Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 3

6.2K 178 13
By itsmenurfa

TENGAH sedap menyuap roti telur kerusi disebelahnya ditarik. Ayra Amani mengangkat wajah memandang gerangan itu. Fareez dan 2 rakannya yang lain keluar untuk merokok tidak elok pula merokok dihadapan adiknya itu. Buatnya Ayra Amani beritahu sang ibu mahu telinganya bernanah nanti.

Naufal salah satu rakan Fareez itu tersenyum sebelum duduk ditempat yang diduduki oleh Fareez sebentar tadi. Ayra Amani menjadi tidak selesa dengan keadaan itu. Ini kenapa pula ni duduk sebelahnya? Bukan tadi elok je ke duduk dekat hujung sana.

"hi"sapa Naufal.

"hi"balas Ayra Amani kekok.

"Fareez tak beritahu pun yang dia ada adik secantik ni"kata Naufal basa basi sebelum memutarkan ayat yang sebenar.

"sebab sebelum ni saya dok Penang bukan KL"

Kepala Naufal terangguk-angguk mendengar. Mereka sudah sedia maklum bahawa Fareez hanya 2 beradik sahaja dia dan abangnya. Fareez langsung tak pernah buka cerita yang dia ada adik perempuan yang baru. Fareez itu perahsia sangat nak-nak adik perempuannya yang ini punya lah cantik. Patut kena rahsiakan.

"macam mana hari ini sekolah baru okay?"

"alhamdulilah so far so good"balas Ayra Amani sambil senyum kekok.

Bila lah Fareez nak datang semula ini dia nak makan pun teragak-agak sekarang ini. Sayang lah tak habiskan roti telur ini bukan selalu dapat makan. Dah dapat ada pula yang menganggu. Sabar jelah.

"boleh abang nak kenal dengan Ayra?"tanya Naufal berani.

"kenal? Bukan dah kenal ka? Nama"

Naufal ketawa mendengar. Naif sungguh adiknya si Fareez ini. Bukan kenal itu yang dia maksudkan. Dari tadi lagi matanya tidak beralih dari memandang wajah adiknya Fareez itu. Cantik sangat macam tak kena pula dengan umur yang baru 17 tahun itu. Dia fikir dah 20 tahun ke atas rupanya masih bawa umur.

Dia bukan tak faham tapi cuba jadi innocent depan Naufal! Dia tak ingin pun nak berkenalan dengan mana-mana lelaki sekarang ini. Tugasnya sekarang ini mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Dah bercinta nanti dia akan hilang fokus!

"abang nak kenal Ayra dengan lebih mendalam. Mana tau kalau berjodoh"

"bukan saya nak menolak tapi saya tak bersedia nak kenal dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Saya masih budak sekolah nak SPM tahun ni saya tak rasa saya dapat fokus belajar kalau saya tengah berkenalan dengan seorang lelaki"jujur Ayra Amani kepada Naufal. Selagi tak beritahu selagi itulah Naufal beri hint.

"oh macam tu eh"

Naufal merasakan dirinya direject oleh adiknya Fareez. Selama dia hidup dia tidak pernah ditolak kerana ketampanan dirinya semua wanita mendampingi dirinya.

"abang layak berkenalan dengan perempuan lain tapi bukan saya"

Fareez menghampiri Ayra Amani yang sedang berbual dengan rakannya itu Naufal. Fareez menepuk bahu Naufal dan melihat wajah Naufal yang sudah lain. Ini dah kenapa pula ni? Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

"Ayra dah habis makan? Daddy dah telefon suruh balik"kata Fareez kepada Ayra Amani.

"habis dah sat nak pi basuh tangan"

Dengan pantas Ayra Amani terus bangun meninggalkan Naufal. Ini yang dia malas ini jadi begini rasa macam dia pula yang jahat. Padahal dia malas mahu berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuklah Naufal. Naufal itu sudah berumur 22 tahun sama umur dengan Fareez layak mendapat perempuan yang sama umur dengannya mahupun tua darinya. Dia baru 17 tahun apa yang dia boleh dapat takkan dapat apa-apa.

"kau kenapa Fal okay tak ni?"tanya Fareez kepada Naufal yang hanya diam itu.

"huh? Aku...aku okay. Weh geng aku balik dulu lah"kata Naufal lalu bangun dan menyalam tangan setiap rakannya.

"eh awal lagi Fal kata nak lepak lama lagi. Reez nak balik kau pun nak balik mana cukup korum"kata Rafi pula.

"aku ada hal lah malam ni. Nanti lah kita lepak lama sikit. Aku balik dulu"

Tidak membuang masa Naufal terus mencapai kunci keretanya di atas meja dan terus berlalu pergi sehingga rakannya yang lain memandang pelik. Mesti ada sesuatu yang tak kena ini. Mereka kenal dengan perangai Naufal.

