Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 41

4.5K 170 17
By itsmenurfa

AYRA Amani bersiap-siap untuk ke sekolah. Hari ini dia tidak mahu datang sekolah lewat lagi macam semalam. Siap sahaja dia berpakaian seragam sekolah dia terus keluar dari bilik dan memandang ke arah bilik Syed Azrief. Bilik lelaki itu senyap Ayra Amani mengerut dahi memandang bilik lelaki itu.

"dia ni nak pergi sekolah ke tak senyap je?"kata Ayra Amani lalu dia mendekati bilik Syed Azrief dan dia terus membuka bilik lelaki itu tanpa mengetuk dulu.

Ayra Amani tercari-cari Syed Azrief lalu dia menekan suis lampu. Katil masih elok seperti tidak ditiduri. Ayra Amani terus masuk ke dalam dan menjenguk kepala ke ke arah bilik air. Bilik air senyap sunyi tanpa bunyi setitik pun air.

"mana dia pergi eh semalam tak balik rumah ke?"tanya Ayra Amani pelik dan dia terus keluar dari bilik lelaki itu.

Kakinya melangkah turun ke bawah terkejut dia melihat televisyen sedang dibuka tanpa ada orang. Dia menjengukkan sedikit kepalanya ke bawah dan dia menjerit melihat seseorang yang sedang tidur di atas sofa.

"aaaaa siapa ni?"tanya Ayra Amani lalu dia mencapai bantal dan terus memukul lelaki itu.

Syed Azrief yang sedang tidur itu terkejut terdengar jeritan dari Ayra Amani cepat-cepat dia bangun dan menepis bantal yang dipegang oleh Ayra Amani itu.

"kau apahal pagi-pagi nak menjerit macam orang gila ni?"tanya Syed Azrief dengfan serak basah. Dia menggosok matanya yang masih kelabu itu.

"lah kau ke"kata Ayra Amani lalu dia mengeluh lega.

"yelah habistu kau fikir hantu ke tidur dekat sini?"perli Syed Azrief sambil menjeling ke arah Ayra Amani. Bantal yang dilepas itu tadi diambil balik dan dia terus merebahkan badan di atas sofa sambil memeluk bantal.

"eh kau taknak pergi sekolah ke? dah pukul 7 ni"tanya Ayra Amani sambil menggoyangkan bahu Syed Azrief.

"tak aku tak nak pergi sekolah harini"kata Syed Azrief mendatar.

"asal tak nak pergi sekolah? semalam kau pergi mana?"tanya Ayra Amani sambil menekak pinggangnya.

"aku mengantok kau tahu tak. Kau pergi jelah sekolah nanti balik aku ambil lah kau"kata Syed Azrief malas.

"suka hati dia je tak nak pergi sekolah ingat sekolah tu tokwan dia punya kot"bebel Ayra Amani sambil memandang ke arah Syed Azrief.

"ish bising lah pergi jelah sekolah tu kerja membebel je"kata Syed Azrief lalu dia mengambil bantal menutup telinganya.

"kalau kak Scha tanya kenapa kau tak datang aku jawab kau pergi berdating dengan pondan eh"kata Ayra Amani cepat-cepat dia beredar dari situ.

"kau jangan buat pasal Ayra aku lempang kau nanti"kata Syed Azrief kuat.

"tak nak, nak bagitahu juga bye!"kata Ayra Amani lalu dia menutup pintu dengan perlahan.

"apa punya bangang dia tu aku dating dengan pondan? tak lalu aku"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala lalu dia menyambung kembali tidur dengan aman tanpa mendengar suara Ayra Amani.

SAMPAI sahaja disekolah tangan Ayra Amani ditarik oleh Mia Adriana. Terkejut dia melihat Mia Adriana yang menarik tangannya dia menjerit sedikit kerana terkejut.

"ish apa kau ni main tarik-tarik"tanya Ayra Amani tidak puas hati. Tangannya membetulkan lengan baju sekolahnya susah payah dia menggosok baju senang-senang sahaja peremnpuan itu menariknya habis berkedut.

"kenapa kau sekolah sini? kenapa tak suruh je mak jang daftar kau sekolah lain macam sekolah international macam anak-anak dia?"tanya Mia Adriana sambil menjongket kening.

"ada masalah ke kalau aku sekolah ni? aku bersyukur dah dapat sekolah ni aku tak minta pun nak sekolah mahal-mahal macam diorang"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Dia tidak mahu dituduh sombong dengan sepupunya sendiri.

