Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 64

4.3K 181 22
By itsmenurfa

HAMPIR 3 jam Ayra Amani berehat di dalam bilik Tok pening di kepalanya sudah makin baik. Dia mula bertenaga. Dia keluar dari bilik apabila terasa seisi rumah sunyi. Kemanakah mereka semua pergi? Senyap sunyi macam tiada penghuni.

Ayra Amani berlalu ke dapur. Dapur kosong dan pintu dapur juga tertutup rapat. Ayra Amani melangkah pula ke ruang tamu terdapat Rayyan sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Rayyan mana pergi semua orang sunyi je"tanya Ayra Amani lalu dia mengambil tempat di kerusi kosong menghadap televisyen.

"mama dengan Mak Jang diorang keluar pergi pekan. Tok dengan Mak Long pula diorang pergi rumah sebelah"jawab Rayyan yang matanya masih tertumpu pada skrin televisyen.

"habistu mana pergi yang lain diorang ikut sekali ke?"tanya Ayra Amani lagi. Takkan Syed Azrief pun turut ikut keluar tak bagitahu dia apa-apa pun atau Syed Azrief terasa hati akan layanan dia pagi tadi?

"Abang Leeq dengan Abang Reez diorang keluar berdua tak tahu pergi mana"kata Rayyan sambil menukar ke channel yang lain.

"Kak Mia dengan Abang Rief ada mana? Diorang keluar juga ke?"tanya Ayra Amani ingin tahu. Kalau semua orang dah keluar macam mana pula dengan Syed Azrief dan Mia Adriana. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"tak lah diorang ada dekat pondok luar tu"kata Rayyan sambil menunjuk ke arah luar.

Ayra Amani juga turut memandang luar. Dia menyelak sedikit langsir dan melihat Syed Azrief dan Mia Adriana sedang bergelak tawa di pondok lalu Mia Adriana menampar peha Syed Azrief.

"bulan puasa pun buat tak maksiat tak malu ke? Nak-nak dengan laki orang"kata Ayra Amani perlahan. Matanya masih memandang ke arah mereka berdua. Rasa nak termuntah melihat kemesraan mereka berdua itu.

"huh Kak Ayra cakap apa?"tanya Rayyan kepada Ayra Amani. Dia seperti terdengar Ayra Amani katakan sesuatu tetapi tidak berapa jelas.

"eh mana ada cakap apa"nafi Ayra Amani lalu dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Terdapat banyak mesej dari group mereka bertiga. Rania dan Melissa bertanya kemanakah dia pergi dan tidak hadir ke sekolah. Dia tiada mood mahu membalas selepas melihat kemesraan mereka berdua itu.

Perkara yang amat dia takuti ialah Syed Azrief akan jatuh cinta semula dengan Mia Adriana. Dia tahu Mia Adriana adalah cinta pertama Syed Azrief tak mungkin Syed Azrief akan lupa begitu sahaja. Hatinya sakit melihat kemesraan mereka itu. Macam mana kalau Syed Azrief jatuh cinta semula dengan Mia Adriana dan akan meninggalkan dirinya? Sanggupkah dia hadapi semua ini nanti?

"dah bangun? Kepala kau dah okay?"tanya Syed Azrief dari belakang.

Terserentak Ayra Amani apabila mendengar suara Syed Azrief menyapa ditelinganya. Sejak bila masuk dalam rumah bukan tadi bermesraan dengan Mia Adriana di pondok. Terpandang ke arah Mia Adriana pula ditepi Syed Azrief. Hatinya bertambah sakit. Rasa macam mahu pulang ke KL secepat mungkin. Kalau lah dia tahu bahawa Mia Adriana juga akan pulang ke kampung sumpah dia takkan balik kampung.

Ayra Amani hanya diam tanpa menjawab. Dia buat-buat telefon ditanya padahal dia bukan fokus betul-betul pun.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani itu. Kenapa Ayra Amani nampak sangat berlain? Padahal sewaktu sahur tadi okay je boleh bergelak tawa lagi dengannya sewaktu dia mengusik Ayra Amani dan kenapa sekarang jadi dingin macam dia ada buat salah?

"petang nanti kitorang nak pergi bazar ramadhan kau nak ikut? Aku ajak Rief temankan aku boleh kan?"tanya Mia Adriana sambil tersenyum.

Lagi panas hati Ayra Amani mendengar. Dia buat plan mahu ke bazar ramadhan tanpa mengetahuan dia? Dia memandang tajam ke arah Syed Azrief. Kenapa Syed Azrief setuju tanpa bertanya apa-apa kepadanya dulu? Tahu tak dia memang nak sangat pergi bazar ramadhan tapi alih-alih Mia Adriana yang mengajak Syed Azrief ke bazar ramadhan.

"boleh sangat Mia kau nak ajak dia pergi hujung dunia dengan kau pun aku bagi pergi lah"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Seksa hatinya melihat wajah Syed Azrief sekarang. Dia menahan diri daripada menangis. Sabar Ayra jangan menangis dekat sini.

Malas mahu menghadap dua ketul itu Ayra Amani terus bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik semula. Dia menghempaskan diri di atas katil lalu bantal tidur Tok dipukul berkali-kali untuk melepaskan rasa geramnya kepada mereka berdua itu.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Cepat-cepat Ayra Amani mengesat air matanya. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan Syed Azrief sekarang ini dia takut hal lain pula yang keluar dari mulutnya. Dia bukan lah stabil sangat buat masa sekarang. Mulutnya terasa ingin melepaskan geram sahaja tapi dia sabarkan diri bulan puasa kan tak elok marah-marah.

"Ayra"panggil Syed Azrief lembut.

"nak apa?"jawab Ayra Amani kasar.

"kau okay tak?"tanya Syed Azrief lembut. Dia menutup pintu bilik dengan perlahan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam.

"kau memang tak ada soalan lain dah ke nak tanya balik-balik soalan tu juga"kata Ayra Amani geram. Walaupun dia sabarkan diri daripada marah tetapi amarahnya itu terlepas juga.

Syed Azrief menelan air liur. Dia dah tahu apa punca Ayra Amani jadi begini. Dia takut Ayra Amani menjadi singa sebab kalau Ayra Amani jadi singa boleh tahan seram juga. Dia pernah kena suatu ketika dulu.

"jom lah kita ke bazar ramadhan. Aku tak pernah pergi lagi"ajak Syed Azrief berhati-hati.

"pergi jelah dengan Mia dia kan ajak kau buat apa kau ajak aku pula"kata Ayra Amani geram.

"tapi aku nak ke bazar ramadhan dengan kau bukan dengan dia"kata Syed Azrief lagi. Dia ingin mencapai tangan Ayra Amani tetapi dengan pantas Ayra Amani menepis tangannya.

"sama jelah kau pergi dengan aku ke dengan Mia dua-dua perempuan juga"perli Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief.

Syed Azrief sudah menelan air liur. Dia tidak tahu macam mana mahu memujuk Ayra Amani lagi. Dia tahu Ayra Amani sedang marah kepadanya. Dari riak wajah Ayra Amani pun dia sudah tahu tapi dia pasti Ayra Amani bukan cemburu dengan sebab ini sahaja tetapi ada sebab yang lain sama.

"kemana aku pergi kau mesti kena ikut sebab kau isteri aku dan aku rasa aku tak perlukan izin kau kot untuk bawa kau kemana-mana"kata Syed Azrief tenang. Dia mula mengeluarkan kuasa vetonya sebagai seorang suami.

Ayra Amani mengeluh. Mula dah mengeluarkan arahan sebagai seorang suami. Isteri kena ikut suami tetapi suami ada tahu ke apa yang isteri rasa sekarang ini? Sesungguh Syed Azrief bukan suami yang pandai memahami hati perempuan.

"aku nak ke rumah sebelah sekejap"kata Ayra Amani lalu dia terus bangun tetapi tangannya ditarik semula oleh Syed Azrief.

"ish lepas lah"kata Ayra Amani sambil menolak tangan Syed Azrief yang memegang tangannya itu.

"aku cuma nak kau tahu aku sayangkan kau cuma ada kau je dalam hati aku bukan perempuan lain"kata Syed Azrief mendatar.

