Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 54

3.5K 169 22
By itsmenurfa

SEMUA orang yang sedang berlalu lalang ketawa melihat wajah Mia Adriana dan Tasha yang kena berdiri di dataran perhimpunan. Sudah lah mereka di denda daripada pukul 9 pagi sehingga 10:30 pagi akibat bergaduh di dalam kelas. Ingatkan Cikgu Alia hanya berdiam diri rupanya Cikgu Alia mengheret mereka berdua ke dataran perhimpunan.

Macam mana Cikgu Alia tidak mengamuk tengah mengajar Mia Adriana dan Tasha bergaduh di belakang sehingga Tasha boleh terjatuh daripada kerusi yang didudukinya oleh disebabkan Mia Adriana menolak Tasha. Mereka semua ingat bahawa Mia Adriana dan Tasha sudah berbaikan kerana tadi elok je mereka boleh berkongsi alat tulis tiba-tiba sahaja mereka bergaduh.

"itulah bergaduh lagi dalam kelas macam perempuan gila kan dah kena denda. Kesian kena berdiri panas-panas macam ni. Ada nak order makanan tak?"kata Hariz sambil senyum mengejek kepada Mia Adriana dan Tasha yang masih berdiri itu sehingga kedua-dua muka mereka sudah merah.

"kalau kau datang nak buat semak kat sini baik kau blah. Sakit mata aku tengok korang berdua kat sini"marah Mia Adriana kepada Ameer dan Hariz. Dia tengah berpeluh dan dahagakan air boleh pula Ameer dan Hariz datang sengaja memanaskan keadaan.

"eh kau tahu tak kitorang semua ni semak tengok korang berdua berlakon jadi tiang bendera dekat dataran ni. Tapi tulah dah kena denda kan terpaksa lah kitorang semua pejam mata buat-buat tak nampak"kata Ameer pula sambil ketawa. Semua orang yang benda disitu ketawa mendengar kata-kata Ameer itu.

Mia Adriana menahan diri daripada marah kepada mereka berdua. Kalau dia bergaduh dengan mereka berdua pula pasti dia akan di hukum lagi. Dia tidak mahu dia sudah penat. Kakinya terasa seperti mahu patah kedua-dua belah. Tasha disebelah hanya diam sahaja tanpa membalas kata-kata mereka. Salah dia juga telah memprovok Mia Adriana dan hasilnya mereka berdua didenda.

"diorang mesti bergaduh sebab kau kan"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief disebelahnya. Mereka hanya memandang dari jauh Mia Adriana dan sekumpulan pelajar sedang berkumpul mengelilingi mereka.

"pandai-pandai kau je buat andaian sendiri. Tak ada maknanya diorang bergaduh sebab aku"kata Syed Azrief mendatar. Padahal dia tahu punca Mia Adriana dan Tasha bergaduh tadi.

"ish aku dengar lah Awie cakap tadi waktu rehat. Tasha cakap kau bukan jenis dah ludah jilat balik mungkin sebab tu buat Mia marah"kata Ayra Amani sambil mata masih memandang ke arah mereka di sana. Mereka berdua hanya memandang dari jauh sahaja. Kalau mereka ke sana berdua pasti mereka akan di gossip.

"ha betul lah tu benda aku dah buang jangan harap aku nak kutip balik bukan gaya aku macam tu"kata Syed Azrief tenang. Tangan kiri dimasukkan ke dalam poket seluar dan tangan kanan berura-ura untuk memegang tangan Ayra Amani.

Terkejut Ayra Amani apabila tangannya tiba-tiba sahaja disentuh terus Ayra Amani menolak tangan Syed Azrief jauh darinya. Gila agaknya Syed Azrief ini. Tidak sedar ke mereka berada di sekolah bukan berada di luar. Buatnya ada orang ternampak apa jawapan yang mahu mereka menipu.

"biar lah semua orang tahu yang kita dah kahwin. Kita dah kahwin 3 bulan lebih dah bukan baru kahwin semalam"kata Syed Azrief selamba. Dia sudah bersedia untuk mengumumkan bahawa mereka berdua sudah berkahwin. Biar semua orang tahu bahawa Ayra Amani adalah haknya dan dia adalah hak Ayra Amani.

"gila lah kau ni kita sekolah tak habis lagi kau ingat ada orang nak percaya ke cerita mengarut ni?"kata Ayra Amani tidak setuju.

"mengarut tak mengarut kita dah sah berkahwin kalau diorang nak tengok kad kahwin kita meh sini aku tunjuk atau nak tengok gambar akad nikah kita"kata Syed Azrief sambil menjongket kening sebelah. Jangan ingat dia main-main tentang hal ini.

"tak payah buat gila Rief aku masih tak bersedia nak hadap peminat kau tu. Kalau boleh aku tak nak siapa-siapa pun dalam sekolah ni tahu kita dah kahwin. Aku nak diorang tahu lepas kita habis sekolah"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala. Cukup lah Hariz dan Ameer sahaja yang tahu tentang perkahwinan mereka dia belum bersedia lagi mahu memberitahu orang tentang mereka berdua.

"yelah orang dah bersedia nak bagitahu semua orang dia pula tak bersedia lagi. Tunggu lah lagi 3 bulan mungkin diorang akan tahu sendiri tentang kita"kata Syed Azrief lalu dia mengenyitkan mata kepada Ayra Amani sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Ayra Amani yang masih menghadam kata-katanya.

"lagi 3 bulan?"kata Ayra Amani pelik. Dia terdiam buat seketika dan matanya membulat apabila otaknya mula menghadam kata-kata Syed Azrief itu sebelum memandang ke arah Syed Azrief yang sudah berlalu pergi meninggalkannya itu.