"mak jang  dengan pak jang tu kaya asal kau tak kikis duit diorang suruh hantar kau sekolah ISKL je"kata Mia Adriana lalu dia menjeling ke arah Ayra Amani. Dia jadi tidak sedap hati kerana Ayra Amani duduk ditepi Syed Azrief. Dia akui yang Ayra Amani ini cantik orangnya jadi dia takut kalau makin lama Ayra Amani duduk disamping Syed Azrief lelaki itu akan jatuh hati kepada Ayra Amani.

"tak sekarang ni apa masalah kau kalau aku sekolah ni? aku tak pernah kacau kau pun dan aku sendiri tak tahu kau sekolah ni kalau aku tahu aku pun tak nak sekolah ni aku lagi sanggup duduk kampung"kata Ayra Amani panjang lebar.

"pandai eh kau melawan aku anak yatim. Patut lah mak bapak kau mati cepat sebab diorang tak sanggup nak bela kau. Hei kau sedar lah sikit kau boleh datang KL ni sebab mak jang je tau kalau bukan sebba mak jang kau duduk lah kampung dengan ayam itik"kata Mia Adriana sinis.

Ayra Amani menggengam tangannya apabila Mia Adriana membangkit ibubapanya. Dia tidak kisah kalau Mia Adriana nak mengata dia tapi bukan ibubapanya mereka tiada langsung dosa dengan Mia Adriana.

"kau tu yang melampau Mia siapa bagi kau kebenaran petik nama mak bapak aku? aku tak kisah tau kau nak hina aku tapi bukan diorang!"marah Ayra Amani kuat. Air matanya sudah menitis jatuh ke pipinya. Tangannya ringan sahaja mahu menampar wajah Mia Adriana itu.

"dasar anak yatim piatu"ejek Mia Adriana sambil tersenyum.

"kau memang melampau Mia"kata Ayra Amani tegas. Matanya menikam mata Mia Adriana.

"kalau aku melampau kau nak buat apa? nak tampar aku?"tanya Mia Adriana sambil menjongket kening.

"aku akan bagitahu maksu tentang anak dia yang kurang ajar ni. Sanggup dia hina orang yang tak berdosa dengan dia. Kau rasa maksu ok ke kalau dia tahu ada orang hina kakak dia sendiri? tambah-tambah yang hina tu anak dia sendiri"kata Ayra Amani mendatar.

Tanpa sebarang amaran terus tangan Mia Adriana naik menampar wajah Ayra Amani sehingga kepala gadis itu terteleng ke sebelah. Ayra Amani memegang pipinya yang rasa kebas apabila ditampar oleh Mia Adriana. Dia rasa puas apabila dapat berkata begitu kepada Mia Adriana walaupun pipinya kebas ditampar oleh Mia Adriana.

"Mia!"jerit Hariz dan Ameer serentak terus mereka berlari ke aras mereka berdua.

Mereka baru sahaja sampai ke sekolah dan berjalan mahu naik ke kelas tiba-tiba mereka terdengar seperti ada yang bergaduh terus mereka berdua menyorok dibelakang dinding untuk mendengar perbualan mereka berdua itu. Sungguh mereka tidak sangka bahawa Mia Adriana selamba sahaja menampar pipi Ayra Amani.

"kau buat apa ni? ni sekolah bukan tempat bergaduh"kata Ameer mendatar. Dia melihat pipi Ayra Amani yang sudah merah akibat ditampar oleh Mia Adriana tadi.

"oh korang bergaduh sana sini dulu boleh pula dalam sekolah?"perli Mia Adriana.

"kitorang tak sama dengan kau. Kau tu apahal tampar dia? dia ada buat salah dengan kau ke?"tanya Hariz sambil menjongket kening.

"ye dia kurang ajar memang patut aku ajar dia"kata Mia Adriana lalu dia menjeling ke arah Ayra Amani yang masih memegang pipinya.

"tak payah nak tipu lah Mia kitorang dah dengar semua kitorang tak pekak lagi"kata Ameer sambil ketawa sinis.

Mendengar itu terus Mia Adriana beredar dari situ. Ameer dan Hariz hanya ketawa melihat Mia Adriana pergi selepas Ameer berkata begitu.

"weh kau okay tak pipi kau macam baru lepas kena sengat tebuan je"kata Hariz kepada Ayra Amani.

"tak payah nak over sangat sampai pipi aku macam kena sengat tebuan"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Hariz. Pipinya tengah sakit boleh pula Hariz main-main dengan dia nak kena tampar sekali ke dengan dia?

"eh mana Rief tak nampak pun motor dia dekat parking?"tanya Ameer sambil menjongket kening.

"dia tengah tidur elok dekat rumah"kata Ayra Amani mendatar.

"lah dia tak datang ke?"kata Hariz pelik. Tak pernah lagi Syed Azrief tidak datang sekolah selalunya dia akan datang ke sekolah tak kira apa pun yang berlaku.

