Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 38

3.9K 153 13
By itsmenurfa

AYRA Amani bergelak ketawa bersama Melissa dan Rania sewaktu mahu melangkah masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar oleh seseorang sehingga dia berganjak ke tepi. Dia memegang bahunya yang dilanggar oleh orang itu. Perlahan-lahan dia memandang hadapan dan dia terkejut melihat gerangan yang berada di hadapannya.

"Ayra"panggil orang dihadapannya.

"Mia"kata Ayra Amani perlahan.

Melissa menyiku lengan Rania dan menjongket kening kepada Rania. Ayra Amani tergamam melihat sepupunya sendiri berada di hadapan matanya.

"kau sekolah sini ke? bukan kau dekat kampung dengan tok ke?"tanya Mia Adriana mendatar.

"ye aku sekolah ni kenapa?"tanya Ayra Amani sambil menjongket kening.

"oh tak ada apa aku cuma pelik je kau sepatutnya duduk je dekat kampung tu kau bukan layak duduk bandar"kata Mia Adriana dengan nada perli.

"ada aku kacau kau ke kalau aku duduk sini?"tanya Ayra Amani mendatar.

"mesti kau menyusahkan mak jang kan. Yelah kan sekarang kau jadi anak angkat mak jang anak orang kaya"perli Mia Adriana sinis.

Ayra Amani mengenggam tangannya. Sakit hatinya dengan kata-kata Mia Adriana. Hampir berapa tahun mereka tidak bersemuka dan harini mereka berjumpa kembali di sekolah. Apa yang dia dengar dari cerita Puan Marina keluarga maksunya berpindah ke Pahang atas urusan kerja suaminya.

"kesian kan dekat mak jang bela kau bagi kau hidup senang tapi kau datang sekolah nak bergelak ketawa je kan"perli Mia Adriana sambil menjeling ke atas Ayra Amani.

"kau jangan melampau Mia!"marah Ayra Amani. Sabarnya juga ada had juga tapi kalau dengan Mia Adriana tidak berguna bersabar dengan dia kenal sangat dengan perangai sepupunya yang suka menyakitkan hatinya dari dulu hingga sekarang.

"oh marah? aku minta maaf eh kalau aku cakap tu salah"kata Mia Adriana terus dia melangkah pergi tanpa mempedulikan Ayra Amani.

Ayra Amani memandang Mia Adriana lalu setitik demi setitik air matanya menitis di pipinya. Cepat-cepat dia seka air matanya. Dia tidak boleh menangis dengan kata-kata Mia Adriana kerana dia tahu Mia Adriana sengaja mahu menyakitkan hatinya. Dia cuba kembali senyum walaupun hatinya masih sakit.

Rania mengosok bahu Ayra Amani perlahan dan tangan kanan Ayra Amani dipegang oleh Melissa. Merka berdua hanya tersenyum kepada Ayra Amani. Ayra Amani hanya mengangguk sambil tersenyum.

"kau jangan ambil hati sangat dengan perempuan tu perangai dia macam sampah"kata Melissa geram.

Ayra Amani hanya tersenyum mendengar. Andai sahaja Rania dan Melissa tahu yang Mia Adriana yang dikutuk oleh Melissa sepupunya bagaimana reaksi nereka berdua nanti.

"dah jom masuk kelas"ajak Rania lalu dia memegang tangan Ayra Amani dusebelah kiri manakala Melissa memegang tangan Ayra Amani disebelah kiri dan mereka bersama-sama berjalan menuju ke kelas.

Sejujurnya mereka juga tidak tahu hubungan Mia Adriana dengan Ayra Amani tetapi apa yang mereka dapat tangkap tadi bahawa Ayra Amani ialah sepupu kepada Mia Adriana kerana mereka tahu Ayra Amani tinggal ibu saudaranya. Ayra Amani tidak pernag bercerita tentang orang lain selain ahli keluarganya.

SHARIFAH Alisha masuk ke dalam kelas yang riuh rendah itu. Dia menggeleng kepala dengan pelajaranya. Kelasnya sahaja bersembang dari tangga boleh dengar keriuhan.Dia meletakkan handbag dan buku-buku di atas meja. Sebaik sahaja memberi salam dia terus melangkah ke tengah-tengah dan memandang pelajarnya.

"okay harini kamu semua akan dapat kawan lama korang balik. Cuba teka siapa?"tanya Sharifah Alisha kepada pelajarnya.

"siapa cikgu? saya tak ingat lah"kata Rizki.

"haah siapa dia tu?"kata Naim pula.

