Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 10

5.6K 172 4
By itsmenurfa

"HAI apa nak jadi dengan budak berdua ni?"kata tok sambil mencekak pinggang sambil memandang ke arah kelambu.

"pasaipa mak?"tanya anyah yang baru tiba ke ruang tamu.

"ni hang tengok apa depa buat?"

Mata Puan Aisya terus memandang ke arah kelambu. Dua pengantin muda itu sedang berkelubung di dalam selimut dengan memasukkan kipas ke dalam kelambu. Bantal-bantal pun bersepah di luar kelambu. Pasti mereka berdua itu tidur buas.

"dah lah bangun subuh pagi tadi ni dok tidur lagi"kata tok sambil menggeleng kepala.

"depa penat sangat lah tu mak"

"penat ka tak solat tu tetap kena solat tak ada alasan. Entah depa ni dah terbiasa buat perangai lagutu kat Kolumpo sana"

"tak apa mak satgi depa bangun mak cakap. Dah jom toksah dok kacau depa nak tidur"

Tangan maknya ditarik ke dapur. Tidak mahu maknya menganggu pasangan yang nyenyak tidur itu. Sekarang sudah pun pukul 8:30 pagi orang di kampung semua sudah bangun dan bersedia keluar untuk membuat kerja.

Selang 15 minit Syed Azrief mengeliatkan badannya. Sungguh lenguh leher dan badannya. Bantal pun rendah sebelum ini dia tidur berbantalkan 2 bantal ini 1 jadi lehernya terasa lenguh.

Telefon di bawah bantal di ambil lalu ditekan skrinnya. Jam sudah menunjukkan pukul 8:45 pagi. Syed Azrief mengosok matanya yang kabur itu. Awal lagi ni tapi sudah cerah benderang. Kalau di rumah selagi tak pukul 10 atau 11 pagi dia tak akan bangun lagi dan biliknya pun sentiasa gelap.

Kipas yang berada di dalam kelambu itu ditutup. Semasa nak tidur je rasa panas tapi bila dah tidur dekat pukul 3-4 pagi sungguh sejuk. Memang tarik selimut sampai ke pangkal leher lah. Mereka terpaksa memasang kipas pun oleh sebab nyamuk suka menganggu kalau buka kipas tak adalah nyamuk datang sangat. Bayangkan lah buka 1 pun dah sejuk sebelum nak tidur tu buka 3 pun macam tak function.

Melihat Ayra Amani disebelah masih pulas tidur membuatkan Syed Azrief mendekati gadis itu. Selimut yang menutupi seluruh tubuh gadis itu ditarik lalu dilempar ke tepi. Semalam selepas sahaja mendengar sesuatu yang tidak diingini mereka terus masuk ke dalam kelambu dan terus berselimut sampai atas kepala gara-gara takut yang paling ketara itu Ayra Amani lah. Sampai menggigil sewaktu nak tidur semalam. Sempat lah dia menenangkan gadis itu.

Kening Ayra Amani berkerut tetapi matanya masih terpejam rapat. Tangan Syed Azrief melekap di atas dahi Ayra Amani. Panas!

"nak kena buat apa ni?"kata Syed Azrief pada dirinya.

Dia tidak pernah tahu nak buat apa untuk merawat orang sakit. Tapi takkanlah dia nak tengok sahaja gadis itu demam sekarang ini. Pasti gara-gara semalam.

"Ayra"panggil Syed Azrief perlahan.

Tubuh Ayra Amani terus memberikan respons. Syed Azrief melepaskan rasa lega. Alhamdulilah bergerak lagi.

"kau demam ni"

Ayra Amani hanya diam tanpa menjawab. Kepalanya sekarang ini rasa pening. Baru sahaja celik mata semua dia nak berputar. Dia dapat rasakan bahang daripada tubuhnya.

"aku nak air"pinta Ayra Amani perlahan.

"kejap"

Tanpa membuang masa Syed Azrief terus keluar dari kelambu dan melangkah ke dapur. Tok dan anyah sedang berbual di dapur memandang ke arah Syed Azrief.