"untuk apa kau bagitahu aku?"tanya Ayra Amani ingin tahu.

"untuk kau tahu yang aku cuma ada kau sorang je"kata Syed Azrief lembut. Tangan Ayra Amani dicium sekejap.

"dah tepi lah aku nak ke rumah sebelah sekejap"kata Ayra Amani dan menolak kepala Syed Azrief yang mencium tangannya itu. Kalau hatinya tengah okay pasti dia sudah berbunga-bunga mendengar tapi sekarang ini hatinya tengah sakit buat apa benda romantik sekali pun takkan menjadi.

"aku nak ikut"kata Syed Azrief tersenyum.

"jom lah cepat"kata Ayra Amani geram. Kenapa tak nak je duduk dekat rumah dengan Mia Adriana boleh lah berbual dengan panjang. Peluang ada di depan mata sayang kalau dilepaskan nak-nak dekat rumah tak ada siapa.

Mereka melintasi Mia Adriana dan Rayyan yang berada di ruang tamu itu. Mata Mia Adriana terus tertatap ke arah mereka berdua. Mahu kemana mereka berdua ini? Nak kata ke bazar ramadhan baru pukul 3:30 petang. Ke Ayra Amani mahu membawa Syed Azrief ke tempat yang lain supaya dia tidak boleh ke bazar ramadhan bersama Syed Azrief?

"korang nak kemana?"tanya Mia Adriana ingin tahu. Dia terus bangun dari duduk.

"nak ke rumah sebelah jumpa Tok asal nak ikut kitorang juga ke?"tanya Ayra Amani dengan nada perli.

Mia Adriana menjeling mata ke arah Ayra Amani. Dia tahu bahawa Ayra Amani sedang memerli dirinya. Dia tersenyum melihat Syed Azrief disebelah Ayra Amani. Lelaki itu sentiasa nampak kacak dan bergaya seperti selalu walaupun hanya mengenakan t-shirt hitam bersama jeans biru koyak di lutut.

"tak nak lah panas-panas macam ni"kata Mia Adriana sambil mengibas tangannya tanda panas.

"ingatkan nak ikut kemana pun kita nak pergi"perli Ayra Amani perlahan tetapi dapat didengari oleh Syed Azrief dibelakang. Syed Azrief hanya tersenyum mendengar. Oh faham ada orang tengah cemburu.

Sebaik sahaja mereka sampai di rumah Tok Yam disebelah rumah Tok. Ayra Amani memberi salam dan salamnya dijawab oleh seorang lelaki. Syed Azrief dibelakang memandang sekeliling kawasan.

"Waalaikummusalam lah Ayra rupanya ingatkan siapa tadi"kata Zuhaili sambil tersenyum.

Syed Azrief memandang menyampah ke arah Zuhaili. Haritu mereka pulang ke kampung mereka terserempak dengan Zuhaili juga dan harini mereka datang ke rumah Tok Zuhaili dan Zuhaili masih ada. Katanya bukan tinggal di Penang tapi kenapa masih ada lagi?

"haah ni Ayra singgah kejap nak melawat Tok Yam alang-alang balik Penang ni"kata Ayra Amani lembut sambil tersenyum.

"eh masuk lah Tok Ayra dengan Tok Yam diorang tengah bersembang"ajak Zuhaili sopan dan memandang pula ke arah Syed Azrief dibelakang.

"Aili ingat lagi kan ni sapa? Ni suami Ayra"perkenalkan Ayra Amani sambil menunjuk ke arah Syed Azrief.

"haah ingat tapi haritu masa balik nampak macam lain harini nampak macam lain sikit"kata Zuhaili lalu dia ketawa.

"mungkin saya semakin handsome kot"puji Syed Azrief sendiri.

Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Lelaki yang paling perasan dan lelaki yang bajet handsome ni semua dapat kepada Syed Azrief.

"mungkin juga eh masuk lah"kata Zuhaili lalu dia membuka pintu dalam kepada mereka untuk masuk.

"Assalammualaikum Tok Yam ingat Ayra lagi tak?"tanya Ayra Amani sopan selepas sahaja dia menyalami tangan Tok Yam.