"dia pergi rumah kau eh Hariz semalam?"tanya Ayra Amani kepada Hariz.

Hariz menyiku lengan Ameer disebelah dan dia menjongket kening kepada Ameer. Syed Azrief tak bagitahu apa-apa pun kepada mereka. Macam mana dia nak jawab soalan Ayra Amani kalau dia belum sedia jawapan lagi untuk soalan itu.

"haah semalam dia pergi rumah Hariz aku pun ada kitorang lepak kejap lepastu dia balik lah asal"jawab Ameer bagi pihak Hariz. Hariz sudah berdiri tegak seperti patung kerana tidak tahu mahu jawab apa.

"oh yeke tak apalah aku masuk kelas dulu"kata Ayra Amani lalu dia pergi meninggalkan Ameer dan Hariz.

"Rief ni pun bangang tak bincang dulu dengan aku kan tak pasal-pasal aku berdiri macam patung tadi"kata Hariz melafazkan lega sebaik sahaja Ayra Amani beredar.

"ah kau nasib baik aku tolong jawabkan nak harapkan kau mulut macam tak ada"perli Ameer lalu dia pergi meninggalkan Hariz.

"harey betul dia kutuk aku"kata Hariz dan dia berlari pergi ke arah Ameer dan dia memukul bahu Ameer sehingga Ameer mengaduh sakit.

DI dalam kelas Ayra Amani berduduk bersembang dengan Melissa disebelahnya. Mia Adriana hanya menjeling ke arah Ayra Amani sungguh dia tidak puas hati dengan Ayra Amani. Ingin sahaja dia mahu menampar lagi pipi Ayra Amani tidak sangka pula yang Hariz dan Ameer mendengar semuanya apa yang dia berbicara dengan Ayra Amani.

"kau apahal pandang-pandang si Ayra tu"tanya Tasha disebelah Mia Adriana.

"Tasha dia tu famous ke dekat sekolah ni waktu aku tak datang sini balik?"tanya Mia Adriana kepada Tasha.

"boleh tahan famous juga lah Ayra tu dekat sekolah ni baru-baru ni Ayra dengan Azrief kena gossip pergi Penang berdua"kata Tasha sabil memandang ke arah Ayra Amani yang sedang bergelak itu.

Membulat mata Mia Adriana mendengar. Pergi penang bersama?

"maksud kau? ada bukti ke diorang pergi berdua?"tanya Mia Adriana tidak percaya.

"ye dekat Instagram haritu Ayra post gambar dekat tempat yang Azrief ambil gambar dan location diorang pun sama yang paling meletop lagi diorang post pada waktu yang sama"cerita Tasha bersungguh-sungguh.

"yeke asal aku tak tahu ni cerita ni?"kata Mia Adriana tidak puas hati.

"dekat Pahang tu kau duduk dalam hutan ke sampai tak tahu perkembangan Azrief?"perli Tasha.

Mia Adriana hanya menjeling ke arah Tasha. Bukan masalah dia duduk dalam hutan ke apa dekat sana agak susah nak dapat internet kena keluar dari rumah baru ada internet.

"nanti balik aku tengok lepastu ada lagi tak?"tanya Mia Adriana lagi.

"ada weh haritu Hakim nak mengorat Ayra waktu tu Ayra datang sekolah lambat"kata Tasha.

"apa? bukan ke Fatin tu awek Hakim ke asal Hakim tu gatal sangat"kata Mia Adriana sambil membuat muka geli.

"siapa je yang tak jatuh hati tengok Ayra tu dia tu cantik orangnya kalau aku jadi lelaki pun mungkin aku akan pilih dia jadi isteri aku"kata Tasha sambil ketawa.

Mia Adriana membuat muka meluat. Antara dia dengan Ayra Amani dia lagi cantik tetapi dia akui bahawa Ayra Amani lebih cerah darinya kerana arwah ibubapa Ayra Amani berkulit putih.

"Ayra tu sepupu aku"kata Mia Adriana tiba-tiba.

"apa?"kata Tasha kuat sehingga menarik perhatian seisi kelas. Mereka semua memandang ke arah mereka berdua.

"diam lah sikit"kata Mia Adriana kepada Tasha.

Tasha hanya tersenyum lalu dia mendekatkan lagi kerusinya dengan kerusi Mia Adriana.

"biar betul kau?"kata Tasha tidak percaya.

"ye dia sepupu aku belah mama aku"kata Mia Adriana mendatar.

"tapi asal kau tak berapa nak ngam dengan Ayra tu dia kan sepupu kau"kata Tasha kepada Mia Adriana.