"ha bangkit dah"kata tok kepada Syed Azrief.

"mana Ayra dia bangkit ka tak lagi?"tanya anyah yang sedang mengoreng bihun itu.

"tok dengan anyah ada simpan panadol tak?"

"sapa yang sakit? Hang sakit ka?"tanya tok langsung berdiri lalu bergerak ke kabinet untuk mencari panadol. Harap-harap masih ada.

"tak Ayra dia demam"

"demam? Semalam dia elok ja"kata anyah tidak percaya.

Secara tak langsung mata tok dan anyah berpandangan sesama sendiri sebelum mereka tersenyum ada makna.

Syed Azrief sudah menggaru kepala tidak tahu mahu menjawab apa. Melihat senyuman pelik dari tok dan anyah membuatkan dahi Syed Azrief lagi mengerut. Ayra demam tapi kenapa diorang tersenyum-senyum. Ini benda serious!

"demam lain ka"kata tok sambil tersenyum.

"huh?"kata Syed Azrief tidak faham.

Selang beberapa minit wajahnya membahang. Sekarang dia sudah faham maksud tersirat tok itu. Apahal berfikiran macam sejauh itu. Agak-agak lah.

"ada tak tok?"tanya Syed Azrief menukar topik.

"tak ada habis dah ni. Nak kena pi beli lain"

"tak apa saya pergi beli"

Sebelum kembali ke hadapan Syed Azrief mengambil cawan lalu dituangkan air masak ke dalam cawan itu untuk diberikan kepada Ayra Amani.

"kedai jauh sikit hang kena keluar dari kampung ni baru hang jumpa kedai"kata anyah kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya mengangguk membalas. Kakinya terus melangkah ke hadapan semula. Sebaik sahaja bayang Syed Azrief hilang. Puan Aisya menghampiri maknya dan mencuit bahu maknya.

"biar betul mak?"

"ish mana lah aku nak tau. Masak cepat"kata tok lalu menutup semula pintu kabinet.

Dia mahu pergi melawat cucunya yang demam itu. Semalam elok je pagi ni pula demam. Hai pelik betul ni.

Setengah jam keluar kini Syed Azrief sudah pun pulang. Kedua-dua tangannya penuh dengan beg plastik berisi makanan. Selepas dia membeli ubat di kedai dia terus melawat kawasan tahu-tahu singgah merata membeli makanan. Bubur Mc Donald's pun dia beli buat gadis itu mana tahu tidak selesa nak makan benda lain.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummusalam"jawab mereka di dalam rumah.

Syed Azrief memberikan senyuman kepada seorang lelaki agak berusia itu. Tangannya penuh dengan beg plastik jadi tidak sempat mahu menyalam tangan lelaki tua itu. Ada 2 orang di dalam rumah tidak pasti siapa kerana dia tidak kenal dengan orang itu. Mungkin orang kampung ini.

"kenalkan ni cucu menantu aku"kata tok kepada pasangan suami isteri itu.

"laki cucu hang hat Ayra tu ka?"tanya wanita tua itu pula.

"haa dia lah. Azrief ni Haji Saad dengan Hajah Mariam depa tu jiran rumah sebelah ni ja"

Syed Azrief mengangguk kepala sambil tersenyum. Patutlah jiran rumah sebelah rupanya.

"dah lama ke sampai?"tanya Syed Azrief berbasa basi.

"baru ja kami sampai. Hang ni daripada mana?"tanya Haji Saad.

"saya keluar pergi kedai kejap tadi. Tok saya minta diri dulu ye"

"yalah pi lah Ayra ada kat dapur sana"

Syed Azrief mengangguk lalu meminta diri untuk pergi ke dapur. Dia membawa beg plastik berisi makanan ini semua ke dapur. Ayra Amani tiada di ruang tamu sebentar tadi mungkin dia ada di dapur sekarang ini.

Betul tok Ayra Amani berada di dapur sambil menongkat dagu di atas meja. Bahu Ayra Amani ditolak lembut olehnya.

