Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 17

4.7K 167 13
By itsmenurfa

AMEER memandang Hariz, Hariz memandang Hariz. Mata mereka memandang ke arah Syed Azrief yang sedang menghisap rokok itu. Ini pelik datang sekolah awal. Demam ke? Melihat lelaki itu hanya diam mereka tidak berani nak menyoal banyak risau kena sembur dengan api je kejap lagi ni. Lebih baik diam je.

"kau okay tak Rief?"tanya Hariz teragak-agak.

Syed Azrief hanya membalas dengan anggukan sahaja. Dia betul-betul tiada mood harini.

"betul ni kau okay?"tanya Ameer ingin kepastian.

Dia memberikan pandangan tajam ke arah dua kawannya itu. Dia pasti mereka berdua dapat mensyaki perubahan dirinya tapi tak berani nak menyoal takut dia menyinga.

"kau nak tanya apa sebenarnya?"tanya Syed Azrief lalu putung rokok dilempar sesuka hati.

"erk...tadi pagi aku terserempak dengan Ayra jalan kaki sorang-sorang gelap pula tu. Korang gaduh ke?"tanya Ameer setelah menyusun ayatnya.

Syed Azrief hanya diam tidak mahu menjawab. Gaduh atau tidak itu urusan mereka. Dia tak terkejut pun bangun pagi gadis itu sudah hilang dari radar. Ikut suka lah nak kemana pun dia kisah apa jangan menyusahkan dia sudah. Itu dia tak berkenan.

"tak okay je"

"habistu kenapa Ayra keluar awal pagi jalan kaki sorang-sorang. Dah lah jalan keluar rumah kau tu banyak penyangak buatnya jadi apa-apa macam mana. Bahaya tu Rief"kata Ameer lagi.

"dia pandai keluar pandai jaga diri"

Mendengarkan itu mereka berdua sudah faham. Sah bergaduh ni. Bergaduh tentang apa tidak tahu. Patutlah monyok je muka tu tak senyum langsung. Gaduh rupanya.

Hal rumah tangganya biarlah mereka berdua sahaja tahu bergaduh atas sebab apa. Tidak perlulah bawa orang luar mendengar masalah rumah tangga mereka. Dia tidak suka. Kawan pun boleh jadi makan kawan lebih baik diam dan selesaikan sendiri. Kalau boleh selesai lah.

"nak masuk kelas tak?"tanya Hariz setelah 1 jam lebih mereka berada di rooftop nasib ada bumbung kalau tidak hangit juga lah.

"pergi lah kalau kau nak"

Ameer dan Hariz terdiam. Masuk pun bukan belajar. Guru sains mereka tidak hadir dengar kata kelas mereka tiga waktu tiada cikgu relief jadi kalau masuk kelas tetap tak belajar.

"AYRA kau ada masalah ke?"tanya Rania sambil memegang bahu gadis itu.

"huh? Aku okay jalah awat aku nampak tak okay ka?"

"haah nampak macam tengah ada masalah je"

Ayra Amani hanya senyum tawar. Memang tengah ada masalah sekarang ni. Masalah hati, masalah rumah tangga semua masalah ada. Tapi dia tak berapa gemar memberitahu masalahnya kepada orang. Dia lebih suka pendam sampai menjerut diri.

"hampa toksah risau lah aku okay jalah. Tengah stress nak jawab soalan ni susah betul lah"kata Ayra Amani pura-pura membelek soalan itu.

Padahal semalam dia sudah buat latihan matematik ini. Bila otaknya memikirkan hal lain dia terus terlupa. Itulah perangainya.

"senang jalah Ayra sini aku ajar kau"tawar Rania ikhlas.

Ayra Amani hanya tersenyum. Bukan dia fikir sangat pun dengan soalan matematik ni dia lebih memikirkan tentang hal lain. Rania mula bercakap tapi satu pun tak masuk ke telinganya. Matanya hanya memerhati tingkah laku Rania seolah-olah sedang memahami padahal tidak. Satu pun tak faham.

"sekarang ni kau faham tak?"tanya Rania sekali lagi.

"haa faham dah. Thank Rania ajar aku"

Rania hanya mengangguk kepala sambil senyum. Dia kembali duduk ditempatnya. Kerusi disebelah dipandang. Memang taknak masuk kelas ke macam mana? Atau sudah benci mahu melihat wajahnya? Huh bukan salah dia pun. Itu pun mengamuk macam apa dah. Menyampah sungguh.