"dah jom abang"

Fareez terus menyalam tangan rakannya sebelum dia dan Ayra Amani melangkah keluar ke kereta. Melihat kereta Naufal meluncur laju membuatkan Fareez berasa pelik. Tadi Naufal ini okay je lepas dia bercakap dengan Ayra terus lain.

Masuk sahaja di dalam kereta Fareez terus memandang ke arah adiknya. Wajah yang biasa tidak nampak lain tapi dia yakin mesti ada sesuatu yang berkait dengan adiknya.

"kenapa abang pandang Ayra macam tu?"tanya Ayra Amani pelik.

"tadi Ayra dengan Naufal borak apa? Asal muka Naufal tu lain"tanya Fareez ingin tahu.

Ayra Amani menghela nafas berat. Sah nampak dia yang jahat dekat sini? Benci betul lah!

"kawan abang tu nak mengorat Ayra"

"huh Naufal nak mengorat Ayra?"tanya Fareez terkejut.

"dia nak berkenalan dengan Ayra lebih mendalam katanya. Ayra bagitau dia yang Ayra tak bersedia lagi nak kenal dengan mana-mana lelaki buat masa lani termasuk dia lepastu muka dia terus lain. Bukan salah Ayra tau!"

"nasib Ayra tak setuju nak kenal dengan Naufal"balas Fareez perlahan.

"awat pasaipa?"tanya Ayra Amani dengan dahi mengerut.

"dia tu dah ada awek dekat Uni tu. Kiranya Naufal tu playboy antara kami semua. Kalau Ayra sudi lah berkenalan dengan dia tadi tak tahu lah apa nak jadi. Silap hari bulan Ayra kena serang dengan awek dia"

"agak dah! Nampak gaya pun tau dia tu playboy. Lepasni Ayra dah takmau ikut abang lepak"

Dia sudah serik tidak mahu lah dia ikut Fareez lagi. Ingat boleh datang makan dengan aman rupanya tak.

"sebab tu abang taknak bawa Ayra keluar sebab ini lah kawan abang tu semua gatal pantang nampak perempuan cantik sikit mula lah masuk jarum"kata Fareez sambil memandu.

"macam abang lah gatal!"

"nak abang tinggal tepi jalan tak? Kalau nak bagitahu"kata Fareez kepada Ayra Amani.

Terus Ayra Amani kembali diam. Usik sikit pun tak boleh cepat sangat terasa. Nasib lah abangnya kalau orang lain tak kuasa dia nak layan perangai tu.

KEESOKKAN harinya Ayra Amani menuruni anak tangga sambil tangannya pula sibuk mengikat rambut perangnya lalu dia terus melangkah masuk ke dapur. Macam biasa masuk dapat sudah tentu sebab lapar. Tak lapar tunggu matahari terpacak baru nak bangun.

"mummy masak apa harini? Nak Ayra tolong tak?"tanya Ayra Amani apabila melihat Puan Maisarah sedang sibuk di dapur.

Memang sudah menjadi kewajiban Puan Maisarah menyediakan sarapan kepada keluarganya dahulu sebelum keluar kemana-mana. Pembantu rumah hanya mengemas rumah bab masak jangan disentuh.

"mummy buat nasi lemak je harini daddy yang nak sangat makan nasi lemak ni. Eh tak payah semua dah nak siap dah pun"balas Puan Maisarah lembut.

Ayra Amani hanya mengangguk lalu dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ, tangannya pula mengambil satu ikan bilis goreng lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"seronok tak ikut abang Reez lepak mamak semalam?"tanya Puan Maisarah yang sibuk mengacau kuah sambal di dalam periuk.

"boleh lah mummy tak syok sangat pun kalau Ayra tau baik tidur kat rumah"

"biasa lah tu Ayra dekat sana kan ramai orang datang nak tengok bola"

"daddy tu dah bising semalam anak-anak dia tak balik lagi ajak tidur pun taknak nak tunggu korang balik dulu"cerita Puan Maisarah.

Encik Rosli risau benar anak-anaknya keluar waktu malam kalau boleh dia mahu sahaja kurung anak-anaknya duduk di dalam rumah. Dah izinkan keluar dia pula risau anak-anaknya belum pulang sanggup tidak tidur nak tunggu anak-anak pulang dahulu.

"semua salah abang Reez mummy. Sembang dengan kawan dia macam tak ada hari esok"

"Reez tu memang kawan tu penting. Lepasni tak payah dah ikut abang kamu tu duduk je rumah. Daddy tu bukan suka kamu keluar malam-malam ni semalam je daddy tu izinkan katanya kesian kamu je"

Ayra Amani hanya tersengih mendengar. Encik Rosli memang melayan dirinya seperti anak kandung sejak dia datang ke rumah ini. Bersyukur dirinya dapat merasakan sebuah keluarga.

"amboi dua beranak ni sembang apa lah sampai dengar dari depan lagi ni?"tanya Encik Rosli yang baru sampai di dapur.

"tak saya tanya Ayra semalam seronok tak lepak mamak"jelas Puan Maisarah kepada suaminya.

"habistu seronok ke tidak Ayra?"tanya Encik Rosli pula.

"tak syok! Baik Ayra teman daddy pi main golf ja"kata Ayra Amani sambil bermain dengan sudu dan garpu.

Encik Rosli  ketawa mendengar. Sememangnya dia selalu membawa Ayra Amani menemani dirinya bermain golf bersama-sama kawan-kawannya tapi tak pernah lagi Ayra Amani cakap tak seronok menemaninya di kelab golf tapi baru semalam je lepak mamak terus cakap tak seronok.

"memang lah tak seronok semalam ada yang kena mengorat"usik Fareez yang baru muncul itu.

"siapa yang kena mengorat?"tanya Encik Rosli tidak faham.

"Ayra lah kena mengorat dengan Naufal semalam"balas Fareez selamba.

"bukan Reez kata Naufal tu ada awek dah ke?"tanya Puan Maisarah sambil mengerut dahi.

Anak-anaknya senang bercerita hal-hal begitu kepadanya. Dia pula suka mendengar cerita anak-anaknya itu. Dengan anak-anak ini kena sporting juga jangan terlalu serious sangat nanti anak-anak takut nak kongsi apa-apa masalah.

"dia kan playboy mummy semua perempuan dia nak try termasuklah Ayra"

Puan Maisarah hanya menggeleng kepala. Kuah sambal yang tadinya di dalam kuali dicedok masuk ke dalam mangkuk sebelum dibawa ke meja makan. Semua sedang menunggu makanan di meja makan. Sebab itulah dia suka memasak. Apa sahaja yang dia masuk dimakan dengan lahap oleh anak dan suaminya.

"kamu tu pun apa kurangnya kan dah nama pun kawan"usik Puan Maisarah sambil ketawa.

Ayra Amani membantu menyedok nasi ke dalam ke semua pinggan. Nak memasak tu dia tak berapa pandai lah kalau suruh dia basuh pinggan dia pandai. Makan pun pandai juga.

"kejap lagi mummy dan daddy nak keluar ambil abang kamu. Korang berdua nak ikut tak?"tanya Encik Rosli setelah sekian lama diam mendengar perbualan anak dan isterinya itu.

"abang Leeq balik hari ini?"tanya Ayra Amani terkejut.

Mana tak terkejut katanya lambat lagi abangnya yang seorang itu mahu pulang. Sudah sebulan lebih tamat belajar tapi tidak pulang-pulang lagi ke Malaysia katanya mahu terokai negara orang dahulu sebelum pulang ke Malaysia.

Encik Rosli mengangguk kepala. Sudah lama tidak ketemu dengan anak sulung mereka itu. Hampir 5 tahun belajar di negara orang jarang sekali pulang ke Malaysia tanpa sebab. Raya pun tak balik ke sini raya disana.

"mestilah nak daddy! Tak sabarnya nak jumpa abang Leeq"kata Ayra Amani teruja.

"bila dah jumpa abang Leeq tu abang Reez yang ini pun dah kena pulau kan"kata Fareez dengan nada sedih.

"tak lupa cumanya Ayra lebih rindu abang Leeq dari abang Reez"balas Ayra Amani selamba.

"oh tak apa lepas ni nak apa-apa suruh abang Leeq belikan jangan suruh abang Reez dah. Dah buat orang terasa hati"

Terhibur mereka dimeja makan. Manakan tidak di luar bukan main berlagak macho dekat rumah manja lebih. Dengan budak 17 tahun pun boleh merajuk tak padan dengan umur 22 tahun.

"ala jangan lah tak sat tu main-main jalah. Dua-dua Ayra sayang"

"nasib pujuk"

Encik Rosli dan Puan Maisarah hanya menggeleng kepala. Itu baru Ayra Amani dan Fareez belum anak sulungnya lagi kalau semua berkumpul meriah rumah ini. Bergaduh macam nak pecah rumah.

BARU sahaja Syed Azrief menarik kerusi mahu duduk, suara sang ibu kedengaran ditelinga.