Tok menepuk kerusi disebelahnya kepada Syed Azrief. Syed Azrief hanya menurut dan melabuhkan punggung disebelah Tok. Dia memandang ke arah Ayra Amani yang duduk bersama Tok Yam itu.

"ingat lah takkan lah Tok Yam tak ingat kamu Ayra. Kecik-kecik dulu mai main depan rumah Tok Yam juga membesar kat sini"kata Tok Yam sambil tersenyum matanya teralih pula kepada Syed Azrief yang berada disebelah Tok.

"tu sapa dia tak besa tengok pun. Mata Tok Yam ni bukan jelas sangat kabur ja"kata Tok sambil menunjuk ke arah Syed Azrief.

"tu laki Ayra. Kan aku ada bagitau kat hang yang Ayra dah kahwin"jelas Tok wakil kepada Ayra Amani.

"oh ingat dah. Hampa kahwin dah berapa lama"tanya Tok Yam lagi.

"dekat 6 bulan dah Tok Yam"kata Ayra Amani lembut.

"alhamdulilah bagus sebenarnya kahwin muda ni ramai yang tak tau kebaikan dia. Bercinta lepas kahwin tu indah"kata Tok Yam kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya mengangguk setuju. Betul kata Tok Yam bercinta lepas kahwin itu indah. Terbukti bahawa mereka bahagia selepas berkahwin pada usia muda walaupun pada mulanya kedua-dua tidak dapat menerima kehadiran diri mereka masing-masing.

"apa nama laki kamu Ayra? Hampa sama umur ka?'tanya Tok Yam. Matanya memandang ke arah Syed Azrief.

"nama saya Syed Azrief tok. Haah kami sama umur"jawab Syed Azrief sopan.

"nak panggil apa?"tanya Tok Yam lagi.

"panggil Rief pun okay dah Tok"kata Syed Azrief lembut.

"Ayra depa semua tu dah balik ka belum? Lama betul depa keluar"tanya Tok kepada Ayra Amani.

"depa tak balik lagipun Tok. Kejap lagi kami nak
pi bazar tok ada apa-apa nak pesan?"tanya Ayra Amani lembut. Matanya menangkap ke arah Syed Azrief yang juga memandang ke arahnya.

"kalau ada jumpa buah Melaka beli lah. Kalau dak Tok memang nak buat tapi Mak Ngah hang pula tak beli nyor kat kedai Aceh"kata Tok. Memang adat mereka setiap kali puasa pertama mereka akan buat buah Melaka tapi kali ini tidak buat buah Melaka kerana tiada nyor.

"haah boleh, Tok Yam kami pi dulu ya takut pi lambat sesak pula bazar ramadhan tu memandangkan ni puasa pertama"kata Ayra Amani lalu dia bangun menyalami tangan Tok Yam dan Syed Azrief juga bangun mengikuti Ayra Amani.

"ha pi lah lambat-lambat sat lagi orang penuh nak beli apa pun tak boleh"kata Tok Yam kepada mereka.

"kami pi dulu ya Tok, Tok Yam"kata Ayra Amani sambil senyum.

"sebelum balik KL nanti mai lah singgah rumah Tok Yam ya"kata Tok kepada mereka berdua.

"insha Allah Tok Yam. Kami minta diri dulu"kata Ayra Amani lembut dan melangkah keluar dari rumah.

"pandai juga kau bersembang dengan orang tua-tua"kata Syed Azrief semasa mereka melangkah keluar dari rumah Tok Yam.

"aku memang suka bersembang dengan orang tua-tua kau je yang tak tahu"kata Ayra Amani selamba sebelum dia melangkah meninggalkan Syed Azrief dibelakang.

"your friendly nature makes me love you even more"kata Syed Azrief sambil tersenyum dan mengikut langkah Ayra Amani dari belakang.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

152K 5.8K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
644K 19.6K 71
💫 C O M P L E T E 💫 - Untuk menutup mulut orang tua aku dengan jalan ni aku terpaksa lamar p.a aku sendiri - Aiden nazri [ Maaf dialog diatas han...
424K 15.4K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...