SUDAH tiba waktu rehat tiga lelaki itu masih tidak kelihatan lagi. Memang setia benar dua rakannya itu. Ketua tak masuk mereka sekali tak masuk kelas. Nasib baik lah tak ada cikgu langsung masuk. Kalau ada cikgu pun cikgu pun malas dah nak hiraukan mereka seakan-akan sudah faham dengan perangai anak muridnya itu.

Ayra Amani melangkah ke meja kosong untuk duduk sementara menunggu Rania dan Melissa membeli makanan di kantin. Dia malas mahu ikut jadi dia ambil keputusan untuk duduk disini.

"weh korang dengar tak Azrief bergaduh dengan Hafiy tadi?"

Mendengarkan nama Syed Azrief disebut Ayra Amani terus memasang telinga. Bergaduh? Dengan Hafiy? Siapa tu tak kenal pun.

"lah gaduh kenapa pula? Diorang ni memang tak pernah nak baik kan pantang jumpa je bergaduh lah, bertumbuk lah"kata salah seorang perempuan dari lima itu.

"Hafiy tu musuh Azrief sejak dulu lagi. Dengar kata diorang bergaduh sebab ex Azrief si Fatin tu"

Fatin? Ya dia pernah tahu cerita ini. Melissa dan Rania pernah cerita tentang Fatin iaitu bekas teman wanita Syed Azrief. Katanya gadis itu sudah lama pindah sekolah untuk apa bergaduh sebab gadis itu lagi. Pelik.

"Azrief tu sayang gila dekat Fatin tu. Tahu-tahu Fatin tu curang dengan dia pergi bercinta dengan Hafiy pula nak tak hangat si Azrief tu. Tadi diorang bergaduh pun sebab Hafiy dapat tahu Azrief ada chat Fatin. Mengamuk lah Hafiy tu. Dia takut Azrief tackle Fatin balik lah tu"

"Azrief tu kalau sayang, sayang sungguh. Dia treat Fatin macam queen kot. Apa Fatin nak semua dia bagi. Ingat lagi masa hari jadi Fatin, Azrief buat suprise dekat Melaka kot. Bawa pusing naik cruise. Sweet gila diorang tu"

Sampai situ sahaja Ayra Amani dapat mendengar kerana mereka sudah beransur pergi. Patutlah semalam beria-ria luah rupanya masih ada nama gadis itu dalam hati dia. Dia tak kisah pun malah tak pernah kisah. Ikut suka lah nak cinta nak sayang siapa pun. Dia hanyalah perempuan yang berkahwin demi arwah ibu bapanya. Apa nak jadi lepas ini dia tidak tahu. Sama ada kekal atau tidak. Alamatnya jadi janda berhias lah dia nanti.

"weh asal muka kau macam tu? Tekun sangat"sergah Melissa yang baru sampai.

"eh tak ada apa aih. Lamanya hampa pi ingat pi tolong jual barang kat kiosk sekali"

"mulut kau. Ramai orang nak beli roti tadi. Nah aku belikan kau roti ikan bilis kau okay kan?"kata Rania lalu meletakkan roti ikan bilis dihadapan Ayra Amani.

Ayra Amani mengangguk kepala. Kata tak hairan tapi kenapa dia masih fikirannya hal itu ya? Aduh tolong lah lumpuhkan ingatannya. Dia tak mahu ingat lagi tentang itu semua. Buang masa.

"sah kau kena sampuk ni Ayra"

"mana adalah!"

Melissa dan Rania berpandangan. Macam mana mereka tak fikir gadis itu kena sampuk. Tiba geleng kepala lepastu buat wajah marah. Okay ke tak okay ni? Risau pula mereka dengan gadis itu.

"dah makan"

Ayra Amani mengoyak plastik roti sebelum menggigit sedikit. Nak makan pun tak selera. Dia benci dirinya yang ini. Suka fikir hal orang.

"SIAL"

Bukk

Terlepas satu tumbukan diwajah Hafiy. Sudah lama dia pendam nak penumbuk jantan tak guna ini. Memang cari pasal dengan dia. Sudah lah hari ini moodnya tak berapa nak elok cari pasal memang makan penumbuk lah. Kenyang seminggu. Dua kali penumbuk kenyang dua minggu.

"kau yang sial Rief. Kau chat Fatin!"kata Hafiy geram.

Tidak hiraukan lagi hidungnya yang mengalir darah itu. Tiada siapa pun berani nak halang pergaduhan itu. Ameer dan Hariz pun hanya diam disebelah. Bagi mereka itu urusan dua makhluk itu bukan mereka. Mereka tidak masuk campur.

"kau tanya tak Fatin aku ke dia yang chat dulu? Jangan nak cemburu buta lah bodoh"

"aku ada bukti kau yang chat Fatin dulu. Korang flirt dalam chat. Masih nak buktikan kau tak bersalah lagi?"kata Hafiy dengan senyuman sinis.

Syed Azrief meraup rambutnya ke belakang. Serabut! Padahal Fatin yang chat dia dulu. Luah macam-macam. Pada mulanya dia malas nak layan sebab mereka bukan ada apa-apa hubungan lagi. Nak-nak pula Fatin tu dah jadi awek musuh dia. Benci, menyampah semua ada. Makin lama makin ramah pula mereka membalas chat. Fatin sendiri yang hantar chat flirt bukan dia.

Bila dah kantoi tunjuk macam dia yang mulakan dulu. Argh sial betul! Tak guna!

"kau bodoh sebab tu Fatin cari aku balik. Kau tak boleh bahagiakan dia macam aku bahagiakan dia. Dia cepat bosan jadi aku rasa dia dah bosan nak hidup semati dengan kau sebab tu dia cari aku balik"balas Syed Azrief sinis.

Hafiy sudah mengepal penumbuk. Ada yang bersepai gigi juga ni.

"tak guna kau Rief!"

Akhirnya penumbuk Hafiy melekat juga diwajah putih Syed Azrief. Tergeleng kepala ketepi kerana tidak bersedia menerima tumbukan lelaki itu. Tak guna main kasar. Cacat wajah kacaknya.

Baru sahaja Syed Azrief mahu mengangkat tangan membalas tumbukan tangannya dihalang oleh Ameer dan Hariz. Kau tumbuk aku, aku tumbuk kau kang ada juga yang mati dekat sekolah ni. Masing-masing bibir berdarah, hidung berdarah.

"cukup jangan disebabkan perempuan korang nak bertumbuk macam orang bodoh"kata Ameer dengan mendatar.

Syed Azrief ketawa sinis. Tangannya mengelap bibir yang berdarah itu. Siapa yang cari pasal dulu? Dia atau Hafiy? Tengah elok hisap rokok datang dari ceruk mana tiba-tiba cekak bajunya ajak gaduh. Bila dah gaduh tumbuk sikit mula lah kau tumbuk aku, aku tumbuk kau semula.

"lagi sekali aku dapat tahu kau contact balik dengan Fatin jangan sampai apa yang kau ada sekarang ni aku akan rampas. Maksud aku bakal awek kau"kata Hafiy dengan sinis lalu bangun dari duduk.

Bayang Hafiy sudah hilang Syed Azrief menyepak kerusi yang dia duduki tadi. Berkecai kerusi kayu itu disepak kuat oleh Syed Azrief.

"apa ni Rief kau kata kau taknak ada apa-apa lagi dengan Fatin"kata Hariz lalu mengeluh.

"aku memang tak ada apa-apa dah dengan Fatin. Fatin yang cari aku chat aku luah macam-macam. Dia kata dia gaduh dengan jantan tu. Aku layankan jelah tak tahu pula dia fitnah aku kata aku yang flirt dulu dengan dia padahal dia yang flirt dulu. Argh sial betul!"

Ameer dan Hariz terdiam. Entah betul ke tidak mereka tak tahu lah. Memandangkan Fatin itu adalah first love Syed Azrief jadi nak percaya itu susah. Orang selalu kata first love ni susah nak dilupakan. Bukan mereka tidak tahu lelaki itu masih harapkan gadis itu kembali padanya walaupun sudah berkahwin.

"pastu bibir kau macam mana sekarang ni? Kalau tak tuam ni mau bengkak. Balik nanti mesti kau kena bising punya"kata Ameer seakan sudah faham.