"takkan lah korang semua tak ingat?"tanya Sharifah Alisha sambil mencebikkan bibirnya.

"okay tahu dah"kata Ameer lalu dia berpeluk tubuh, Hariz disebelah menggeleng kepala mendengar kata-kata Ameer.

"kamu yang duduk dekat luar tu boleh masak"kata Sharifah Alisha kepada gadis di luar kelas.

Mia Adriana melangkah masuk ke dalam kelas dan memberikan senyuman kepada seisi kelas. Syed Azrief yang melihat Mia Adriana di hadapan dia terus tergamam seperti melihat bidadari dihadapannya terus Ameer menyiku lengan Hariz disebelahnya.

"dia buat dah"kata Hariz sambil menggeleng kepala.

Ayra Amani terpandang ke arah Syed Azrief disebelahnya itu lalu dia kembali memandang ke hadapan. Dia melihat Mia Adriana juga turut memandang ke arah Syed Azrief. Entah kenapa berasa seperti tidak sedap hati dan jantungnya mula berdebar hebat.

"aku tak perlu bagitahu nama aku kan sebab aku tahu korang mesti kenal aku siapa kan"kata Mia Adriana sambil tersenyum.

"tak nak tahu pun"kata Faiz selamba.

"okay dah Mia kamu boleh duduk disebelah Tasha dekat sana"kata Sharifah Alisha kepada Mia Adriana.

"erk cikgu boleh tak saya nak duduk tempat lama saya sebelum saya berpindah?"tanya Mia Adriana kepada Sharifah Alisha.

Sharifah Alisha kelihatan serba salah sama ada mahu menunaikan permintaan Mia Adriana atau tidak tidak. Matanya memandang ke arah adiknya dengan pantas Syed Azrief menggeleng kepala tanda tidak mahu. Sharifah Alisha hanya mengangguk faham dengan isyarat adiknya. Dia tahu semua tentang hubungan adiknya dan pelajarnya itu.

"kamu boleh duduk disebelah Tasha ye"kata Sharifah Alisha lalu dia melangkah ke meja guru.

Mia Adriana memandang tajam ke arah Ayra Amani disebelah Syed Azrief. Entah kenapa sakit hatinya melihat Ayra Amani duduk di tempatnya sebelum dia berpindah sekolah. Ayra Amani yang perasan bahawa dirinya di pandang oleh Mia Adriana dia terus menjongket kening tanda apa lalu dijeling oleh Mia Adriana dan dia bergerak ke tempat yang kosong.

Syed Azrief menghelah nafas lega sebaik sahaja Mia Adriana duduk disebelah Tasha. Dia terus memandang ke arah luar tingkat. Jantung dia berdebar hebat apabila bertatapan mata dengan Mia Adriana sebentar tadi.

"kau kenapa berpeluh semacam"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"erk mana ada apa"jawab Syed Azrief sambil menggeleng kepala.

Ayra Amani terdiam selepas Syed Azrief berkata begitu lalu tisu yang berada di dalam kotak pensilnya ditarik keluar dan diberi kepada Syed Azrief dan Syed Azrief menyambut huluran tisu yang diberi oleh Ayra Amani itu.

"agak-agak cinta berputik kembali tak?"bisik Ameer perlahan kepada Hariz.

"tak tahu syaitan banyak sekarang ni"kata Hariz lalu dia memandang ke arah Mia Adriana dan Mia Adrina juga memandang ke arah Hariz. Hariz terus memberi jelingan kepada Mia Adriana. Menyampah dia melihat wajah baik gadis itu.

BUNYI sahaja loceng semua seisi kelas bangun. Ayra Amani memandang ke arah Melissa dan Rania yang sedang mengemas barang dan dimasukkan ke bawah meja. Dia memandang pula ke arah Syed Azrief yang keluar dahulu daripada Hariz dan Ameer.

"tak keluar sekali ke?"tanya Ayra Amani kepada Ameer. Sengaja dia mahu jadi menyibuk harini. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati sahaja sekarang ini.

"tak kitorang nak jumpa cikgu"tipu Hariz lalu dia menolak tubuh Ameer keluar daripada kelas.

Ayra Amani mengerut dahi. Ameer dan Hariz nak berjumpa cikgu? Biar betul. Sebabnya mereka bertiga boleh dikatakan budak yang bermasalah untung sahaja mereka bertiga bijak.

"nak turun koperasi tak?"tanya Melissa kepada Ayra Amani.

"erkk korang pergi dulu boleh tak? aku nak pergi tandas kejap"kata Ayra Amani sambil senyum.

"oh takpalah kau nak apa-apa tak kitorang boleh belikan"kata Rania pula.