Ayra Amani mengalih ke belakang. Syed Azrief terus meletakkan beg plastik di atas meja. Kerusi disebelah Ayra Amani ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya disitu.

"makan dah ke?"tanya Syed Azrief mendatar.

Ayra Amani menggeleng kepala perlahan. Nak makan macam mana tak ada selera nak makan. Minum air pun rasa tawar je. Kepalanya masih berpusing tapi tidak seteruk tadi.

"ni aku ada belikan bubur Mc Donald's. Makan"

Penutup bubur dibuka lalu ditolak ke hadapan Ayra Amani. Matanya memberi isyarat untuk gadis itu makan. Jangan kata taknak makan pula memang nak kena siku gamaknya penat-penat dia pergi drive thru pagi buta tidak mahu makan pula.

"tak ada selera lah nak makan"

"makan lah sikit lepastu makan ubat aku dah beli"

"dia ni memang macam ni Azrief kalau demam ja manja terlebih. Tu dia bagi hint suruh suap lah tu"kata Puan Aisya yang baru masuk dari belakang itu.

"mana adalah!"

"yalah tu makan lah sikit Ayra penat laki hang pi beli makanan hang takmau makan pula"

Syed Azrief tersenyum bangga. Tengok ada orang backup dia tanpa dipinta. Ayra Amani menayang wajah menyampah. Suka lah tu kena backup dengan anyah. Dia tengah demam je sekarang ini kalau tidak kena dah lah pergaduhan mulut.

"lambat sini aku suap"

Sudu ditangan Ayra Amani dirampas. Kalau tunggu gadis itu suap masuk ke dalam mulut pun ambil masa 10 minit bilanya nak habis. Dia pantang orang suka buat lambat-lambat ini.

Ayra Amani merengus geram. Suap nak bagi dia tercekik ke macam mana? Tak sempat nak kunyah lagi dah sua lagi bila lambat buka mulut mula lah membebel macam mak-mak. Sabar jelah.

PADA sebelah petang pula Ayra Amani mengambil angin di pangkin luar. Kuat sungguh angin petang ini memang sedap lah kalau duduk luar sambil minum petang. Matanya memandang ke arah belakang terdapat sawah padi dibelakang rumah mereka. Kalau musim dia nak ambil padi memang mesin padi dari pagi sampai malam lah bekerja.

Dahulu pun dia suka juga pergi ke bendang memang seronok tapi tidak selalu lah dia pergi. Dari rumah tok ini memang boleh terus ke bendang dengan berjalan kaki. Kadang-kadang dia selalu juga jogging di bendang pada pagi tapi sejak dia terserempak dengan anjing di bendang yang hampir mengejar dirinya terus tak keluar jogging pagi dah.

"termenung jauh nampak"tegur tok lalu mengambil tempat disebelah Ayra Amani.

"saja ambil angin sat"balas Ayra Amani sambil senyum.

"macam mana dok kat kolumpo seronok ka?"

"boleh lah setakat ni tapi tulah dapat dok dengan maksu sat ja"

Adalah dalam sebulan ditinggal dirumah ibu saudaranya itu selepas itu dia berkahwin pula. Dari dulu lagi Puan Maisarah mahu mengambilnya tinggal di Kuala Lumpur cumanya dia masih belum bersedia bila dah bersedia baru tinggal sana tahu-tahu dah kena kahwin. Puan Maisarah mengajaknya tinggal disana kerana untuk memudahkan dirinya selepas SPM nanti mana tahu dapat sambung pelajaran di universiti berdekatan Kuala Lumpur.

"dah namanya jodoh Ayra. Hang okay ka? Maksu paksa hang ka?"

"eh tak. Maksu tak pernah paksa Ayra. Ayra setuju sebab teringat ni niat arwah ibu dan ayah nak sangat Ayra kahwin dengan anak kawan depa sebab tulah Ayra setuju"

Sejujurnya Puan Maisarah tidak pernah paksa. Encik Rosli juga menyuruhnya fikir betul-betul jangan buat keputusan tergopoh-gopoh. Katanya tidak mengapa menolak tidak salah. Dia kena yakin dengan dirinya sahaja dan terbukti sekarang dia sudah pun berkahwin.