"pergi beli ais"arah Syed Azrief lalu memegang bibirnya yang terasa kebas itu.

"kau beli Riz"kata Ameer kepada Hariz.

"apa pula aku kau lah"

Mula lah adegan tolak menolak disitu.

"kalau nak gaduh depan aku baik blah. Aku tak ada mood nak layan korang gaduh"

Syed Azrief terus berlalu pergi. Mahu ke kantin beli ais. Kalau lambat tuam ni memang bengkak teruk lah bibirnya. Balik ni mesti bising satu rumah. Macam-macam masalah yang ada sekarang ni. Menyerabutkan!

"kau lah ni"kata Ameer lalu menolak bahu Hariz.

"kau yang mula dulu. Mamat tu kalau marah macam nak telan orang"kutuk Hariz setelah bayang Syed Azrief sudah menjauh.

"berani lah kau kutuk dia bila dia dah blah"

"kang aku pula lebam dekat mata kau nak tanggung?"

Sudah faham dengan perangai Syed Azrief itu. Kalau marah habis semua orang dia nak ajak gaduh. Silap cakap sikit ke memang penumbuk makannya. Ini semua gara-gara Fatin kerana Fatin lah lelaki itu berubah. Berubah jadi jahat bukan jadi baik.

TAMAT sahaja waktu sekolah Ayra Amani menunggu di bustop. Tadi pagi Fareez sudah berjanji mahu mengambilnya dari sekolah. Katanya kelasnya habis awal jadi dia menawarkan diri mahu mengambilnya dari sekolah. Syukur tak perlu balik jalan kaki hari ini. Sudah lah panas terik.

Hampir 10 minit menunggu bayang kereta abangnya itu masih tidak kelihatan. Takkan lupa pula? Tadi siapa yang pandai berjanji? Nak telefon tapi tak bawa telefon. Nak call guna public phone tapi tak ada syiling. Itu lah bila bergaduh masing-masing bual hal sendiri.

Disaat akhir kelas baru lah nampak bayang lelaki itu masuk ke dalam kelas. Dia tidak terkejut melihat bibir yang lebam itu kerana sudah mendengar cerita. Di dalam kelas pun mereka hanya diam tanpa berbual. Dia masih terasa dengan kata-kata lelaki itu. Biadap! Cakap tak pakai otak. Tak boleh jaga hati perempuan langsung.

Selesai sahaja kelas terus lelaki itu keluar tanpa berkata apa-apa. Apa yang diharap lelaki itu akan bercakap dengannya seperti.

"balik dengan aku"

Atau

"tunggu aku dekat bustop"

Tapi semua itu hampeh. Bercakap pun tidak terus keluar kelas. Ikut suka hati lah. Cakap buat hal masing-masing kan jadi terima lah. Dia pun tak usah pening-pening kepala nak kena minta izin bagai. Kolot sangat zaman sekarang kalau keluar nak kena minta izin suami. Keluar jelah dah suami awal-awal lagi dah bagi greenlight kan.

Setelah sekian lama menunggu akhrinya sebuah kereta Audi berwarna putih tiba. Fareez menurunkan cermin lalu memberikan senyuman manis kepada adiknya yang berwajah monyok itu. Nak buat macam mana dia boleh pula terlupa nak ambil adiknya seorang ini.

"lambat"balas Ayra Amani sambil menjeling.

"sorry lah adik abang. Abang boleh pula terlupa nak ambil. Ni nasib ingat"kata Fareez ingin memujuk.

Ayra Amani hanya menjeling. Sebenarnya dia tak adalah marah pun. Sudah biasa menunggu orang. Itu pun kira untung dulu Fareez menjadi driver mahu ambil dan hantarnya ke sekolah dulu. Lambat ke cepat dua-dua dia terima.

"tadi abang selisih dengan Azrief ingat Ayra balik dengan dia tadi. Nasib dia sorang kalau tak memang nak marah"

"oh tak aih. Dia ada hal"

"hal? Hal apa?"balas Fareez dengan dahi berkerut.

"tak tau kat dia"

Fareez memandang gadis itu tidak percaya. Faleeq sempat menceritakan serba sedikit perangai adik mereka hari ini. Betul kata abangnya gadis itu nampak seperti menyimpan sesuatu tapi taknak luahkan benda itu.

"hal apanya korang satu sekolah tahu asal tak balik sekali je?"

"abang tak ikhlas ka ambil Ayra ni? Awat tanya banyak sangat ni? Kalau tak ikhlas tak apalah Ayra boleh balik sendiri ja"kata Ayra Amani berkecil hati.

Mana taknya banyak sungguh mulut abangnya ini. Dah nama pun gaduh takkan dia nak panjat belakang lelaki itu. Kalau bergaduh ni pandang muka pun tak nak. Rasa geram, marah, menyampah semua ada.

"eh tak jangan lah kata macam tu. Nak abang hantar balik rumah mertua Ayra ke?"

"takmau. Nak balik rumah mummy rindu masakan mummy"

Fareez hanya mengangguk lalu menukar gear. Kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Ayra Amani membuang pandangan ke arah luar. Kalau balik rumah mesti mereka akan berjumpa. Bila berjumpa mesti rasa awkward tak tahu nak cakap apa. Apa ingat lelaki je ke boleh ada ego tinggi? Perempuan pun boleh lah.

Dia pula kalau marahkan seseorang itu. Dia tidak mahu lihat muka, dengar suara orang itu. Dia rasa menyampah dan geram. Macam kes Syed Azrief pula dia rasa nak penampar sahaja wajah putih itu. Mulut tak ada insurans! Kurang ajar jadi lelaki tak pandai jaga hati perempuan. Kalau tak suka tapi tak payah lah nak pijak maruahnya sebagai perempuan.

Lantak lah dia sudah tidak peduli. Dia nak balik malam ke apa bukan ada yang peduli pun akan dirinya. Kalau peduli pun mesti ibu bapa mertuanya. Mesti mereka risau dia tak ada di rumah. Tak apa balik nanti dia akan jelaskan kepada mereka tapi bukan tentang masalah mereka lah.

Baru sahaja kahwin sekarang dia rasa menyesal dengan keputusannya dulu. Kalau lah dia menolak cadangan untuk berkahwin ini mesti dia tak sakit hati macam sekarang kan. Tengok sekarang hatinya sakit gara-gara kata lelaki itu.

"prince charming Ayra takkan sampai tepi tingkap jadi jangan nak berangan"usik Fareez apabila melihat gadis itu leka memandang luar.

"biar pi lah berangan tu kan free. Mana nak tau ada mana-mana lelaki nak mengorat Ayra ka"

"berangan tu memang free tapi kena sedar diri ye dik. Awak tu dah jadi isteri orang mananya nak laku"

"ish abang ni!"

Lengan Fareez ditampar kuat. Geram betul dengan mulut abangnya seorang ini. Biar lah dia nak berangan prince charming sekali pun. Dia mahukan sosok lelaki yang boleh menjaga, melindungi dirinya yang boleh menerima dirinya seadanya. Bukan macam sekarang ni. Tak dihargai langsung. Buang masa adalah.

"Ayra kalau ada apa-apa masalah bawa berbincang jangan gaduh"kata Fareez dengan suara mula serius.

"gaduh apa baik ja"

"jangan tipu. Abang tahu tapi abang tak nak tahu korang gaduh tentang apa. Satu je nasihat abang. Bertolak ansur"

Ayra Amani mengeluh. Abangnya takkan faham. Ini bukan soal bertolak ansur. Tapi ini soal dirinya dipersalahkan lalu mula lah mengungkit hal yang lama. Hati perempuan mana tak sakit? Cuba cakap. Tak kena tak tahu.

"faham tak ni?"

Perlahan-lahan Ayra Amani mengangguk kepala. Apa-apa pun dia takkan minta maaf kepada lelaki itu. Bukan salah dia tapi salah lelaki itu yang menuduhnya tanpa usul periksa. Asyik perempuan je kena minta maaf padahal bukan salah mereka. Memang tak adil.

"abang, Ayra rasa menyesal lah kahwin"

"huh"balas Fareez terkejut.

"Ayra rasa Ayra masih tak layak nak pegang status isteri orang ni. Ayra tak mampu nak buat macam mana isteri orang lain buat. Ayra rasa terseksa sangat"

"sabar Ayra. Pekahwinan ni bukan untuk sementara tapi untuk selamanya jadi kunci rumah tangga bahagia adalah bersabar. Doa banyak-banyak kepada Allah supaya rumah tangga aman bahagia. Jangan fikir macam tu. Jodoh Allah dan tentukan dan jodoh Ayra sekarang Azrief jadi terima jangan persoalkan"

Ayra Amani mengangguk kepala. Tapi pekahwinan mereka ini takkan bertahan lama. Semalam lelaki itu sudah pun beritahu yang perkahwinan ini hanyalah sementara. Kalau dia sahaja pertahankan rumah tangga ini ingat nak berjaya ke? Dia je nak kena try hard takkan berjaya punya.

"abang tahu adik abang kuat. Kami semua ada untuk Ayra. Ayra tak salah buat keputusan cuma Ayra masih keliru. Jangan fikir bukan-bukan. Dah sampai masa Ayra sekarang ni. Perkataan menyesal jangan ada dalam perkahwinan"

"abang jangan beritahu sapa-sapa tau"

"jangan risau abang tak adalah celopar sangat"

"mana lah tau abang tu bukan boleh. Dalam dok kata rahsia satgi dia cerita kat orang lain pula"

Dia kenal sangat dengan perangai abangnya itu. Celopar orangnya. Kata rahsia tau-tau satu rumah tahu. Memang mulut tempayan sungguh! Harap je lelaki.

"percaya lah walaupun abang macam ni tapi abang pandai simpan rahsia tau. Rahsia crushAyra dulu pun abang diam-diam je"

"abang diam lah! Toksah dok buka cerita tu geli lah"kata Ayra Amani tidak mahu.

Sumpah geli. Cerita tentang crushnya dulu memang menggelikan. Dulu dia agak bodoh. Kalau suka terus confess. Bila dah confess crushnya itu beritahu yang dia tidak sukakan Ayra kerana dia mahu menumpukan pelajaran. Waktu itu mereka baru sahaja masuk ke tingkatan satu nak pula mereka sekolah tidak sama.

Tahu-tahu crushnya itu ada perempuan lain sekolah yang sama. Hancur hatinya ketika itu. Hanya Allah je tahu. Itu kali pertama hatinya hancur akibat lelaki. Dia sukakan lelaki itu tapi apakan daya lelaki itu hanya menganggap dirinya hanya sebagai kawan. Walaupun lelaki itu paling nerd di sekolah dia tetap suka. Entah apa yang dia nampak dari lelaki itu pun tak tahu lah. Kata kawan-kawannya dulu nerd sangat. Hanya dimatanya sahaja lelaki itu nampak kacak. Geli bukan?

"kalau lah Nik Raziq tu tengok Ayra sekarang mesti dia menyesal kan reject Ayra dulu. Ayra dulu gemuk tapi tengok sekarang bukan main slim lagi putih melepak macam anak mat saleh"

"abang sudah lah. Geli lah dengar"

Fareez ketawa suka. Suka melihat wajah malu adiknya itu. Cerita ini bukan hanya dia sahaja yang tahu tapi Faleeq pun tahu. Puas gadis itu menangis kerana cintanya ditolak oleh Nik Raziq. Katanya dia tak jumpa lagi mana-mana lelaki berperangai yang sama seperti Nik Raziq. Nak kata kacak tu tidak lah memang nampak nerd dengan rambut tutup sampai mata. Ingat oppa Korea ke?

"dimanalah kamu Nik Raziqku"usik Fareez lagi.

Geram dengan usikan abangnya itu Ayra Amani terus mencubit lengan abangnya. Tak habis-habis nak mengusiknya. Dia malu tahu tak bila hal dulu diungkit semula. Masa tu dia masih budak mentah. Tak faham apa itu erti cinta sekarang dia dah dewasa dia sudah faham.

Faham sangat sampai dah boleh kahwin tanpa rela hati. Lagi-lagi dengan lelaki yang menyakitkan hatinya itu. Harap muka je kacak tapi mulut puaka! Pergi kau dari hidupku!


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

241K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
64.6K 2.9K 77
AAYAN FARHAN X QAISARA AMANI Mereka merupakan sahabat dari bangku sekolah lagi . AAYAN FARHAN - Aku suka akan Ariana. Aku betul-betul nak jadikan di...
221K 7.2K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
188K 7.1K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...