Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 58

3.5K 175 15
By itsmenurfa

SYED Azrief termangu di atas kerusi sambil menunggu Ayra Amani yang sedang di dalam untuk membuat pemeriksaan. Otaknya sekarang hanya fikir Ayra Amani sahaja. Dia takut kalau dia kehilangan Ayra Amani buat selama-lamanya kerana Ayra Amani adalah penawarnya dan juga jantung hatinya.

Sharifah Alisha yang menyedar adiknya hanya diam diri sebaik sahaja Ayra Amani masuk ke dalam. Dia menghulur t-shirt hitam kepada adiknya kerana lengan baju Syed Azrief penuh dengan darah sewaktu mendukung Ayra Amani.

"pergi tukar baju"arah Sharifah Alisha kepada adiknya yang masih diam diri.

Syed Azrief menyambut huluran baju t-shirt dari kakaknya. Dia memandang sahaja ke arah t-shirt itu. Ayra Amani lebih penting daripada benda lain.

"Azrief"tegur Puan Marina dan Encik Faruk yang baru sahaja tiba di hospital.

Mereka berdua terus tergesa-gesa ke hospital selepas mendapat panggilan daripada Sharifah Alisha. Walaupun mereka sibuk waktu itu tetapi mereka akan tetap datang lagi-lagi kalau berkenaan dengan Ayra Amani.

"mummy papa"terus Syed Azrief bangun dan menyalam tangan ibu bapa mertuanya.

"Ayra macam mana?"tanya Puan Marina risau.

"tak tahu dia masih dekat dalam"jawab Syed Azrief lemah.

"sabar lah semua akan baik-baik sahaja. Rief kena banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan"kata Encik Faruk lalu dia menepuk bahu menantunya untuk memberikan semangat.

Syed Azrief hanya senyum tawar. Bagaimana dia mahu terus hidup kalau apa-apa terjadi kepada Ayra Amani? Dia tak sanggup nak hadap semua ini. Teringat kembali memori terindah mereka semasa di Cameron Highland. Gelak tawa Ayra Amani yang membuatkan dia turut tersenyum.

"mama dengan abah masih ada dekat Switzerland?"tanya Puan Marina kepada Sharifah Alisha.

"ye aunty lagi 2 hari baru diorang balik"kata Sharifah Alisha kepada Puan Marina dengan nada lembut.

"siapa dekat sini keluarga Ayra Amani Bt Hisham?"kata jururawat yang baru keluar dari bilik itu.

Terus Syed Azrief berlari mendekati jururawat itu dan diikuti oleh mereka bertiga dari belakang.

"saya suami dia"kata Syed Azrief kepada jururawat itu.

Jururawat itu memandang ke arah Syed Azrief yang memakai baju sekolah atas bawah. Mungkin dia tidak percaya bahawa Syed Azrief adalah suami kepada Ayra Amani. Maklum lah mereka berkahwin muda mesti ramai yang tidak percaya.

"isteri Encik tak ada apa-apa cuma kami kena tahan dia ward sehari kalau kesihatan dia balik dalam masa sehari isteri Encik dah boleh balik"terang jururawat itu kepada mereka semua.

"alhamdulilah"jawab mereka semua serentak.

Syed Azrief menayang wajah lega selepas mendengar penjelasan daripada jururawat itu. Bibirnya kembali mengorak senyuman. "kau kuat sayang!"

"boleh tak kalau kitorang nak masuk berjumpa dengan pesakit?"tanya Puan Marina kepada jururawat itu.

"boleh tapi jangan ramai-ramai sangat pesakit baru je sedar. Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu"

"Rief kamu masuk dulu tengok isteri kamu"kata Encik Faruk kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya mengangguk dan meminta diri untuk masuk ke dalam ward yang ditempatkan Ayra Amani itu. Dia sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan isterinya itu. Nak peluk nak cium.

"haih tak menyabar budak tu"kata Sharifah Alisha sambil menggeleng kepala dengan perangai tak semenggah adiknya di depan ibu bapa mertua.

"biar lah dia tu Scha orang dah dilamun cinta memang macam tu"kata Puan Marina sambil tersenyum. Seronok dia melihat hubungan anak dan menantunya semakin baik tidak seperti awal dulu-dulu sering bergaduh.

"jom kita turun bawah minum-minum dulu kejap lagi kita naik atas semula"ajak Encik Faruk.

"jom lah Scha kita turun minum dulu mesti lama budak berdua itu dalam ward"ajak Puan Marina lalu dia menarik tangan Sharifah Alisha.

"haa boleh lah Aunty kejap lagi saya nak kena balik sekolah semula"kata Sharifah Alisha lembut.

"jom"terus Puan Marina menarik tangan Sharifah Alisha dan Sharifah Alisha hanya mengikut sahaja.

SYED Azrief tersenyum melihat Ayra Amani yang sedang memandangnya itu. Pintu bilik ditutup dengan perlahan sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi ditepi katil Ayra Amani.

"mummy dengan papa ada tak?"tanya Ayra Amani sebaik sahaja melihat wajah Syed Azrief masuk ke dalam biliknya.

"ada diorang datang. Rasanya diorang turun cafe sebab tak boleh ramai-ramai lawat kau"jawab Syed Azrief pula.

Ayra Amani hanya mengangguk tanda faham. Keluarga mertuanya tidak ada di Malaysia mereka berada di Switzerland atas faktor kerja bapa mertuanya.

"jangan buat aku risau lagi boleh tak? Hampir luruh jantung aku tadi"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Tangan Ayra Amani diambil dan dicium berkali-kali.

"kan aku cakap aku okay kau tak payah risau kau tak nak dengar"jawab Ayra Amani sambil tersenyum.

Kepalanya agak pening-pening sekarang ini dan kepalanya seperti berputar-putar. Wajah Syed Azrief juga turut berpusing-pusing di kepalanya.

"gila aku tak risau. Kau tak perlu pun buat macam tu untuk aku. Aku tak sanggup kehilangan kau tahu?"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Jari jemari Ayra Amani dicium lama.

"habistu kau ingat aku sanggup ke kehilangan kau? Masa tu aku tak fikir apa dah, aku tak nak Rizki pukul kau terus aku jadi heroin untuk kau"kata Ayra Amani lalu dia ketawa.

"tak payah nak jadi heroin sangat Ayra. Nak pecah jantung aku tengok kepala kau berdarah. Memang sial si Rizki tu. Ikutkan hati aku je nak aku bunuh dia tak kira lah masuk penjara ke apa sebab dia dah melampau"kata Syed Azrief dengan nada tidak puas hati. Cakap dekat dia siapa yang tak marah kalau ada orang menuduh isteri mereka tanpa asal usul. Suka hati je mulut nak mengata isterinya sedangkan Rizki tidak kenal siapa Ayra Amani cuma kenal Ayra Amani yang satu kelas dengan mereka.

"biar lah apa dia nak cakap. Janji kita tak buat dosa macam dia cakap. Satu je aku minta dengan kau. Jangan pukul orang? Aku tak sanggup tengok kau pukul orang sebab aku dan aku tak nak kau buli budak-budak lain lagi boleh?"kata Ayra Amani sayu. Sungguh dia tidak bisa melihat Syed Azrief memukul Rizki tadi. Memang Rizki bersalah dan Syed Azrief mempertahankannya tapi dia tidak sanggup melihat semua itu.

"aku tak buat sesuatu tanpa sebab. Dia dah melampau sangat kau tahu dia tuduh kau macam-macam kau ingat aku boleh diam je lepas aku dengar semua tu? Memang tak lah. Jantan tu memang melampau dan sesuatu makan penumbuk aku"kata Syed Azrief geram.

"ye aku tahu tapi tolong buat demi aku? Aku nak hidup dengan kau sampai aku mati"kata Ayra Amani lembut. Tangan Syed Azrief pula dicapai lalu dicium.

"aku buat semua ni demi kau"kata Syed Azrief perlahan kalau itu yang isterinya mahu dia akan turuti.

"terima kasih sayang"kata Ayra Amani sambil mengenyit mata kepada Syed Azrief lalu dia ketawa. Kenapa dia gatal sangat harini.

"apa kau cakap? Ulang sekali lagi"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"tak nak aku cakap sekali je kalau nak dengar lagi sekali kena bayar lah"kata Ayra Amani sambil menjongket kening.

"amboi dengan suami pun berkira ke? Tapi kau cakap apa tadi? Sayang?"tanya Syed Azrief sekali lagi

"mana ada lah kau salah dengar ni"nafi Ayra Amani lalu dia memandang ke arah lain sambil bibir tersenyum.

"aku belum pekak lagi lah. Tak nak sayang tapi nak kau panggil abang"kata Syed Azrief dengan nada manja.

"abang?"

"ulang lagi sekali lagi"

"aku cakap sekali je"

"tapi kau tahu kan kita macam mana sekarang?"

"tahu aku tak kisah pun bila kita sama-sama dah bersedia kita akan tukar panggilan kita. Aku tak paksa kau"

"terima kasih"kata Ayra Amani sambil tersenyum manis.

"kau cuti dua hari tau jadi aku pun cuti sekali dengan kau. Esok kalau kau dah boleh balik kita terus gerak balik Penang nak?"kata Syed Azrief sambil menjongket kening.

"balik Penang?"tanya Ayra Amani teruja.

"haah balik Penang tenangkan fikiran"kata Syed Azrief lalu dia menuangkan segelas air kosong ke dalam gelas dan diberi kepada Ayra Amani.

Ayra Amani mengambil gelas yang diberi oleh Syed Azrief. Kepalanya yang masih sakit itu terus baik apabila Syed Azrief mahu mengajaknya balik ke Penang. Siapa yang tolak itu memang rugi lah.

"nak nak. Ni kau tak nak balik dulu rehat kesian dekat kau kena teman aku dekat hospital. Kau dah makan ke belum?"tanya Ayra Amani. Yelah sekarang ini sudah pukul 1 tengah hari mesti Syed Azrief belum makan apa-apa lagi.

"kau tak payah fikir pasal aku. Aku okay je aku nak duduk sini teman kau tak nak pergi mana-mana"

"ish pergi balik mandi,rehat dan makan. Kalau kau sayang aku balik rumah dulu. Tak apa kan ada mummy dia boleh teman aku"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Lagi pun dia kesian dengan Syed Azrief yang masih memakai baju sekolah makan pun tidak lagi. Sekurang-kurangnya kalau balik dapat lah makan, rehat dan mandi.

"yelah dah halau kita kan kita kena balik lah. Petang nanti aku datang balik teman kau tidur dekat sini"kata Syed Azrief lalu dia bangun dari duduk.

"boleh ke teman tidur sini?"tanya Ayra Amani. Sebabnya sesetengah hospital tidak membenarkan suami atau ahli keluarga tidak boleh meneman pesakit.

"boleh ke tak boleh aku nak tidur sini teman kau. Kau kan penakut nak tidur sorang"kata Syed Azrief dengan nada mengejek.

"tanya lah nurse dulu boleh ke tak. Nanti kau dah tanya kau call aku"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Memang lah dia penakut lagi-lagi di hospital macam-macam benda yang dia fikir.

"ye duduk dalam bilik ni elok-elok aku nak nanti aku datang balik kau dalam keadaan okay jangan lupa aku datang kaki pula yang kena balut"usik Syed Azrief lalu dia ketawa.

"eee menyampah lah kau ni pergi balik jangan lupa bawa barang aku tau"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief sebelum Syed Azrief menutup pintu bilik wadnya.

"MACAM mana lah keadaan Ayra sekarang ni kan kesian lah orang lain bergaduh orang lain yang jadi mangsa"kata Rania perlahan. Matanya merenung keluar kelas.

Baik sahaja Syed Azrief membawa Ayra Amani keluar dari kelas. Satu kelas memaki hamun Rizki kerana memukul kepala Ayra Amani dengan kayu dan Rizki menafikan semua itu. Selepas itu Rizki dibawa ke bilik disiplin. Kelas mereka masih bising kerana kejadian sebentar tadi.

"tulah Ayra nak lindung Azrief last-last dia yang kena"kata Melissa pula dengan nada sayu. Dia tidak sangka Ayra Amani akan tertindak begitu. Sanggup membahayakan diri daripada Rizki mencederakan Syed Azrief.

Terus mata Melissa dan Rania berpandangan. Seolah-olah otak mereka sedang memikirkan benda yang sama.

"jangan-jangan diorang..."

"diorang dah kahwin"bisik Ameer perlahan.

Terbeliak mata Melissa dan Rania mendengar. Mereka memandang ke arah Ameer dan Hariz tidak percaya. Syed Azrief dan Ayra Amani sudah berkahwin? Biar betul?

"korang biar betul jangan nak tipu-tipu lah tak lawak"kata Melissa lalu dia ketawa tidak percaya padahal sebelum ini dia juga berfikiran yang sama begitu.

"kitorang tak pernah buat lawak pasal benda macam ni tak ada untung pun kalau kitorang menipu korang"jawab Hariz tenang. Matanya memandang ke arah Melissa yang tercengang dengan kata-katanya. Comel pula dia melihat adik tirinya. Eh.

"jadi selama ni yang diorang pergi cuti sekali tu diorang dah kahwin?"tanya Rania kepada Ameer.

"ye diorang dah kahwin. Beberapa hari sebelum diorang balik Penang kampung Ayra"jawab Ameer perlahan. Tidak boleh cakap kuat-kuat nanti ramai pula yang akan pasang telinga mahu mendengar.

"patut lah gambar diorang dekat tempat yang sama tapi pandai Ayra cover cakap tu semua kebetulan"kata Melissa sambil menggeleng kepala.

Lega hati mereka berdua mendengar. Tak adalah mereka tersalah anggap tentang Ayra Amani dan Syed Azrief lagi selepas ini. Tapi rasa macam tak percaya yang mereka sudah berkahwin padahal umur baru 17 tahun.

"balik kelas tambahan ni kita pergi lawat Ayra nak? Tapi balik rumah salin baju semua dulu lah"ajak Ameer sambil menjongket kening kepada mereka bertiga.

"setuju!"jawab mereka bertiga serentak.



ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

64.6K 2.9K 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan di...
241K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
152K 5.8K 83
[ C O M P L E T E ] (BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK ) Sinopsis Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke...
20.3K 754 49
[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini...