Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 13

5.1K 164 5
By itsmenurfa

AYRA Amani memeluk tubuh tok dan anyah silih berganti. Berat hatinya mahu meninggalkan dua wanita tua itu lagi. Seminggu baginya tidak cukup kalau boleh nak tinggal sini lagi lama tapi apakan daya minggu depan sudah mula sekolah. Nak buat macam mana sekolah lebih penting.

"jaga diri baik-baik Ayra"kata tok sambil mengesat air mata.

"tok dengan anyah pun jaga diri baik-baik kalau ada apa-apa telefon Ayra naih jangan diam ja"

Tok dan anyah mengangguk kepala. Rindu mereka terhadap gadis itu belum cukup. Seminggu sahaja belum cukup untuk meluangkan masa dengan gadis itu.

Syed Azrief selesai meletakkan luggage mereka di dalam bonet kereta lalu dia menghampiri Ayra Amani yang berpelukan dengan Puan Aisya itu. Peluk macam tak nak lepas. Muka macam tak nak balik pun ya.

"tok, anyah terima kasih layan saya baik selama seminggu ni. Seronok dapat duduk sini kalau boleh nak duduk lagi lama"kata Syed Azrief pula.

"tak apa tok dengan anyah faham hampa dua sekolah lagi. Nanti cuti sekolah balik lah mai sini naih. Maaf haritu hang terpaksa tengok pergaduhan kat kenduri"

"tak apa tok benda pun dah jadi. Insha Allah nanti raya kami balik raya sini dengan tok dan anyah"janji Syed Azrief.

Mata Ayra Amani memandang Syed Azrief. Pandai-pandai je janji buatnya tak dapat balik beraya disini tak ke tok dan anyahnya sedih. Jangan lah janji dulu nak raya lambat lagi ni.

"Alhamdulilah. Ayra tok nak pesan. Hang dah jadi bini orang lani. Jaga makan, pakai laki hang jangan hang abaikan keperluan dia. Hormat dia sebagai suami nak kemana-mana minta izin dia dulu. Dia tak bagi hang tak buat apa. Faham tak lani?"

"ya tok Ayra faham aih. Ada apa-apa lagi ka nak pesan sebelum balik ni?"

"ada"

Kini mata Ayra Amani beralih ke arah Puan Aisya.

"jaga diri, makan on time ingat hang tu ada gastrik teruk. Ubat jangan lupa makan kalau sakit"

"baik anyah semua pesanan tok dengan anyah dah masuk dalam kepala Ayra"

Syed Azrief tersenyum disebelah. Sayang sungguh dua wanita tua itu dengan Ayra Amani. Bermacam pesanan mereka beri kepada gadis itu. Walaupun gadis itu tidak pernah merasakan kasih sayang ibu bapa tapi gadis itu mendapat kasih sayang yang secukupnya dari tok dan anyah. Gadis itu membesar dengan baik sekali atas didikan dua wanita tua itu.

"kami gerak dulu ya"kata Syed Azrief lalu menghulurkan tangan untuk menyalam dengan tok lalu beralih ke arah Puan Aisya pula.

Ayra Amani melambai tangan dengan wajah sedih. Sedihnya dah nak balik rasa tak cukup dengan seminggu dia nak lebih lagi. Dia sudah terbiasa tidur di kampung balik ni nanti mesti dia tak boleh tidur sebab berubah tempat tidur lagi.

"bye"ucap Ayra Amani sambil melambai tangan.

Kereta mula bergerak meninggalkan rumah itu. Tiba-tiba rasa seperti mahu menangis lagi.

"jangan menangis aku tak suka"

Automatik air mata Ayra Amani tidak jadi mengalir. Spoil betul lah mamat ni. Orang baru nak sedih-sedih tinggalkan kampung. Sengaja potong mood!

"nak singgah mana-mana dulu tak?"tanya Syed Azrief yang sedang memandu itu.

"tak tau awat hang nak singgah mana?"tanya Ayra Amani semula.

"awal lagi ni aku nak singgah Padang Kota pekena pasembor sedap juga makan ni"

Jam di skrin kereta dipandang. Baru pukul 1 petang nak makan pasembor? Kena ke? Waktu begini orang lain cari nasi campur mahupun nasi kandar tapi lelaki itu nak makan pasembor? Wah lain dari lain ni.

"ikut hang lah"balas Ayra Amani lalu memandang ke arah luar.

Radio dibuka untuk menghilangkan rasa bosan memandu nanti. Dia membiarkan gadis itu melayan perasan memandang luar. Entah apa lagi yang gadis itu fikir apa pun tak tahu. Dia pun tiada hati nak bertanya. Kalau beritahu dia dengar, tak beritahu dia takkan tanya. Itu prinsipnya.

Dari Bukit Mertajam nak ke sebelah pulau mengambil masa dalam 45 minit termasuk kesesakan. Banyak sungguh kereta di Penang itu. Walhal hari ini hari kerja tapi kereta bukan main banyak atas jalan ni. Bila lambat sikit bergerak mula lah kereta lain nak hon. Sejenis kalut ke macam mana ni?

Di sini memang susah nak dapatkan parking. Berkali-kali juga lah mereka berpusing semata-mata nak cari tempat kosong. Syed Azrief masih sabar lagi mencari walaupun dia tidaklah sesabar mana pun baran juga lah semua tempat penuh. Akhirnya keluar pun sebuah kereta dengan pantas Syed Azrief mengundur kereta muka hadapan.

"jom"ajak Syed Azrief sebaik sahaja kereta sudah terparking di dalam kotak.

Ayra Amani melepaskan seatbelt lalu keluar dari perut kereta. Malasnya nak berhimpit dengan orang ramai. Bukan dia tak perasan tadi ramai orang di dalam sana. Dia tidak suka akan orang ramai. Dia tidak selesa. Rasa macam anxietynya mula datang.

Ayra Amani mengikut langkah Syed Azrief dari belakang. Entah apa yang lelaki itu kalut pun tak tahu lah. Tak lari mana pun pasembor itu berjalan tu punya lah laju tahu lah kaki panjang macam galah.

"kau cari tempat aku pergi ambil makanan. Nak minum apa?"

"teh o ais ja"

Syed Azrief mengangguk kepala lalu melangkah ke arah barisan yang beratur itu. Nak makan pasembor pun kena beratur panjang ya. Memang orang Penang ini tak kerja gamaknya. Hari kerja baru pukul 2 petang tapi ramai macam hari cuti.

Ayra Amani mengambil tempat ditempat yang sedikit teduh. Matanya memandang ke arah lautan yang luas itu. Nyaman sekali dengan angin sepoi bahasa menyapa wajahnya. Sebab itu dia suka Penang sebab Penang ada laut yang indah. Bak kata orang tempat healing.

Syed Azrief meletakkan sepinggan penuh ke atas meja. Membulat mata Ayra Amani melihat. Wah banyak betul ni nak makan berdua je apasal penuh satu pinggan ni. Kalau tak habis kan rugi je mahal pula tu.

"aku dah order air nanti sampai lepastu aku order kerang bakar. Kau makan kan?"

"makan ja"

Seusai membaca bismillah mereka menjamu selera. Syed Azrief mengunyah dengan penuh nikmat. Memang betul-betul nikmat lah makan pasembor dengan air sepoi-sepoi bahasa.

Syed Azrief membuka kerang itu memudahkan gadis itu untuk makan. Ayra Amani dengan senang hati mengambil lalu dicicah dengan sos yang diberi. Sedap juga sebelum ini dia belum pernah rasa. Baru pertama kali.

"lepas ni nak balik terus ka?"tanya Ayra Amani yang sedang menyuap kerang itu.

"dah tu nak check in hotel pula ke?"

Ayra Amani diam tanpa membalas. Mula lah tu loyar buruk tak laku dia tu. Wah betul-betul nikmat ye makan dengan aircond percuma ni. Dapat pula view laut yang membiru itu. Memang cantik lah.

Hampir setengah jam mereka makan akhirnya mereka berdua bangun dari situ. Perut pun dah kenyang jadi mari lah balik ke pangkal jalan. Jauh lagi perjalanan mereka ini mungkin mengambil masa dalam 5 jam baru sampai ke KL. Sekarang pun sudah pukul 3 lebih kalau lewat ini mesti jalan sesak dengan orang pun nak balik kerja. Tak kuasa nak hadap jammed begitu.

ALHAMDULILAH mereka sudah pun sampai di rumah keluarga Syed Azrief setelah hampir 5 jam memandu tanpa henti. Mahu cepat sampai punya pasal tapi dekat pukul 9 malam baru mereka sampai ke rumah.

Lenguh badan memandu lama. Ikutkan hati nak naik je flight dari Penang ke KL tak payah susah-susah memandu lama. Dia bukan sejenis lelaki suka memandu kereta lama-lama. Setakat memandu pergi Genting boleh tahan lagi. Itu pun sebab dekat kalau jauh tak kuasa lah.

Syed Azrief menghalau Ayra Amani dari mengangkat barang-barang di bonet. Nak tunjuk dia suami mithali di depan keluarganya jadi biar lah dia mengangkat semuanya. Setakat luggage sorang satu apa ada hal biasa je semua ni. Ringan je kot lah letak anak gajah tak mampu lah nak angkat.

"Assalammualaikum mama"

Tangan ibu mertuanya disalam. Datin Suraya mengusap kepala menantunya. Mendengar sahaja enjin kereta cepat-cepat dia keluar. Baru tak jumpa anak menantu seminggu dia dah rindukan mereka. Alhamdulilah sampai juga mereka.

"Waalaikummusalam. Letih tak?"tanya Datin Suraya kepada Ayra Amani.

"letih lah juga"

"apahal mama tanya dia? Tanya lah Rief ni Rief yang drive dia sedap tidur je dekat sebelah"kata Syed Azrief tidak puas hati.

Kononnya tak nak tidur last-last terlentok sebaik sahaja mereka berada di atas jambatan. Sembang kencang betul lah gadis itu. Bayangkan lah tidur punya lah lama dari Penang sampai depan rumah baru terjaga. Bosan juga lah memandu seorang tanpa teman berbual. Dia keluar membeli air pun gadis itu tetap tidak terjaga. Betul-betul tidur mati.

"apa kata macam tu. Biar lah itu tugas lelaki jadi driver kepada perempuan"

"tak ada mama yang buat statement sendiri"

"ni mama tok ada bagi buah-buah dari kampung"kata Ayra Amani lalu menghulurkan beg plastik hitam kepada ibu mertuanya.

Datin Suraya membuka isi dalam. Matanya membulat. Wah ini semua buah kegemarannya.

"lah ni semua buah favourite mama nak-nak fresh dari kampung lagi seronok makan"kata Datin Suraya sambil senyum.

"lah yaka kalau tau tadi kait banyak buah rambutan kat mama"kata Ayra Amani pula.

"cukup lah ni makan banyak nanti sakit lain pula"

Ayra Amani tersenyum mendengar. Dia fikir ibu mertuanya ini tak suka jadi takut nak bawa balik banyak-banyak tapi tak tahu pula suka. Siap kata buah kegemarannya lagi.

"eh Ayra kenapa dua-dua mata merah?"tanya Datin Suraya yang perasan akan warna mata menantunya lain.

"huh?"tanya Ayra Amani tidak faham. Merah?

Syed Azrief menarik wajah Ayra Amani mendekat. Ya kedua-dua mata gadis itu merah.

"kau makan apa?"tanya Syed Azrief sambil memandang gadis itu.

"apa yang aku makan hang pun makan juga"

Jawapan dari gadis itu membuatkan dia berfikir. Ya benar apa dia makan gadis itu pun makan tapi apa ya? Pasembor dan kerang bakar itu je yang mereka makan. Semasa singgah rnr gadis itu hanya membeli kuih pau dan karipap itu sahaja.

"Ayra ada alergik dengan makanan apa-apa ke?"tanya Datin Suraya risau.