"aku nak air milo je"kata Ayra Amani lalu dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan not rm10 kepada Melissa.

"okay lah kitorang pergi dulu"kata Melissa lalu dia melangkah keluar dan diikuti oleh Rania.

Ayra Amani mencekak pinggang. Dia bukan rasa nak ke tandas pun. Dia pun tidak tahu kenapa mulutnya berkata begitu tadi. Mungkin dia risau tentang Syed Azrief yang tiba-tiba saja berubah itu? Dia pun tidak pasti.

"tak tahu nak pergi mana ni terpaksa lah pergi tandas"kata Ayra Amani seorang diri lalu dia terus keluar dari kelas.

Selepas sahaja keluar dari tandas dia bertemenung di balkoni tandas. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah bawah. Jantungnya berdebar hebat apabila melihat Syed Azrief dan Mia Adriana berada di bawah. Dia menyorokkan sendiri di tepi dinding. Dia mendengar perbualan Syed Azrief dan Mia Adriana.

"asal you balik sini? kenapa tak duduk je dekat Pahang tu sampai bila-bila"tanya Syed Azrief mendatar.

"you tak suka ke i balik sini jumpa you? I minta maaf lah i tinggalkan you dulu"kata Mia Adriana lembut. Rambut Syed Azrief diusap lembut.

"tak payah nak cerita benda lama lah Mia i bosan dengar"kata Syed Azrief lalu dia menjeling ke arah Mia Adriana.

"i tahu i salah dulu i curang dengan you tapi tu dulu sekarang i nak mulakan kehidupan yang baru dengan you"kata Mia Adriana manja.

Syed Azrief hanya berdiam tanpa mengeluarkan sepatah suara. Nak mulakan kehidupan yang baru apa dengannya sedangkan dia sudah menjadi suami Ayra Amani sah.

"yes tu salah you. You rasa i boleh ke terima perempuan yang curang dengan i ni?"kata Syed Azrief sinis.

"tapi you masih cintakan i macam dulu kan? I tahu you takkan boleh lupakan i sebab kita dah pernah..."kata Mia Adriana terhenti apabila Syed Azrief menutup mulut Mia Adriana.

Mia Adriana hanya tersenyum senang apabila melihat wajah Syed Azrief berubah. Dia pasti Syed Azrief takkan dapat lupakan dia.

"stop it lah Mia. Yang tu bukan salah i sorang tapi you pun salah dalam hal tu"kata Syed Azrief mendatar.

"yes i pun salah tapi kalau you tak makan dengan godaan i semua ni takkan berlaku lah Rief"kata Mia Adriana ditepi telinga Syed Azrief.

Dada Syed Azrief sudah naik turun. Dia terus menolak tubuh Mia Adriana yang dekat dengannya dan dia terus pergi dari situ.

Jantung Ayra Amani berdebar selepas sahaja mendengar perbualan Syed Azrief dan Mia Adriana sebentar tadi. Jadinya Syed Azrief dan Mia Adriana pernah bercinta. Dari apa yang dia dengar Syed Azrief dan Mia Adriana pernah melakukan sesuatu. Tiba-tiba sahaja otak Ayra Amani terfikirkan satu perkara. Cepat-cepat dia menggeleng kepala.

"eh takkan betul pula"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala. Dia mengibas mukanya dengan tudung. Tiba-tiba sahaja jadi panas seluruh badan.

Hatinya meremuk apabila mendapat tahu yang Syed Azrief pernah ada hubungan dengan Mia Adriana iaitu sepupunya sendiri. Dia yakin sekarang yang dia telah menyukai suaminya sendiri dalam diam.

Hampir berapa minit dia berada di tandas kerana mahu mendengar perbualan Syed Azrief dan Mia Adriana dia terus melangkah ke kelasnya semula.

SYED Azrief hairan dengan Ayra Amani. Balik sahaja sekolah gadis itu terus menuju masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan dirinya. Dia perasan dari dalam kelas lagi. Ayra Amani bagai mengelakkan dirinya daripada dia contohnya tadi dia mengajak Ayra Amani untuk pulang sekali dengan selambanya Ayra Amani buat tidak tahu dan dia rela berjalan kaki sudah lah panas terik.

"aku ada buat salah ke?"tanya Syed Azrief pada dirinya sendiri.

"kena sampuk agaknya minah tu"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala. Baju sukan terus dia cabut dan membaling ke atas sofa.

"baru nak buli dia suruh buatkan aku air"kata Syed Azrief lalu dia mengeluh.