"dasar mamat pervert ingat dekat rumah je kena hadap perangai gatal dia tu rupanya dekat sekolah pun sama"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala. Tiba-tiba wajahnya bertukar menjadi panas apabila mengingat kata-kata Syed Azrief itu. Lagi 3 bulan.

SELEPAS sahaja pulang dari sekolah mereka terus bersiap-siap hendak ke rumah Puan Marina untuk memberi souvenir yang dibeli di Cameron Highland untuk seisi keluarga. Untuk keluarga Syed Azrief pula Syed Azrief sudah memberi kepada kakaknya untuk diberi kepada keluarganya memandangkan ibu bapanya sedang berada di Switzerland.

"mummy Ayra rindu"jerit Ayra Amani sebaik sahaja melihat tubuh Puan Marina berada di depan pintu menunggu kedatangan mereka.

"apa ni anak dara menjerit-jerit sambil dengar dekat rumah jiran sebelah"kata Puan Marina sambil menggeleng kepala.

Syed Azrief hanya tersenyum melihat gelagat manja Ayra Amani itu lalu dia menyalam tangan Puan Marina. Anak dara? Mungkin sekarang masih anak dara tapi nanti jadi mak budak. Insha Allah.

"kenapa rumah senyap je ni mana pergi semua orang?"tanya Ayra Amani sambil memandang sekeliling rumah. Senyap sunyi seperti tiada penghuni di dalam rumah.

"biasalah Ayra. Abang Leeq dekat office, Abang Reez ada kelas petang pukul 5 baru balik, papa pula ada tu dekat kolam ikan tengah bagi ikan makan macam biasa"jelas Puan Marina lalu dia menyuruh anak menantunya untuk duduk di ruang tamu.

"oh ni ada sikit souvenir yang Ayra dengan Rief sempat beli. Ni pun beli saat-saat terakhir dah"kata Ayra Amani sambil tersenyum.

"alah tak apa mummy tak kisah pun janji anak menantu mummy gembira dekat sana itu pun dah buat mummy gembira tak terkira tau"

"eh bila sampai tak dengar pun"tegur Encik Faruk yang baru melangkah ke ruang tamu. Dia baru sahaja selesai bagi ikannya makan di kolam tepi rumah.

"baru je sampai papa"jawab Syed Azrief lalu dia bangun untuk menyalam tangan Encik Faruk dan diikuti oleh Ayra Amani.

"korang berdua dah makan ke lepas balik sekolah?"tanya Puan Marina. Dia tahu sangat dengan Ayra Amani ini anaknya itu mana pandai memasak. Setakat tolong kacau lauk atau potong sayur itu boleh lah nak memasak jauh sekali.

"belum lagi mummy kitorang balik mandi terus datang sini"jawab Ayra Amani sambil tersengih. Mereka hanya makan roti di sekolah sahaja waktu rehat.

"lah kenapa tak cakap awal-awal? Jom mummy siapkan makanan untuk korang. Kesian korang balik sekolah tak makan apa-apa lagi"kata Puan Marina lalu dia bangun dari duduk dan melangkah ke dapur dan diikuti oleh Ayra Amani di belakang. Perutnya dari tadi lagi berbunyi lagu rock.

"korang berdua macam okay? Ayra layan kamu dengan baik tak?"tanya Encik Faruk kepada Syed Azrief apabila hanya dia dan Syed Azrief sahaja tinggal di ruang tamu.

"alhamdulilah kitorang okay je dan Ayra pun layan Rief dengan baik walaupun dia tak berapa nak pandai dalam bab-bab memasak ni"kata Syed Azrief sambil ketawa.

"biasa lah tu Ayra pun masih muda lagi dia tak berapa pandai nak memasak papa harap kamu dapat terima kekurangan Ayra seadanya"kata Encik Faruk kepada Syed Azrief.

"Insha Allah papa Rief bab-bab makan ni saya tak berapa nak kisah sangat kalau dia tak pandai masak boleh je makan dekat luar lagipun Mak Mah ada dekat rumah Ayra selalu lah tolong Mak Mah memasak sambil tu dia belajar memasak dengan Mak Mah"kata Syed Azrief dengan nada tenang. Jujur dia tidak kisah jikalau Ayra Amani tidak pandai memasak baginya nanti lama-lama pandai lah memasak walaupun masakan pertama memang teruk.

"lega papa dengar. Papa bukan apa Rief, Ayra tu papa anggap macam anak kandung papa dah kalau boleh papa tak nak Ayra terluka walaupun sedikit pun. Mummy dengan papa dah berjanji dengan arwah nak jaga Ayra dengan baik sehingga dia membesar dan sekarang dia dah berkahwin dah pun lega hati papa"kata Encik Faruk mengungkap rasa hatinya.

"Insha Allah papa Rief akan jaga Ayra sebaik mungkin sebab Ayra pun dah jadi sebahagian daripada hidup Rief. Kalau Ayra terluka Rief juga turut terluka"jawab Syed Azrief jujur.

"eh bersembang apa lagi tu mari lah sini makan. Sembang kejap lagi je lah makan dulu"panggil Puan Marina kepada suami dan menantunya yang masih bersembang di ruang tamu.

"dah jom kita ke meja makan nanti bising mummy kamu selagi kita tak ke sana"kata Encik Faruk lalu dia menepuk bahu Syed Azrief.

Syed Azrief hanya tersenyum lalu dia bangun mengikuti Encik Faruk ke meja makan. Melihat Ayra Amani yang sudah tidak sabar mahu makan buat dirinya terasa ingin mencubit sahaja pipi Ayra Amani itu. Perempuan kalau bab makan lupa habis semua masalah yang ada.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

218K 7.2K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
339K 26.8K 70
(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that...
560K 22.9K 65
★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penu...