"Alhamdulilah. Tok pun tak sangka hang dah kahwin Ayra. Macam baru ja hang besar depan mata tok dengan anyah tau-tau hang dah jadi bini orang. Kalau lah arwah mak pak hang ada mesti depa gembira tengok hang kahwin"kata tok sambil terkenang peristiwa yang lama.

"Ayra lagi tak sangka tok. Ayra sebenarnya tak bersedia nak kahwin lagi tapi Ayra tak sanggup nak menolak lagi-lagi Datin Suraya tu mengharapkan jawapan setuju dari Ayra"

"bersedia ka tak bersedia hang dah jadi bini Azrief. Umur muda bukan satu penghalang untuk hang tak jalankan tanggungjawab hang sebagai isteri. Hang kena jaga keperluan dia, makan dan pakaian dia"

Ayra Amani hanya mengangguk. Dia sudah tahu dia pergi ke khusus kahwin mereka ada memberitahu hal-hal itu. Terkejut juga ustaz itu bila mengetahui umur sebenar mereka. Ustaz itu fikir mereka sudah berumur 20 tahun ke atas rupanya mereka berdua baru 17 tahun.

"jadi lah isteri yang baik. Jaga maruah suami hang nama baik dia. Hal dalam rumah tangga jangan sesekali cerita kat orang luar. Depa tu dok tunggu ja kita buka cerita. Kalau bergaduh bawa-bawalah bincang baik-baik ya"pesan tok lagi. Tangan cucunya diambil lalu diletakkan diatas tangannya.

"Ayra ingat tok. Tok tolong doakan Ayra ya"

"semestinya"

Lalu tubuh tok dipeluk erat oleh Ayra Amani. Dia masih lagi tidak percaya dia sudah menjadi isteri orang. Lelaki yang dia tidak kenal dan tidak dicintai. Semua ini berlaku gara-gara satu niat.

Syed Azrief yang baru mahu keluar itu tersentak apabila melihat aksi jejak kasih di pangkin luar itu. Tengah buat cerita sedih ke macam mana?

Tok menepuk belakang badan Ayra Amani dan memberitahu bahawa sang suami sedang melihat mereka dari atas. Ayra Amani terus melepaskan pelukan. Kacau jelah mamat ni. Bukan tadi tengah terbongkang tidur di depan televisyen ke.

"haa Azrief baru bangkit?"tanya tok kepada Syed Azrief yang melangkah mendekati mereka.

"tertidur tadi tok"balas Syed Azrief sambil tersengih.

Ingat nak berehat sekejap je tahu-tahu tidur sampai pukul 5:40. Dekat KL ni waktu begini tak adanya dia nak tidur dia lebih suka keluar nak tidur pun malam nanti pukul 2-3 pagi. Berbeza ye dirinya di KL dan di kampung.

"mai lah dok sini kena angin petang syok ni"ajak tok lalu bangun.

"tok nak pi mana?"tanya Ayra Amani kepada tok yang sudah bangun itu.

"nak masuk dalam sat. Hampa dua sembang lah dulu"

Tok terus berlalu pergi kini meninggalkan mereka berdua sahaja diluar. Suasana tiba-tiba jadi sunyi dengar deruan angin sahaja yang menampar wajah. Kekok lah pula tak tahu nak bualkan apa.

"seronokkan kena angin"kata Syed Azrief tiba-tiba.

Ayra Amani hanya mengangguk kepala. Tidak tahu mahu membalas apa. Demamnya pun sudah kebah tadi pagi sahaja dia demam selepas dipaksa makan ubat lepas itu terus demamnya baik.

"kau dah okay?"tanya Syed Azrief ingin tahu.

"dah baik dah"

Kini giliran Syed Azrief pula mengangguk kepala.

"kau memang akan demam ke selepas dengar benda pelik-pelik?"

"sebelum ni tak pun semalam ja mungkin aku terkejut"kata Ayra Amani sambil tersengih.

Buat malu je kata orang kampung baru kena tegur dengan benda itu terus demam sampai pening kepala. Nak buat macam mana semalam itu dia terkejut pertama kali dengar ada benda tegur. Kalau diberi salam tak adalah takut sangat mungkin manusia tapi ikut logik manusia mana di dalam kampung ini bangun pukul 1-2 pagi? Semua sudah tidur.

"sebelah tu rumah apa eh?"tanya Syed Azrief sambil menunjuk rumah sebelah.

"weh jangan lah tunjuk!"marah Ayra Amani.

"asal?"

"haunted house tu"

Syed Azrief mengangguk kepala. Dari semalam lagi sewaktu mereka sampai dia sudah perasan yang sebelah rumah tok ini ada rumah kosong tapi sudah runtuh dibahagian hadapan hanya tinggal bahagian batu sahaja dibelakang dengan daun dan pokok naik tinggi sehingga menutup rumah itu membuatkan dirinya menjadi seram sejuk.

"kau tak takut?"

"dulu takut lah juga lepas owner tu meninggal tapi lama-lama tak takut dah sebab dah biasa. Kita jangan kacau depa, depa tak kacau kita"

"nampak seram juga rumah tu semalam dah lah kau membuang pun dekat setengah jam"

"nak buat macam mana perut dah memulas"

Mereka berdua memandang ke arah sawah padi terbentang dihadapan mata mereka. Ada kanak-kanak bermain basikal di atas bendang atau dikenali sebagai ban. Orang utara sahaja tahu ban itu apa.

"hang tak ada kampung?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

Nama sahaja suami isteri tapi langsung tidak tahu asal usul pasangan. Sekurang-kurangnya kena lah tahu serba sikit takkan tak nak ambil tahu langsung baik tak payah kahwin. Kalau ada orang tanya tentang pasal memang ternganga tidak tahu nak jawab apa.

"ada kat Terengganu kampung mama tapi kami dah lama tak balik sejak tok dan tokwan meninggal"

Ayra Amani hanya mengangguk faham. Memang begitu lumrah manusia. Apabila orang tua-tua sudah tiada memang anak-anak tidak lagi pulang ke kampung. Ada yang beraya ditempat lain mahupun beraya di luar negara. Bak kata orang buat apa balik kampung kalau orang tua sudah tiada. Rasa feel raya bersama orang tua-tua memang tak sama seperti raya bersama keluarga sahaja. Sebab tok dan tokwan sudah meninggal.

"lepas ni aku dah ada kampung"

"maksud hang?"tanya Ayra Amani tidak faham.

"oh raya kau tak nak balik kampung? Nak raya dekat KL je?"

"eh mau lah! Awat tak bagitau lagutu. Raya kat KL tak sama macam raya kat kampung. Raya kampung lagi seronok"kata Ayra Amani sambil tersenyum gembira.

Sebelum ini dia raya di kampung sahaja tahu-tahu dah kahwin kena beraya ikut kata suami. Nampaknya raya tahun ini mereka raya di kampung halamannya Pulau Pinang!

"kau tak nak bawa aku ronda kampung ke?"

"pi lah ronda sendiri"balas Ayra Amani malas.

Dia tidak suka berjalan di kawasan kampung! Ada sebab kenapa dia tidak suka. Biarlah dia seorang sahaja yang tahu atas sebab apa.

"aku bukan tahu jalan kampung kau ni kalau tersesat macam mana?"

"guna waze"

Syed Azrief mendecit geram. Banyak pula alasan gadis ini. Takkan seminggu duduk kampung nak duduk dalam rumah je? Memang bosan lah. Kedekut betul lah gadis ini nak bawa dia ronda-ronda kampung sudah lah dia lama tidak pulang ke kampung.

"jom lah bawa aku ronda"

"eii takmau!"

"Ayra apa kata hang bawa laki hang tu ronda kampung ronda pi ban dari duduk kat situ tak dapat apa"kata tok tiba-tiba muncul.

Wajah Syed Azrief bersinar apabila mendapat greenlight dari tok. Tengok tok pun kesian kan dirinya tapi gadis itu masih keras hati. Banyak makan batu agaknya.