"aku tak suka dia dah jangan tanya"kata Mia Adriana mendatar. Dia malas mahu bercerita tentang Ayra Amani nanti dia juga akan sakit hati.

Tasha hanya mengangguk faham. Patut lah Mia Adriana dari pertama kali tengok Ayra Amani macam musuh rupanya mereka berdua sepupu. Bagi dia antara Ayra Amani dengan Mia Adriana Ayra Amani lebih cantik kerana Ayra Amani tidak berkira untuk senyum berbanding Mia Adriana yang sombong teramat.

SYED Azrief sudah sampai di dalam perkarangan sekolah. Dia melihat ke dalam kawasan sekolah tiada seorang pun lagi yang pulang dari sekolah padahal jam sudah pukul 1:30 tengah hari. Sambil menunggu ketibaan Ayra Amani dia pulang dia mencapai handphone dikerusi sebelah. Dari pagi dia tidur langsung tak tengok handphone dia biarkan sahaja handphonenya bunyi banyak kali janji dia dapat tidur dengan nyenyak.

Aplikasi Whatsapp ditekan terdapat banyak mesej, matanya terarah ke arah mesej group daripada mereka bertiga. Dia membaca dengan penuh tekun mesej daripada Ameer dan Hariz. Sempat lagi mereka berdua main handphone di dalam kelas.

HARIZ

Weh Rief bini kau kena tampar dengan Mia

AMEER

Haah Rief pipi bini kau macam kena gigit tebuan je aku tengok

HARIZ

Panjang cerita dia kalau nak cerita dekat kau pasal ni

AMEER

Gila perempuan tu main tampar orang suka hati kalau boleh tadi aku dah tampar balik pipi dia tu tadi nasib baik dia perempuan

Membulat mata Syed Azrief membaca satu persatu mesej daripada mereka berdua. Ayra Amani kena tampar dengan Mia Adriana? mereka bergaduh pasal apa. Baru sehari dia tidak datang ke sekolah macam-macam dah jadi.

AYRA Amani berjalan menuju kereta Syed Azrief sambil memandang ke arah belakang dia perasan macam ada orang sedang memerhatinya bila dia tengok belakang ada beberapa orang gadis sedang berjalan dibelakangnya.

"yang dia ni pun satu parking kereta depan ni kenapa. Kenapa tak parking je jauh sikit dari sini kan tak pasal-pasal ada orang ikut aku dah"bebel Ayra Amani seorang diri. Kakinya melangkah laju masuk ke dalam kereta tanpa mengetuk dahulu.

"wuish kau ni kenapa masuk macam penyangak terkejut aku"kata Syed Azrief sambil mengerut dada. Tengah dia tekun dengan handphone tiba-tiba ada orang masuk ke dalam kereta tanpa mengetuk dahulu.

"ada orang tengok aku tadi?"kata Ayra Amani termengah-mengah.

"siapa ikut kau?"tanya Syed Azrief sambil menjongket kening.

"tak tahu tak kenal"kata Ayra Amani lalu dia menyandarkan kepala di kepala kerusi.

Tiba-tiba mata Syed Azrief terarah ke arah mask hitam yang dipakai oleh Ayra Amani. Dia tahu kenapa Ayra Amani memakai mask. Dengan selamba tangannya naik mencabut mask hitam yang dipakai oleh Ayra Amani itu.

"weh apani"kata Ayra Amani sambil menolak tangan Syed Azrief yang sedang menarik mask dimukanya.

Syed Azrief memandang muka Ayra Amani yang merah itu. Tangannya naik menyentuh lembut pipi Ayra Amani yang putih sudah pun merah.

"asal muka kau tu?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"muka? erk aku terlanggar pintu tandas"kata Ayra Amani sambil mengangguk kepala.

"oh ya? terlanggar pintu tandas sampai merah macam tu?"tanya Syed Azrief sambil menjongket kening. Dia tahu tetapi dia sendiri mahu Ayra Amani yang bercerita kepadanya.

Ayra Amani sudah tidak senang duduk dengan Syed Azrief takkan dia nak cakap pipi dia merah macam tu sebab ditampar oleh Mia Adriana. Lagipun dia tidak mahu buat kecoh.

"ish tak ada apalah jom lah balik"kata Ayra Amani untuk mengelak dari menjawab soalan Syed Azrief.

"tak balik aku nak pergi makan"kata Syed Azrief. Dia membetulkan kedudukan dan tali pinggang dipakai sebelum dia membelok kereta keluar daripada perkarangan sekolah.

"tak nak, nak balik!"kata Ayra Amani kuat.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

221K 7.2K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
430K 15.6K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
339K 26.8K 70
(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that...
20.3K 754 49
[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini...