Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 61

3.5K 153 15
By itsmenurfa

"NI menantu aku Syed Azrief"Puan Marina memperkenalkan Syed Azrief kepada adiknya sekeluarga sebaik sahaja Syed Azrief melangkah masuk ke dalam rumah.

Membulat mata Mia Adriana mendengar kata-kata Puan Marina. Menantu? Terus matanya beralih kepada Ayra Amani yang tenang ditepi Puan Marina. Tak mungkin katakan lah dia hanya bermimpi sekarang ini.

"amboi baru 17 tahun dah gatal nak kahwin kenapa perut dah ada isi ke?"perli Puan Mardiah sinis.

"mulut kau cakap baik-baik sikit eh dik. Ada sebab kenapa diorang berkahwin awal kalau kau tak tahu cerita sebenarnya kau duduk diam-diam"kata Puan Marina tegas. Dia tidak suka adiknya membuat kesimpulan sendiri sedangkan adiknya sendiri tidak tahu kenapa mereka berdua boleh berkahwin.

Puan Mardiah mencebikkan bibirnya. Apa yang melibatkan Ayra Amani semua kakaknya akan sokong. Tak boleh nak kata sikit nanti dia juga yang kena marah.

"sudah-sudah jangan gaduh malu sikit dekat Azrief ni. Ayra ajak Azrief naik atas letak barang"kata Tok kepada Ayra Amani. Anak bongsunya itu ada saja yang tidak kena dimatanya. Lagi-lagi berkenaan dengan Ayra Amani.

"jom"ajak Ayra Amani lalu beg galasnya diambil dan dibawa. Syed Azrief hanya mengikut dari belakang.

Mata Mia Adriana mengikut langkah Syed Azrief. Macam mana diorang boleh berkahwin? Dan kenapa Syed Azrief? Dia boleh terima dengan siapa Syed Azrief mahu bercinta dan berkahwin tapi bukan dengan sepupunya sendiri. Dia tidak boleh terima. Jadi selama ini buat orang tertanya-tanya apa hubungan mereka berdua dan sekarang dia telah menemui jawapan yang sangat jelas malah dia sendiri nampak dengan matanya sendiri bahawa mereka adalah sepasangan suami isteri.

Faleeq dan Fareez juga mengikut melangkah untuk naik ke tingkat atas. Malas mereka mahu hadap perangai maksu mereka ini. Sebab ini juga mereka berdua malas mahu pulang ke kampung jika maksu mereka pulang juga. Tapi mereka ingat pada Tok dan Mak Long sahaja kalau tidak jangan harap mereka akan mengikut.

"bang saya minta maaf lah dengan kata-kata Diah tadi tu"kata Encik Faizal kepada Encik Faruk. Malu dia dengan perangai isterinya itu.

"tak apa. Dah lama ke sampai?"tanya Encik Faruk ramah. Dia turut terasa hati apabila adik iparnya kata begitu kepada Ayra Amani.

"dah 1 jam yang lepas dah sampai. Kalau tidak nak balik esok tapi saya ambil cuti sehari nak balik kampung"kata Encik Faizal.

Encik Faruk mengangguk tanda faham. Dia melihat adik iparnya. Puan Mardiah masih tidak puas hati apabila semua menyokong Ayra Amani. Bila cakap sikit pasal Ayra Amani semua akan marah.

Mia Adriana melabuhkan duduk disebelah Haziq dengan kasar. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka adalah suami isteri. Tidak sanggup Syed Azrief bersama Ayra Amani. Dia mahukan hubungan mereka yang dulu. Tapi bagaimanakah caranya untuk dia bersama Syed Azrief seperti dulu?

Syed Azrief meletakkan bagasi miliknya di dalam bilik. Di rumah Tok Ayra Amani hanya mempunyai satu bilik sahaja iaitu bilik Tok dan Mak Long. Sewaktu mereka datang berdua mereka tidur diluar.

"letak je beg dekat situ kejap lagi aku bawa keluar baju"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief.

Syed Azrief menjenguk kepalanya ke luar memandang kiri dan kanan sebelum dia menutup pintu bilik. Dia pandang ke arah Ayra Amani yang sibuk mengeluarkan baju-bajunya.

"eh kenapa tutup pintu?"tanya Ayra Amani pelik. Dia memandang ke arah Syed Azrief yang berada di depan pintu.

"saja lah"kata Syed Azrief selamba lalu dia terus duduk bersila ditepi Ayra Amani.

"aku sebenarnya risau lah"luah Ayra Amani sambil melipat baju-bajunya.

"risau apa?"tanya Syed Azrief tenang. Padahal dia sudah tahu pasti Ayra Amani berasa tidak senang lagi-lagi keluarga maksu Ayra Amani sudah tahu tentang status mereka berdua.