Selesai sahaja mandi terus Ayra Amani turun dari tingkat atas dia melihat Syed Azrief sedang bersantai di sofa sambil menonton cerita di Netflix. Dia hanya menggeleng kepala lalu dia melangkah ke dapur dan mengeluarkan kentang dan nugget di dalam peti sejuk.

"weh aku lapar!"jerit Syed Azrief sebaik sahaja melihat Ayra Amani di dapur.

"sabar lah sikit gila aku nak masak lah ni"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Pantang nampak orang dekat dapur ada saja je nak suruh buat itu buat ini.

"masak? tak meletop ke nanti dapur aku?"usik Syed Azrief sambil ketawa.

"aku guna airfryer lah!"kata Ayra Amani geram lalu dia menghentak kaki. Tahu lah dia tak pandai masak tapi tak payah lah nak mengejek begitu.

Syed Azrief ketawa suka apabila dia mendengar Ayra Amani menghentak kaki tanda geram. Comel sungguh gadis itu buat perangai seperti kanak-kanak merajuk bila tak dapat beli sesuatu yang mereka mahu.

Sementara menunggu kentang goreng dan nugget masak di dalam airfryer Ayra Amani menuju ke ruang tamu sambil membawa sepotong kek yang dibeli oleh Hariz semalam.

"kau apahal mood tak baik dari sekolah lagi?"tanya Syed Azrief ingin tahu.

"mana ada aku okay jelah"kata Ayra Amani tenang.

"tipu aku nampak kau dekat sekolah mengelak je dari aku tu kenapa?"tanya Syed Azrief sambil menjongket kening.

"oh tu kan hobi aku berjalan merata-rata tak boleh duduk diam"kata Ayra Amani selamba.

"tak Ayra Amani yang aku kenal dia seorang yang pemalas bab berjalan ni. Dia lebih rela jadi kematu dari tak pergi mana-mana kan"kata Syed Azrief.

Ayra Amani meneguk air liurnya apabila Syed Azrief berkata begitu. Maknanya lelaki dari tadi memerhatikan dirinya? Memang betul pun dia mengelak dari Syed Azrief kerana pasal perbualan itu tadi.

"bosan lah asyik duduk je biar lah berjalan sikit kan"kata Ayra Amani sambil tersenyum.

Syed Azrief hanya diam. Dia tahu Ayra Amani sedang menipu dirinya tetapi entah kenapa dia dapat rasa yang Ayra Amani tahu sesuatu. Dia cuba memandang wajah Ayra Amani sekali lagi tetapi Ayra Amani hanya berlagak tenang seperti tiada apa berlaku.

"kau tipu kan"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"mana ada aku tipu! Aku okay lah kau tu yang kenapa?"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief.

Ting

Bunyi airfryer menandakan sudah masak cepat-cepat Ayra Amani bangun dan berlari ke dapur. Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Pandai nak lari dari masalah untung bunyi airfryer kalau tak dia akan jadi polis pencen tanya macam-macam soalan.

"Azrief hitam!"jerit Ayra Amani di dapur.

Terus Syed Azrief bangun dan berlari ke dapur. Terkejut dia melihat kentang dan nugget jadi hitam. Syed Azrief melihat suhu yang ditetapkan oleh Ayra Amani terus dia mengetuk kepala gadis itu.

"aduh sakit lah"kata Ayra Amani sambil mengosok kepalanya.

"bangang apa kau ni letak suhu tinggi macam mana tak hitam legam benda ni"kata Syed Azrief sambil mencekak pinggang.

"weh aku lupa nak tukar"kata Ayra Amani lalu dia ketawa.

"itu lah buat kerja kelam kabut kan. Habistu ni yang hitam legam ni siapa nak makan? Kau makan lah sorang"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"tak nak! tak sedap!"kata Ayra Amani sambil mencebikkan bibirnya.

"tu lah siapa suruh cuai sangat. Ni nak makan apa pun tak tahu"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"jom pergi rumah mummy lah"ajak Ayra Amani. Nugget dan kentang di buang di dalam tong sampah.

"pergi rumah mummy sebab nak makan je?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"haah lah aku lapar ni"kata Ayra Amani lalu dia keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas.

"tu lah orang tak pernah masuk dapur. Ni tak pasal-pasal kena pergi rumah lain pula nak makan"kata Syed Azrief seorang diri. Dia melihat kentang dan nugget di dalam tong sampah. Kesian mereka ini semua salah Ayra Amani dasar perempuan tak pandai masak!


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

222K 7.3K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
33K 994 30
Haraaz Mateen vs Haura inara love 💕
99.6K 4.6K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
241K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...