Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 43

4K 173 7
By itsmenurfa

SAMPAI sahaja dihadapan banglo 2 tingkat itu. Ayra Amani mula tidak senang duduk apabila melihat banyak kereta disekeliling banglo keluarga Syed Azrief. Dia terus memandang Syed Azrief yang mahu keluar dari perut kereta.

Baru sahaja mahu turun dia pandang ke kerusi sebelahnya. Pintu kereta ditutup semula dan mengangkat kening ke arah Ayra Amani. Sudah lah gadis itu terpaksa memakai pelitup muka kerana tidak mahu orang lain perasan dengan mukanya.

"turun lah kau tunggu apa? Nak aku dukung ke baru nak turun?"tanya Syed Azrief mendatar.

"ish aku malu lah mesti ramai kan dekat dalam tu"kata Ayra Amani perlahan.

"nak malu apanya? Semua tu adik beradik abah aku je bukan jemput orang luar ke apa"

"masalahnya aku tak pernah jumpa diorang lagi kan aku segan lah"

"buang lah sikap malu tu Ayra aku tak nak nanti diorang mengata menantu mama dengan abah ni sombong. Kau tak payah nak cakap apa-apa masuk je rumah salam dengan diorang pastu mengekor je aku pergi mana"

"tak ada kerja aku nak mengekor kau macam lembu"

"ha tahu pun dah keluar lah tunggu apa lagi"

Terus Ayra Amani keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Syed Azrief juga. Dia menjeling ke arah Syed Azrief yang berjalan menuju masuk ke dalam rumah.

"woi cepat lah jalan kau nak suruh aku tunggu berapa lama?"tanya Syed Azrief mendatar.

Cepat-cepat Ayra Amani berjalan mendekati Syed Azrief. Sikit-sikit nak marah tak boleh ke sehari dia tak kena marah dengan lelaki bernama Syed Azrief? Lelaki itu asyik nak marah dia je tak kira dimana mereka berada. Sakit hati.

"paksu"tegur Syed Azrief lalu dia menyalam tangan bapa saudaranya yang sedang menghisap rokok di luar. Ayra Amani masih berdiri tegak dibelakang Syed Azrief. Dia memandang ke arah kanan terdapat seorang budak perempuan sedang bermain dengan kucing yang berwarna kelabu.

"paksu kenalkan ni isteri Rief Ayra"kata Syed Azrief kepada bapa saudaranya. Bapa saudaranya yang ini tidak hadir sewaktu dia berkahwin haritu kerana bapa saudaranya ke luar negara atas urusan kerja.

"oh ni lah isteri kamu. Paksu minta maaf maaf tak dapat nak datang hari kahwin kamu. Paksu kena pergi Singapura haritu"

"eh tak ada apalah paksu. Ni kenapa paksu tak masuk ni?"

"tu paksu tunggu budak Aireen main kucing kakak kamu tu"kata bapa saudaranya sambil menunduk ke arah budak perempuan yang sedang mengusap bulu kucing kelabu itu.

"tu Aireen ke paksu Ya Allah lama Rief tak jumpa dia dah besar dah dia sekarang"kata Syed Azrief tidak percaya. Dulu dia berjumpa dengan sepupunya itu sewaktu dia berumur 15 tahun dan Aireen baru sahaja lahir.

"yelah dah 2 tahun kan kamu tak jumpa Aireen. Aireen sini kejap"panggil bapa saudaranya kepada anaknya. Terkedek-kedek budak perempuan itu datang ke arah bapanya.

Terus bapa saudaranya mendukung anak perempuannya. Budak itu sungguh comel dengan pipi yang tembam dan pipi putih kemerahan. Sempat Ayra Amani mengusap lembut pipi budak itu geram dengan pipi yang tembam rasa nak cubit je.

"Aireen ni abang Rief ni pula kak Ayra cakap hai dekat diorang"kata bapa saudaranya kepada anaknya.

Terus Aireen menyembamkan mukanya ke dada bapanya. Dia melihatan malu-malu memandang ke arah mereka berdua. Ayra Amani hanya tersenyum manakala Syed Azrief mendepakan tangannya untuk mendukung sepupunya.

"sini abang Rief dukung"kata Syed Azrief kepada sepupunya itu.

"nak"kata budak itu lalu dia mendepakan tangannya kepada abang sepupunya itu. Bapa saudaranya hanya tersenyum apabila anaknya mahu didukung oleh anak saudaranya.

"pandainya dia"puji Ayra Amani sambil mengusap rambut perang budak itu.

"kamu bawa lah Aireen masuk dulu kejap lagi paksu masuk"kata bapa saudaranya kepada mereka. Terus mereka meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Aireen kelihatan selesa di dalam dukungan Syed Azrief.

"tengok Ayra budak pun sukakan aku"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Terasa bangga apabila Aireen mahu didukung olehnya.

"bukan sebab dia sukakan kau dia nak didukung"kata Ayra Amani tidak mahu kalah.

"eleh dia jealous lah dengan kita Aireen"kata Syed Azrief kepada sepupunya.

Terus Aireen mendepakan tangannya pula ke arah Ayra Amani. Terhenti kaki mereka berdua apabila Aireen mula meronta-ronta mahu didukung oleh Ayra Amani. Gelabah Ayra Amani dibuatnya apabila Aireen mahu dia mendukung.

"nah dukung pula rasakan beratnya dia"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Boleh tahan berat juga si Aireen ini padan lah dengan pipi yang tembam. Handbagnya di serahkan kepada Syed Azrief. Tidak cukup tangan mahu memegang kerana dia mendukung Aireen dengan kedua belah tangan kerana takut jatuh pula budak ini.

"haa baru tahu berat"kata Syed Azrief sambil ketawa jahat. Comel pula dia melihat Ayra Amani mendukung sepupunya yang tembam itu.

"ish jahat lah dia ni kan asyikkan gelakkan orang je"kata Ayra Amani pula lalu dia membawa budak perempuan dalam dukungannya ke dapur kerana dia terdengar suara bising datang dari dapur.

Syed Azrief hanya menggeleng lalu dia mengikut langkah Ayra Amani ke dapur. Datin Suraya sedang bergelak ketawa bersama beberapa orang di dapur.

"mama"tegur Ayra Amani lalu dia menghulurkan tangan kepada Datin Suraya.

"eh dah lama ke korang sampai? Mama tak perasan pun"kata Datin Suraya. Cepat-cepat dia mengelap tangannya dan menghulur tangannya kepada menantu dan anaknya.

"baru je sampai mama"kata Ayra Amani sambil senyum.

"aik macam mana boleh jumpa budak gemok ni?"tanya seorang perempuan yang sedang pegang botol susu ditangan.

"mama"cepat-cepat budak perempuan dalam dukungan Ayra Amani meronta-ronta mahu turun dan Ayra Amani hanya mengikut. Terkedek-kedek budak perempuan itu berlari ke arah ibunya.

"tadi dekat depan sana tu main dengan kucing"jawab Syed Azrief yang hanya diam dari tadi.

"main kucing?"tanya perempuan itu terkejut.

"haah kenapa maksu?"tanya Syed Azrief.

"si Aireen ni alergik dengan bulu. Kamu ada nampak paksu kamu tak?"tanya perempuan itu lagi.

"kitorang jumpa paksu dekat depan lah tadi"jawab Syed Azrief jujur.

"Ya Allah papa dia ni memang lah biar je anak dia kucing dah tahu anak dia ni alergik dengan bulu ni semua"bebel perempuan itu. Ayra Amani ketawa kecil apabila mendengar perempuan itu membebel.

"tak apalah saya ke depan dulu ye"terus perempuan itu pergi bersama anaknya yang sedang minum susu.

Datin Suraya hanya menggeleng kepala. Biasalah orang lelaki jenis ikut suka mereka sahaja. Dah tahu anak tidak boleh main dengan kucing tapi dibiarkan sahaja dan sekarang terima lah padahnya kena membebel dengan si isteri.

"aik kenapa Ayra pakai mask? Ayra selsema ke?"tanya Datin Suraya kepada Ayra Amani.

Cepat-cepat Ayra Amani menyiku lengan Syed Azrief disebelahnya untuk menjawab soalan Datin Suraya itu. Syed Azrief pula mengangkat kening tanda apa. Ayra Amani terus buat-buat batuk dan terus membisik ke telinga Syed Azrief.

"jawab weh"bisik Ayra Amani perlahan ke telinga Syed Azrief.

"oh ha dia selsema mama itu yang Rief suruh dia pakai mask takut nanti berjangkit pula dekat orang lain"jawab Syed Azrief bagi pihak Ayra Amani. Terpaksa.

"lah yeke? Nak ubat apa-apa tak? Kalau nak mama boleh ambilkan"kata Datin Suraya kepada menantunya.

"eh tak payah mama tadi Ayra dah makan dah panadol dekat rumah"tipu Ayra Amani.

Syed Azrief disebelah hanya mencebirkan bibirnya dengan kebohongan Ayra Amani. Takkan lah pipi lebam kena tampar telan panadol nampak sangat menipunya itu.

"takpalah kalau rasa tak selesa cakap dekat mama dekat kotak depan tu banyak panadol"kata Datin Suraya kepada menantunya.

Ayra Amani hanya mengganguk kepala. Tiba-tiba dia melihat bayang Sharifah Alisha yang baru melangkah ke dapur.

"hi adik dan adik ipar ku"tegur Sharifah Alisha terus Ayra Amani menghulurkan tangan untuk menyalam Sharifah Alisha.

Sharifah Alisha menghulurkan tangan pula kepada adiknya tetapi Syed Azrief buat-buat tidak nampak tangan kakaknya terus Sharifah Alisha memijak kaki Syed Azrief sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.

"aduh sakit lah kak kau apahal pijak kaki aku?"tanya Syed Azrief tidak puas hati.

"ni tak nampak tangan aku? tunggu apa salam lah"kata Sharifah Alisha kepada Syed Azrief.

"ish tak ada kerja aku nak salam tangan kau"kata Syed Azrief lalu dia memandang ke arah lain.

Biadap betul budak ini. Sharifah Alisha memandang tajam ke arah adiknya itu. Budak ini memang mahu kena dengannya sudah lah tidak pergi sekolah lepastu tidak mahu menyalam tangannya kurang ajar punya adik.

"mama tahu tak kenapa Rief tak pergi sekolah pagi tadi?"kata Sharifah Alisha spontan.

Membulat terus mata Syed Azrief mendengar terus dia memandang kakaknya. Jangan lah kakaknya memberitahu mamanya habis lah nanti. Eh tapi kalau kakaknya tahu siapa yang beritahu kakaknya?

"apa?"tanya Datin Suraya yang masih sibuk memotong sayur.

"semalam kan Rief pergi..."kata-kata Sharifah Alisha tergantung apabila ada tangan yang menutup mulutnya. Dia tahu itu tangan adiknya yang biadap itu.

"erk kak sini kejap aku ada benda nak cakap dengan kau ni sini lah kejap jom"ajak Syed Azrief lalu dia mengheret tangan kakaknya mengikutnya ke hadapan. Ayra Amani hanya menggeleng kepala dengan perangai dua beradik itu.

"ada apa-apa nak Ayra tolong tak?"tanya Ayra Amani lembut.

"Ayra tolong basuh sayur ni semua"kata Datin Suraya.

Terus Ayra Amani meletakkan handbagnya di atas meja dan mengambil sayur yang diletakkan di dalam besen dan dibawa ke singki untuk basuh.

Sharifah Alisha meronta supaya Syed Azrief melepaskan tangannya. Takut lah tu Datin Suraya tahu nanti tak pasal-pasal kena membebel satu hari satu malam tak habis.

"asal takut ke?"tanya Sharifah Alisha sinis.

"takut apa? Aku mana ada buat salah pun"kata Syed Azrief tidak bersalah. Padahal dia sudah takut kalau kakaknya tahu dan kakaknya memberitahu Datin Suraya.

"eleh macam lah aku tak tahu kegiatan kau. Aku kenal kau dah 17 tahun tau dari kecil sampai kau besar dah kahwin. Tak sekarang ni apa masalah kau pergi club semalam? Apa ingat aku tak tahu ke sepanjang kau berkahwin ni kau pergi club lagi?"kata Sharifah Alisha tegas kepada adiknya.

Terdiam terus Syed Azrief dibuatnya. Macam mana kakaknya boleh tahu? Nak kata Ayra Amani beritahu macam tidak je sebab Ayra Amani sendiri tidak tahu kemana dia pergi malam-malam. Ameer dengan Hariz? Tak mungkin juga kerana mereka berdua suka jawab main-main apabila disoal oleh kakaknya. Itu pun sebab dia yang suruh. Kalau ditanya soalnya oleh ahli keluarganya mereka berdua pasti akan 'backup' habistu macam mana kakaknya boleh tahu? Pening kepala memikirkan.

"club mana? Aku pergi mana pun tidak"kata Syed Azrief tidak mahu kalah. Jangan cepat mengalah betul tak. Selagi boleh lawan, kita lawan.

"hei kau jangan nak menipu aku ye Rief aku tahu semua lah. Tak sekarang ni aku nak tanya kau seronok sangat ke melepak dekat sana? Dah tak ada tempat nak lepak ke selain dekat club tu?"

"kau tahu aku pergi sana kau pun pergi jugak eh?"tanya Syed Azrief pula. Padahal dia tahu kakaknya tidak pernah jejak kaki ke tempat begitu sengaja mahu mengusik kakaknya.

"eh tak ada masa aku nak pergi tempat macam tu. Macam mana aku boleh tahu? Semalam kawan aku Amy terjumpa kau dekat sana terus dia text aku. Dia kata ada perempuan sekali dengan korang bertiga"

"ni aku malas nak pergi club dekat sini ni. Kawan-kawan ni memang menyibuk eh? Kemana je aku pergi diorang mesti jumpa aku kan? Agaknya aku nak kena cari club jauh sikit dari KL sini baru lah diorang tak jumpa aku kan"

"tak sekarang ni boleh tak kau jawab elok-elok soalan aku?"

"saja nak lepak sana tak boleh ke? Selama ni aku lepak sana kau tak cakap apa pun"

"aku tak cakap apa bukan bermakna aku tak tahu apa ye aku tahu semua tapi aku saja je nak tengok kau nak pergi lagi ke tak. Dulu aku tak kisah kau nak pergi mana pun tak balik pun tak apa sekarang ni kau dah kahwin tahu dah ada isteri. Kau boleh keluar rumah malam-malam semata-mata nak lepak club?"bebel Sharifah Alisha geram. Sudah lama dia tidak membebelkan adiknya sekali kena, kena hadap lah siapa suruh cari pasal kan.

Syed Azrief terdiam apabila kakaknya membebel. Sebiji perangai Datin Suraya yang hobinya membebel tidak kira tempat dan sekarang hobi Datin Suraya sudah turun kepada Sharifah Alisha. Memang anak solehah sungguh lah kakaknya ini.

"ala nanti-nanti aku tak pergi dah lah. Aku kan muda lagi nanti dah tua-tua tak pergi dah lah"kata Syed Azrief selamba.

"banyak lah kau! kau kena ingat sekarang ni kau dah kahwin lepastu kau tu nak spm tahu ni jangan nak main-main sangat boleh tak? cuba fokus bila belajar tu jangan nak main-main je"

"ye aku tahu lah Sharifah Alisha dah jangan nak membebel sangat sakit telinga aku"

"tahu lah dekat rumah kau tak kena bebel tapi dengan aku atau mama jangan harap kau boleh terlepas"

"baik kakak ku sayang tapi kau janji eh jangan bagitahu mama pasal ni?"kata Syed Azrief kepada Sharifah Alisha.

"hm tengok lah dulu kalau kau buat perangai aku cerita lah semua"kata Sharifah Alisha selamba. Dia harap sangat adiknya itu boleh berubah ke arah kebaikan tak larat lagi nak menanggung dosa adiknya itu.

"ni aku menyampah dengar ni ye kalau kau diam-diam je aku janji esok aku belikan kau coklat Royce kau suka kan?"pancing Syed Azrief sambil tersenyum.

"pandai kau umpan aku dengan Royce kan! okay baik kalau kawan-kawan aku ada terjumpa lagi korang bertiga dekat mana-mana club jangan harap aku nak diam je kau tunggu lah nasib kau jangan sampai nanti Ayra pun tahu kemana kau pergi selama ini"

"baik aku janji lepasni kalau aku nak pergi club ke apa aku ajak je Ayra tu pergi sekali tak adalah aku ni menipu dia kan"kata Syed Azrief selamba.

"berani kau nak bawa adik ipar aku pergi sana? Kau bawa dia ke sana siap lah kau nanti aku bongkar habis rahsia kau"

"ish orang main-main jelah tak betul pun"kata Syed Azrief sambil menjeling ke arah kakaknya. Sayang sangat dekat adik ipar yang sorang itu adik sendiri tak nak sayang. Sejahat-jahat dia pun tak pernah terfikir lagi dia nak ajak Ayra Amani pergi ke tempat begitu walaupun dia pergi. Memang lah Ayra Amani itu isteri dia tetapi Ayra Amani itu anak orang tak berani dia nak bawa mahu kena pelangkung kepala dengan ahli keluarga Ayra Amani.

"dah lah aku masuk dulu menyampah cakap dengan kau"kata Sharifah Alisha kepada adiknya lalu dia terus masuk ke dalam rumah.

Syed Azrief hanya mengangkat bahu. Rokok yang sedia ada di dalam poket seluar jeansnya dikeluarkan dan diletakkan ke bibir sebelum dia menyala. Dia berjalan sedikit jauh kerana tidak mahu asap rokok masuk ke dalam rumah nanti tak pasal-pasal kena membebel lagi penat dia nak dengar.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

795K 32.8K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...
221K 7.3K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
560K 22.9K 65
★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penu...