"kita kan tak bagitahu orang pun yang kita dah kahwin yang tahu tu pun kawan-kawan kita je. Kau tak rasa ke Mia akan bagitahu orang lain lepas dia tahu status kita?"tanya Ayra Amani perlahan. Kena cakap perlahan-lahan sebab bilik Tok ini bukan kalis bunyi takut ada pula yang menjadi telinga gajah diluar bilik.

"kalau dia nak bagitahu orang pun bagitahu lah aku dah bersedia nak hadap benda ni. Lagipun sampai bila kita nak berahsia lambat laun nanti akan tahu juga"kata Syed Azrief tenang. Dia tidak kisah kalau status mereka diketahui oleh orang lain. Yang dia tahu Ayra Amani adalah isterinya yang sah.

"kau cakap senang lah bukan kau yang akan kena kecam nanti tapi aku"kata Ayra Amani lalu menjeling ke arah Syed Azrief.

"siapa kecam kau aku belasah dia nanti"kata Syed Azrief selamba.

"dah pergi lah keluar aku nak kemas baju-baju kejap"halau Ayra Amani.

Syed Azrief memutarkan mata ke arah. Dia bangun dan terus membuka pintu bilik meninggalkan Ayra Amani berseorangan di dalam bilik.

Baru sahaja dia menutup pintu tangannya ditarik oleh seseorang. Terkejut dibuatnya apabila tangannya ditarik. Dia membulat mata apabila Mia Adriana yang menarik tangannya. Dia memandang kiri kanan. Takut terserempak dengan siapa-siapa. Mahu haru-biru satu rumah nanti. Mia Adriana membawanya ke belakang bilik mandi yang berada di luar rumah.

"lepas lah kau apahal?"marah Syed Azrief. Dia tidak tahu kalau terserempak dengan siapa-siapa. Apa yang dia mahu katakan.

'Mia ni ex-girlfriend Rief'gila mahu kena pancung kepala dengan keluarga Ayra Amani.

"betul ke yang Mak Jang cakap tu?"tanya Mia Adriana lagi.

"kau tak pekak kan? Takkan bab kahwin ni pun nak main-main"kata Syed Azrief mendatar.

"tapi kenapa dia Rief? Dia sepupu i. You sengaja nak sakitkan hati i kan?"kata Mia Adriana perlahan.

"dah jodoh aku dengan dia nak buat macam mana"jawab Syed Azrief ringkas.

"i tahu you kahwin dengan dia sebab nak sakitkan hati i je kan bukan sebab you cintakan dia pun kan? Cakap lah Rief jangan buat i tertanya macamni"desak Mia Adriana.

"stop! Aku kahwin dengan Ayra bersebab biarlah kitorang sekeluarga je tahu dan aku dah mula cintakan Ayra Amani. Tolong jangan keruhkan lagi keadaan"kata Syed Azrief mendatar.

Mia Adriana mengeluh perlahan. Sesak dadanya mendengar kata-kata Syed Azrief itu. Syed Azrief dah mula cintakan Ayra Amani habis itu dia macam mana? Dia masih mencintai Syed Azrief walaupun hubungan mereka sudah lama berakhir.

"masihkah ada lagi ruang untuk i dalam hati you?"tanya Mia Adriana ingin tahu.

Syed Azrief diam buat seketika. Jujurnya dia sudah tiada hati lagi dengan Mia Adriana. Dulu dia memberi peluang untuk Mia Adriana tetapi Mia Adriana hanya mensia-siakan sahaja jadi sekarang Mia Adriana ingat dia masih akan memberi peluang lagi kepada Mia Adriana? Jawapan dia tidak. Kalau dia tidak berkahwin mungkin dia boleh fikirkan tetapi dia sudah berkahwin dia tidak rasa dia mampu sayangkan dua perempuan sekali gus. Dalam hatinya cuma ada Ayra Amani sahaja.

"tak. Aku dah tak suka kau dan takkan kembali bersama kau macam dulu. Kau pergi lah cari lelaki lain banyak dalam dunia ni. Guna lah bakat menggoda kau tu dekat lelaki lain aku rasa ramai je yang menunggu"kata Syed Azrief selamba.

Macam lah dia tidak tahu perangai Mia Adriana bagaimana. Sewaktu mereka masih bersama pun Mia Adriana masih keluar berjumpa dengan lelaki lain iaitu Ariq. Pada mulanya dia tidak kisah sangat mungkin mereka hanya kawan dia tidak mahu jadi teman lelaki yang mengongkong teman wanitanya. Makin lama perangai Mia Adriana berubah. Bila dia telefon tanya dimana waktu itu hanya kata 'i sibuk ni nanti i call you balik' padahal tengah berjoget dekat kelab malam dengan Ariq.

Dia sangat menyayangi Mia Adriana tetapi Mia Adriana telah menipu dia hidup-hidup sehingga dia menjadi 'playboy' hatinya sungguh sakit sewaktu itu apabila dia mengetahui Mia Adriana curang dengannya. Kena sebijik penumbuk Ariq dengan dia sewaktu itu. Itulah akibat kacau girlfriend orang.

Sewaktu Mia Adriana ketahui orang semua pelajar Mia Adriana pindah sekolah dengan alasan ayahnya mendapat kerja di negeri lain tetapi Ariq masih bersekolah disini dengan muka tidak tahu malu.

"sampai hati you Rief"kata Mia Adriana sebak.

"sampai hati juga dekat kau sebab aku takkan pernah sesekali akan bercinta dengan kau balik"balas Syed Azrief mendatar.

"i tak kisah kalau you nak bercinta atau nak berkahwin dengan siapa pun tapi bukan dengan sepupu i!"kata Mia Adriana geram.

Dia amat bencikan Ayra Amani kerana Ayra Amani selalu mendahului dia. Ramai yang memuji kecantikan Ayra Amani di sekolah dan ramai lelaki suka akan Ayra Amani. Lagi yang tidak boleh blah yang Syed Azrief berkahwin dengan Ayra Amani. Dia masih tidak percaya.

"cuba terima takdir boleh tak? Kau layak dapat lelaki yang lebih baik dari aku lah. Aku ni suami orang tahu jadi jauhi lah aku sebab aku tak nak buat dosa. Kalau tak ada benda nak cakap dah aku nak blah dulu tak manis orang cakap suami orang berjumpa dengan perempuan lain lagi-lagi dengan sepupu isteri dia sendiri"kata Syed Azrief dengan nada perli lalu dia terus pergi dari situ.

Baru sahaja dia melangkah dia terdengar ada suara lelaki mendehem. Membulat matanya melihat Faleeq bersandar dinding. Dia sudah telan air liur.

"sembang rancak nampak"kata Faleeq tenang.

"apa yang kau dah dengar?"tanya Syed Azrief kepada Faleeq.

"aku dah dengar semuanya"kata Faleeq sambil tersenyum sinis.

"kau dengar semuanya?"kata Syed Azrief tidak percaya.

"kau ex-boyfriend Mia?"kata Faleeq sambil menjongket kening.

"betul lah tu. Aku harap kau tak bocorkan rahsia ni dekat siapa-siapa lah"kata Syed Azrief kepada Faleeq. Dia tidak kisah kalau yang dengar itu adalah Faleeq malah dia bersyukur Faleeq yang dengar bukan Fareez.

"kau kenal aku kan macam mana tapi Ayra dah tahu belum?"tanya Faleeq serius. Bab Ayra Amani memang dia serius dia paling tidak boleh kalau Ayra Amani disakiti atau ditipu.

"Ayra dah tahu pasal ni tapi aku dengan Mia dah lama putus sebelum kitorang kahwin lagi"jelas Syed Azrief. Dia tidak mahu Faleeq salah faham tentang itu.

"bagus lah kalau aku tahu kau sakitkan hati Ayra memang kau tempah maut lah"kata Faleeq mendatar. Bab lain dia masih boleh dibincangkan lagi tapi bab Ayra Amani yang main-main dengan dia boleh bawa gaduh.

"gila kau dua orang abang dia akan tumbuk aku sampai lunyai"kata Syed Azrief lalu dia ketawa.

Faleeq hanya tersenyum sinis. Tahu pun yang dia dan Fareez akan selalu ada dan membela Ayra Amani kerana mereka amat menyayangi Ayra Amani seperti adik mereka sendiri walaupun mereka hanya sepupu.

"janji eh jangan bagitahu siapa-siapa. Benda dah berlalu tu biar lah aku malas nak ambil pusing"kata Syed Azrief kepada Faleeq.

Faleeq hanya mengangguk faham. Kalau dah Syed Azrief berkata begitu apa lagi yang dia harus katakan. Dia akan simpan rahsia ini dengan baik dan dia akan bocorkan rahsia ini kalau Ayra Amani tidak bahagia bersama Syed Azrief itu janjinya.

"dah jom masuk tadi Tok cari kau ajak minum petang"kata Faleeq lalu dia terus melangkah pergi.

Syed Azrief memandang belakang. Dia tahu bahawa Mia Adriana masih berada disitu. Mia Adriana tidak sempat pergi kerana Faleeq terlebih dahulu sampai. Syed Azrief terus pergi mengikut Faleeq dari belakang.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

644K 19.6K 71
💫 C O M P L E T E 💫 - Untuk menutup mulut orang tua aku dengan jalan ni aku terpaksa lamar p.a aku sendiri - Aiden nazri [ Maaf dialog diatas han...
220K 7.2K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
20.3K 754 49
[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini...
795K 32.8K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...