku pin tak rela nak hidup macam ni. Aku ni apa Azrief mayat hidup ke? Aku akan okay ke bila aku tengok suami aku dipeluk dan dicium oleh perempuan lain? Aku okay? Sudah lah Azrief aku penat sangat hadap benda ni"kata Ayra Amani sambil menangis. Dia tidak mampu bertahan lagi akhirnya air matanya tumpah juga.

Melihat Ayra Amani sudah menangis Syed Azrief rasa bersalah pula. Dia tahu itu semua kesalahan darinya juga. Kalau dia tidak memberi amaran kepada Mia Adriana mungkin tidak terjadi. Dia terus menarik Ayra Amani di dalam pelukkannya dan mengosok belakang Ayra Amani yang sudah sedu sedan.

"sudah cukup aku dah penat Azrief. Ceraikan aku"kata Ayra Amani lagi yang masih di dalam pelukan Syed Azrief.

"shh aku tak nak dengar apa-apa lagi"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Hatinya bagai dihiris-hiris dengan pisau apabila Ayra Amani menyebut perkataan cerai.

"aku nak balik KL lepas berbuka kalau kau tak nak balik aku balik naik train"kata Ayra Amani dan menolak Syed Azrief yang memeluknya.

"jangan lah macam ni nanti apa pula kata diorang tiba-tiba nak balik KL pula. Esok kita balik lah KL sama-sama"pujuk Syed Azrief sambil memegang tangan Ayra Amani dan laju sahaja Ayra Amani menarik tangannya.

"tak apa biar aku je balik sendiri. Kau stay lah sini Mia sentiasa ada untuk kau kan"kata Ayra Amani lagi. Dia mengesat air mata dipipinya dengan baju.

Syed Azrief diam seketika. Apa pula dia mahu memberitahu mereka kalau Ayra Amani menegas mahu pulang ke KL malam ini juga sedangkan mereka sudah merancang mahu pulang ke KL esok petang bersama keluarga Ayra Amani.

"okay lepas berbuka kita balik"putus Syed Azrief sambil mengeluh nafas berat.

"tak apa kalau kau nak stay sini stay jelah aku boleh balik sorang-sorang"kata Ayra Amani lagi.

"kau ni dah kenapa Ayra? Nak tunjuk perangai keras kepala dekat aku? Kalau aku cakap kita balik sama tu kita balik jelah tak payah lah cakap banyak. Aku ni suami kau dan kau tanggungjawab aku. Nak tak nak kau tetap juga kena dengar cakap aku"marah Syed Azrief. Sakit hati pula bila Ayra Amani asyik membantah sahaja katanya.

Ayra Amani menjeling sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Syed Azrief diluar. Dia mahu pulang ke KL bukan kerana dia tidak suka duduk di kampung tapi dia menyampah melihat Mia Adriana itu. Tak habis-habis berkepit dengan Syed Azrief sejak mereka menjejak kaki di kampung.

Syed Azrief meraup rambutnya. Dia memandang Ayra Amani yang semakin hilang dari pandangannya. Susah betul mahu memahami Ayra Amani. Dia sayangkan Ayra Amani dan dia mahu hidup bersama Ayra Amani sehingga tua nanti. Tetapi kenapa payah sangat Ayra Amani mahu memahami? Dia salah di mana lagi?

"LAH takkan dah nak balik cakap balik esok"kata Tok sambil memandang ke arah Ayra Amani dan Syed Azrief.

"saya minta maaf lah tok kami kena balik KL juga ada urusan keluarga"kata Syed Azrief lembut. Urusan keluarga mereka iaitu dia dan Ayra Amani.

"kalau ya pun ada urusan keluarga balik esok jalah sekarang ni dah pukul 10 malam Tok risau nak lepas hampa dua balik malam-malam ni"kata Tok separa memujuk. Tok memaut lengan Ayra Amani dan menyuruh Ayra Amani tinggal disini sehingga esok.

"tak boleh Tok kami kena balik juga malam ni. Nanti bila kami free kami balik sini lagi ya"kata Ayra Amani pula. Dia menyalam dan memeluk tubuh tua Tok. Terasa sedih mahu meninggalkan Tok tetapi kerana hal ini dia tetap juga mahu pulang ke KL.

"janji dengan Tok raya ni balik mai sini raya ke berapa pun tak apa janji balik ya"kata Tok dengan nada sedih. Bukan selalu Ayra Amani pulang ke kampung bila dah pulang ke kampung tetapi harus pulang ke KL pula.

"kami janji Tok. Kami gerak dulu ye semua. Minta maaf sangat tak dapat nak stay sini lagi sehari"kata Syed Azrief pula kepada mereka semua.

Ayra Amani menyalam tangan semua dan matanya memandang ke arah Mia Adriana yang juga memandang ke arahnya. Dari gaya melihat mata dia pasti Mia Adriana tidak puas hati dengan dirinya tapi siapa yang kisah?

"bawa kereta tu elok-elok Rief kalau mengantuk singgah rnr mana-mana lelapkan mata"pesan Encik Faruk kepada menantunya. Syed Azrief hanya mengangguk tanda faham.

Faleeq pula memandang ke arah Mia Adriana dengan tajam. Dia pasti kes Ayra Amani dan Syed Azrief mahu pulang ke KL pasti ada kena mengena dengan Mia Adriana. Tadi sewaktu sahur elok sahaja mereka bergelak ketawa pulang sahaja dari keluar dua-dua monyok. Waktu berbuka Ayra Amani hanya meneguk air teh ais dan sebiji kurma itu pun sedikit sahaja.

"kami minta diri dulu ya"kata Ayra Amani lembut. Dia menyarung kasut dan menghampiri kereta sebelum dia melabuhkan punggung di seat kereta.

"puas hati?"tanya Syed Azrief mendatar. Dia menurunkan cermin tingkap dan mengangkat tangan kepada mereka sebelum mereka meninggalkan kampung.

Ayra Amani hanya diam tanpa sedikit pun mahu membalas. Puas hati sangat akhirnya dapat pulang ke KL juga walaupun dia tahu nanti dia sekolah pasti mereka akan ketemu lagi.

Ting

Ayra Amani terus menyeluk poket seluarnya apabila mendapat notification Whatsapp dari seseorang yang tidak dikenali. Dia menghantar 8 gambar dan 2 video kepadanya. Dia menjauhi sedikit Syed Azrief sebelum dia mendownload kesemua gambar dan video itu.

Kesemua 8 gambar itu adalah gambar Mia Adriana dan Syed Azrief sedang berciuman di kelab malam. Mia Adriana bertenggek di atas peha Syed Azrief manakala tangan Syed Azrief melingkar di pinggang Mia Adriana. Video durasi 2 minit itu ditekan button play. Video itu menunjukkan bahawa Syed Azrief dan Mia Adriana sedang berciuman dan Mia Adriana membuka butang baju Syed Azrief dan terus menolak Syed Azrief terhenyak di atas katil dan menindih Syed Azrief.

Air matanya kembali turun dengan derasnya. Dia memandang ke arah Syed Azrief dengan wajah tidak percaya. Dia pasti bahawa nombor itu adalah nombor Mia Adriana hanya Mia Adriana sahaja yang mempunyai gambar dan video intim mereka itu.

Syed Azrief yang perasan Ayra Amani memandang ke arahnya terus dia memandang ke arah Ayra Amani. Walaupun dalam kegelapan dia masih boleh melihat wajah Ayra Amani basah dengan air mata. Apabila mereka melintas lampu jalan wajah Ayra Amani basah dengan air mata sah Ayra Amani sedang menangis sekarang.

"kau kenapa? Okay tak?"tanya Syed Azrief risau. Matanya memandang ke arah Ayra Amani dan matanya kembali memandang jalan.

Ayra Amani hanya diam dan mengalih tubuhnya ke luar. Tidak sanggup lagi mahu menatap wajah Syed Azrief. Jelas gambar dan video itu adalah Syed Azrief. Tetapi mengapa Syed Azrief langsung tidak jujurnya soal itu. Kalau Syed Azrief sudah menceritakan pasti dia boleh terima dan maaf lagi tetapi ini dia tahu dari Mia Adriana hatinya bertambah sakit.

"woi aku tanya ni jawab lah"berang Syed Azrief apabila ditanya Ayra Amani tidak mahu membalas.

Siapa je yang suka kena palau? Hatinya meronta-ronta ingin tahu apa kena dengan Ayra Amani. Mengapa mood Ayra Amani tiba-tiba berubah menjadi begini.

"bawa jelah kereta tu tak payah nak sibuk hal aku"kata Ayra Amani kasar. Dia memejam matanya. Dia berharap dengan dia memejam mata apa yang dia lihat semua akan dilupuskan dari ingatannya.

Syed Azrief mengeluh berat. Dia juga manusia biasa. Puas dia memujuk Ayra Amani satu pun tidak jalan. Dia buntu dan dia tidak salah salah silapnya dimana. Macam mana dia mahu memujuk Ayra Amani kalau Ayra Amani pun asyik diam je bila dia cakap. Rasa macam cakap dengan tiang pun ya.

"tidur lah lambat lagi nak sampai KL"kata Syed Azrief sebelum mata Ayra Amani perlahan-lahan memejam sehingga dia betul-betul terlena.

"goodnight sayang"kata Syed Azrief lembut.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

20.4K 754 49
[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini...
795K 32.8K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...
644K 19.6K 71
💫 C O M P L E T E 💫 - Untuk menutup mulut orang tua aku dengan jalan ni aku terpaksa lamar p.a aku sendiri - Aiden nazri [ Maaf dialog diatas han...
27K 1K 25
『••𝕮𝖎𝖓𝖙𝖆 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘••』 Simple and short story by @lazysya Also known as "Bella's Future Husband" ZAYYAD AQRIZ ISABELLA SOPHIA ━━━━━━ Bermula...