"tak tau lah mama"

"mama rasa Ayra ni ada alergik ni tu yang mata dia merah. Bawa pergi check klinik lah Rief"saran Datin Suraya. Risau pula melihat mata menantunya merah itu.

"eh toksah lah mama satgi dia okay lah. Cuma rasa gatal nak tonyoh mata ja"

"bahaya lah Ayra. Rief bawa Ayra pergi klinik Dr Chia. Buka lagi ni dia tutup pukul 10"

Syed Azrief hanya mengangguk setuju. Risau juga melihat mata gadis itu merah begitu. Mungkin betul kata sang ibu gadis itu mesti ada alergik dengan sesuatu. Tapi apa?

"eh toksah lah"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala.

Dia tidak mahu menyusahkan orang sudah lah mereka baru sahaja sampai belum masuk rumah lagi tahu-tahu nak kena bawa dia pergi ke klinik pula.

"jangan banyak cakap jom"kata Syed Azrief lalu menarik tangan gadis itu menuju ke kereta.

Dengan terpaksa Ayra Amani hanya mengikut tangan yang menarik dirinya. Dia pun tidak tahu dia alergik dengan apa sebab sebelum ini matanya tidak pernah rasa gatal mahupun merah. Sekarang ini rasa gatal macam nak tonyoh je mata tu sampai puas tapi risau terkeluar pula anak mata nanti.

BETUL tekaan ibu mertuanya Ayra Amani memang ada alergik. Alergik dengan kerang. Puas dia berfikir benda apa yang dia makan tadi. Semua makanan yang dia makan dia list dan beritahu hal sebenar. Rupanya dia alergik dengan kerang. Dia pernah makan kerang tapi dah lelaki itu order dia makan juga lah nanti dia dikata demand pula.

Doktor Chia menasihatkannya untuk berhati-hati dalam pemilihan makanan. Ada benda dia boleh makan ada benda dia tak boleh makan. Dia juga ada beritahu Doktor Chia yang dia akan rasa sesak nafas kalau makan benda yang berkacang. Kata Doktor Chia dia juga alergik akan kacang. Jadi dia disarankan untuk makan benda yang berkacang dan kerang.

Pelik juga sebelum ini dia okay sahaja tak tahu lah pula dia ada alergik dengan kacang dan kerang. Pernah sekali dia sesak nafas dalam tidur tapi dia tidak mahu memberitahu tok mahupun anyah kerana dia tidak mahu dua wanita tua itu susah hati. Jadi biar lah sekarang ini baru lah dia berani nak buka cerita.

Syed Azrief setia mendengar bebelan panjang Doktor Chia itu. Lama lah juga dalam 20 minit mereka berada di dalam bilik itu. Baru dia tahu yang Doktor Chia ini adalah Doktor peribadi keluarga Dato Syed Adham. Boleh sahaja Doktor Chia mari ke rumah tapi disebabkan sudah malam biar lah mereka sahaja yang pergi ke klinik sendiri.

"thank you so much Doktor"kata Syed Azrief lalu berjabat tangan dengan Doktor Chia.

"ya welcome ah. Kalau ada apa-apa kasi tahu sama i. Jangan lupa suruh wife you makan ubat jangan skip. I takut sesak nafas dan alergik dia makin teruk nanti"pesan Doktor Chia lagi.

Syed Azrief mengangguk kepala. Ayra Amani disebelah hanya tersenyum. Oh ubat bukan kawanku! Apabila dia mendengar Doktor Chia menyebut soal ubat dia rasa macam nak lari. Mesti banyak ubat yang dia akan dapat nanti.

Kini mereka berada di kerusi menunggu. Menunggu namanya dipanggil untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran. Mereka berdua lebih suka diam dari berbicara.

"Ayra Amani"

Mendengarkan nama itu Ayra Amani ingin bangun lalu ditahan oleh Syed Azrief. Lelaki itu menyuruhnya untuk duduk dan lelaki itu melangkah ke kaunter pembayaran.

"jom"ajak Syed Azrief sebaik sahaja membuat pembayaran dan mengambil ubat.

"berapa aku bayar balik"

Tidak sedap pula dia yang sakit orang lain yang kena bayar. Dia tak selesa. Mahal ke murah dia tetap mahu membayar sendiri.

"aku tak minta duit kau"

"tapi aku tak selesa bagitau lah berapa aku bayar balik kat hang"desak Ayra Amani lagi.

Langkah Syed Azrief terhenti mengejut. Eh perempuan ni memang tak faham bahasa ke? Susah sangat ke nak terima kebaikan orang? Orang dah bayar diam jelah bukan menceceh macam mak nenek.

"kau bayar dengan layan aku nak?"

"takda pasal!"

"kalau taknak diam jangan nak menceceh sangat mulut tu macam itik. Aku tak suka"

Ayra Amani mengejek lelaki itu dari belakang. Orang nak bayar pun kena marah. Sepatutnya kena bersyukur dapat isteri macam dia. Tak nak guna duit suami ini tak marah isteri lagi adalah.

"kau nak tidur sini ke? Cepat lah aku nak balik mandi, penat"

"yalah"

Semasa masuk ke dalam kereta mata Ayra Amani memandang ke arah satu gerai burger yang berdekatan dengan klinik Doktor Chia. Automatik perutnya berbunyi kuat. Aduh lapar lah pula.

Mata Syed Azrief dan Ayra Amani berpandangan. Perut siapa yang bunyi? Perut Ayra Amani?

"kau lapar?"tanya Syed Azrief yang baru menghidupkan enjin kereta.

Perlahan-lahan Ayra Amani mengangguk kepala. Lapar lah pula tengok burger pun lapar. Semasa dalam perjalanan balik dua biji kuih pau ditelan dengan karipap dua biji. Masih tak kenyang-kenyang lagi.

"nak makan apa?"

"tuu"

Tunjuk Ayra Amani ke arah gerai burger itu. Sudah lama dia tak makan burger. Entah kenapa malam ini dia rasa lapar burger pula. Lagipun tak boleh makan benda berat sebab dah malam. Setakat sebiji burger okay lah kot.

"ayam ke daging?"

"telur dengan ayam"

Tanpa bercakap banyak terus Syed Azrief keluar semula dari perut kereta. Ada yang lapar burger pula malam-malam begini. Tak apa lah sabar jelah. Orang sakit katakan. Lepas ini nak kena makan ubat pula sebelum tidur. Dengar kata gadis itu takut dengan ubat. Sudah lah dapat banyak ubat pula tu. Jenuh gadis itu nak menelan. Nak tak nak kena makan dia tak kira. Bayar pun mahal rugi tak telan.

"bang burger telur balut ayam dua"

DENGAN senang hati Ayra Amani menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Sedap betul lah nasi lemak buatan ibu mertuanya ini. Secukup rasa sambalnya itu tak pedas, tak manis dan tak manis. Just nice je.

Ini kali kedua dia tambah sambal sebab sedap sangat. Dia turun breakfast seorang diri kerana lelaki itu masih terbongkang tidur di atas. Dah pun tak nak bangun tidur mati gamaknya. Nasib lah ibu bapa mertuanya tidak menyoal banyak. Mungkin sudah tahu perangai anak mereka macam mana.

"tambah lagi Ayra"kata Dato Syed Adham kepada menantunya.

Berselera menantunya makan. Suka betul dia melihat menantunya itu. Sejuk hatinya dapat bermenantukan anak rakan baiknya sendiri. Amanah yang besar yang harus dia jaga. Alhamdulilah kini dia dapat menjaga gadis itu di depan matanya sendiri.

"semalam Doktor Chia cakap apa Ayra?"tanya Datin Suraya ingin tahu.

Semalam anak dan menantunya pulang agak lewat. Dia pun sudah naik tidur. Tidak tahu pukul berapa anak dan menantunya pulang. Pagi ini dia bangun menantunya pun bangun membantunya memasak. Sempat mereka berbual tapi dia lupa mahu menanyakan soal mata gadis itu.

"Ayra ada alergik dengan kerang"

"ada makan kerang ke?"

"ada sebelum balik Azrief ajak makan kat Padang Kota. Makan pasembor dengan kerang bakar. Tak tau pula Ayra tak boleh makan kerang selama ni Ayra pun tak tau"terang Ayra Amani apabila melihat wajah ibu bapa mertuanya bersungguh ingin tahu.

"oh yeke. Rief tu makan dia mana fikir orang dia kira dia je. Lagi benda apa Ayra tak boleh makan?"tanya Datin Suraya lagi.

"benda yang ada kacang. Nanti Ayra akan sesak nafas"

"lepasni alert sikit dengan pemakanan jangan makan benda tak boleh makan. Kang nanti jadi teruk pula"pesan Datin Suraya sambil senyum.

Terharu dengan pesanan ibu mertuanya itu. Dia tidak pernah dinasihat begitu. Ayah mertuanya pun okay. Sungguh dia terharu. Rasa macam ada sebuah keluarga bahagia.

"kalau ada apa-apa masalah. Sakit ke apa bagitau kami jangan diam ya"kata Dato Syed Adham pula.

Ayra Amani mengangguk dengan mata berkaca. Terharu sampai rasa nak menangis. Tapi dia tak boleh menangis dia tak suka orang tengok dia menangis. Dia benci.

"Rief mana Ayra? Dah pukul 9 tak bangun-bangun lagi ke?"tanya Datin Suraya.

Terbatuk-batuk Ayra Amani. Baru tadi dia fikir ibu bapa mertuanya ini tak kisah tapi sekarang?

"dah gerak tapi dia takmau bangkit. Nak Ayra pi panggil dia turun ka?"

"tak payah makan je Ayra dia lapar pandai lah turun nanti"kata Dato Syed Adham seakan faham dengan perangai anak bongsunya itu.

Ayra Amani hanya mengangguk kepala. Kalau dekat kampung awal pula dia bangun. Tak payah kejut tahu-tahu dah lepak dekat pangkin luar sambil merokok bila balik KL terus bangun lewat.

"macam mana Rief kat kampung dia okay ke?"tanya Datin Suraya ingin tahu.

"okay ja mama. Mula tu dia macam kekok sikit bilik air rumah tok Ayra pun kat luar tapi dah berapa hari kat sana dia dah okay"jelas Ayra Amani jujur.

"biar je dia Ayra. Biar dia belajar hidup susah sikit. Abah nak dia jadi lelaki bertanggungjawab nak-nak pula sekarang ni dia dah beristeri"

"betul tu Ayra. Nak pula dia anak bongsu manja sikit. Mama harap Ayra sabar lah eh dengan perangai anak mama tu"

Bukan manja je tapi dingin! Lain benar perwatakan lelaki itu di kampung lain di bandar lain tak sama. Dekat kampung dia merasakan lelaki itu ringan mulut boleh diajak sembang lagi-lagi berbual dengan tok dan anyah kalau di bandar ini mulut itu automatik digam. Cakap banyak pun kena marah.

"mama dan abah harap hubungan korang ni berkekalan sampai bila-bila. Tolong bertahan dengan Rief walau apa pun terjadi ya"

Walaupun tidak berapa faham akan maksud yang diberi oleh ibu mertuanya tetap Ayra Amani mengangguk kepala. Ayat yang pelik. Dia tak faham. Macam ada maksud tersirat cuma tidak tahu apa.

"dah makan kenyang-kenyang"kata Dato Syed Adham lalu menyambung suap.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

241K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
644K 19.6K 71
💫 C O M P L E T E 💫 - Untuk menutup mulut orang tua aku dengan jalan ni aku terpaksa lamar p.a aku sendiri - Aiden nazri [ Maaf dialog diatas han...
99.6K 4.6K 44
SOFEA ARIANA wanita yang cekal, tabah, baik hati dan menerima segala keputusan yang telah ibu Dan bapanya tetapkan buat dirinya untuk mengahwini jeja...
339K 26.8K 70
(3rd book of 'DIA ENCIK ' series.) "Yes I'm the most sombong human being that you ever seen. But, don't you know that I am the most sweet talker that...