Melihat wajah bangga Syed Azrief membuatkan Ayra Amani geram. Suka lah tu ada orang backup!

"pi lah Ayra awai lagi ni dekat nak senja satgi balik lah. Lani petang musim hujan harini cuaca bagus tak hujan"kata tok lagi.

"yalah yalah jom!"

Terus Syed Azrief melompat bangun dari duduk. Dia memang menunggu kata-kata putus dari gadis itu. Dia boleh je pergi ronda sendiri tapi tak seronok lah dia bukan orang kampung sini mana tahu selok-belok kawasan kampung ini. Jadi kena lah bawa orang yang arif.

"pi pinjam motor Iman"

Syed Azrief dan Ayra Amani terus masuk ke dalam rumah untuk keluar dari hadapan. Ayra Amani mengajaknya ke rumah jirannya dihadapan rumah untuk meminjam motorsikal. Kata Ayra Amani nak ronda bendang tak boleh bawa kereta jalan pun sempit.

Iman itu adalah jirannya. Selalu juga Iman datang ke rumah berbual dengan tok dan anyah. Ibu Iman pun ramah orangnya selalu menghantar makanan kepada mereka. Nasib baik lah hari ini Iman tidak kemana-mana jadi boleh lah mereka meminjam motornya sekejap.

"dah dapat jom"kata Ayra Amani lalu mendekati motorsikal milik Iman.

Ayra Amani memandang ke arah Syed Azrief dan Syed Azrief memandang ke arah Syed Azrief. Ayra Amani memberikan isyarat mata kepada Syed Azrief.

"hang lah bawa"kata Ayra Amani lalu menghulurkan kunci motorsikal.

"kau lah bawa"

"aku mana reti! Satgi tak sampai ban tapi sampai hospital pula satgi"

Kunci motorsikal ditangan Ayra Amani diambil lalu mengeluarkan motosikal itu. Enjin motorsikal dihidupkan lalu Syed Azrief menyuruh Ayra Amani untuk naik.

"aduh tak pandai lah"kata Ayra Amani sambil melihat motorsikal itu.

Dia mana pernah naik motorsikal sebelum ini. Selama ini dia jalan kaki je nak kemana pun. Ini kali pertama dia menaiki motorsikal.

"belajar naik slow-slow nanti nak naik pergi sekolah naik motor"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"weh tak pandai lah macam mana nak naik ni takut lah"

"kaki kau pijak tempat tu tangan kau pegang bahu aku lepas tu naik"

Mengikut kata-kata Syed Azrief itu dengan lafaz bismillah Ayra Amani memanjat naik ke atas motorsikal. Sungguh lega dapat naik motorsikal itu. Susah juga ye nak panjat naik. Dia tengok orang lain senang je naik bila turn dia payah pula.

"pegang aku kuat-kuat"

Sisi baju Syed Azrief digenggam erat. Takut pula nak naik motorsikal itu. Biar lah orang nak kata dia kolot pun kata lah dia terima. Dengan lafaz bismillah motorsikal dibawa oleh Syed Azrief mula bergerak. Terpejam mata rapat Ayra Amani. Sungguh dia rasa takut dalam masa yang sama dia mula rasa teruja kerana pertama kali naik motorsikal.

Melihat wajah gembira Ayra Amani dari side mirror membuatkan Syed Azrief tersenyum. Takut sangat naik motor. Nanti mula sekolah motorsikal juga lah yang dia akan bawa gadis itu pergi sekolah setiap hari. Jadi kenalah biasakan diri.

"you are unique"


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

795K 32.8K 55
Afif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan...
241K 8.5K 72
" Awak ni, kan kita bukan mahram. Nanti kena tangkap basah pulak. " kata Adelia " Biarlah kawin free. " jawab Nubhan dengan bangganya. " Amboii sedap...
27K 1K 25
『••𝕮𝖎𝖓𝖙𝖆 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘••』 Simple and short story by @lazysya Also known as "Bella's Future Husband" ZAYYAD AQRIZ ISABELLA SOPHIA ━━━━━━ Bermula...
188K 7.1K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...