"Rief malam nanti jangan keluar kemana-mana ye abah ajak kita semua keluar makan malam ni dekat luar"kata Datin Suraya kepada anak lelakinya.

Bukan tak tahu perangai anaknya itu celik saja mata terus nak keluar sehari pun tak lekat kat rumah. Nak nampak muka pun susah kalau hari cuti.

"tapi Rief ada hal"

"hal apa yang penting selain keluarga? Tak ada malam ni semua kena ada dekat rumah. Mama taknak abah kamu bising kalau tak ada. Jarang kita nak berkumpul ramai-ramai"kata Datin Suraya tegas.

Mana tidaknya anak buat salah yang dipersalahkan adalah dirinya. Anak lelakinya keluar lewat malam tak pulang-pulang dia juga yang disoal siasat oleh suaminya.

Syed Azrief terpaksa mengangguk kepala. Terpaksalah menangguh lah keluar dengan Amelyn malam nanti. Sudah lah semalam dia gatal mulut berjanji mahu pergi ke pusat karaoke bersama kekasih hatinya. Kejap lagi mesti merajuk punya. Dah boleh agak dah perangai kekasihnya itu.

"semalam kamu balik lepak dengan Ameer dan Hariz pukul berapa?"tanya Datin Suraya sambil menyedok mee goreng ke dalam pinggan anaknya.

"pukul 2"jawab Syed Azrief selamba.

"buat apa dekat luar balik rumah dekat pagi? Nasib abah tak tanya banyak kalau tidak tahu lah nak jawab apa dengan abah kamu tu"

Dato Syed Adham seorang yang tegas mendidik anak-anak tapi tidak untuk anaknya seorang ini Syed Azrief. Selalu sahaja melarang pantang. Pesan suruh pulang sebelum pukul 12 tengah hari tapi pukul 2 pagi baru pulang. Entah apa yang dibuat diluar pun tak tahu lah. Nasib baik anak lelaki jadi tidak kisah sangat mereka tahu jalan pulang kalau anak perempuan buat perangai begitu dah lama jadi arwah.

"lepas lepak mamak kitorang pergi kedai casing Zaim kejap macam biasa. Balik tu pun sebab nak hujan kalau tidak tak balik lagi lah"kata Syed Azrief selamba.

"ish budak ni ada yang kena ketuk kejap lagi kot. Beringat lah sama kamu tu nak SPM dah tahun ni jangan kerja melepak je dapat result tak memuaskan hati abah kamu tu nahas kita semua kena dengar dia membebel. Kamu sanggup ke?"

"insha Allah Rief akan buat yang terbaik mama jangan lah risau hal tu. Rief tahu apa yang Rief buat"pujuk Syed Azrief sambil senyum.

"kamu tu satu-satunya harapan abah dan kamu juga yang bakal ambil alih SA Holding suatu hari nanti jadi belajar rajin-rajin banggakan mama dan abah"

Syed Azrief hanya mengangguk kepala. Bosan asyik dengar benda yang sama dari dulu hingga kini. Serahkan jelah kepada kakaknya yang seorang itu kenapa nak kena tunggunya pula? Sebab kakaknya perempuan sebab abahnya taknak beri? Cliche lah semua tu.

"mana semua pergi? Abah dengan kak Scha?"tanya Syed Azrief yang baru sedar dimeja makan hanya ada dia dan Datin Suraya sahaja.

"abah jumpa client. Kakak tu baru lepas balik jogging entah tidur semula ke apa tak tahu lah"

"pemalasnya dah turunkan berat pastu tambahkan berat lagi"

"diam nanti kakak kamu dengar habis pecah pinggan mama kena hempuk"

Sharifah Alisha itu paling pantang kalau dikatakan gemuk mahupun berisi. Biasalah perempuan kan tak boleh ayat paling sensitif itu auto nak marah. Pernah dulu Syed Azrief mengejek kakaknya berisi habis pinggan Datin Suraya terlebih dua di dalam singki. Dulu Sharifah Alisha seorang yang berbadan besar tapi sejak masuk universiti Sharifah Alisha mula berdiet makan malam pun dah jarang. Hanya makan nasi dan lauk sayuran mahupun ikan sahaja yang lain itu langsung tak makan.

SETIBANYA di KLIA, mereka menunggu ketibaan Faleeq di atas kerusi itu. Melihat jadual penerbangan kapal terbang yang dinaiki oleh Faleeq itu sudah pun mendarat tapi lama sungguh nak menunggu tiba. Hampir 45 minit dah menunggu tapi tuannya masih tidak munculkan diri.

Mata Ayra Amani berliar ke seluruh KLIA. Tiba-tiba matanya terhenti ke arah satu kedai coklat yang viral di KLIA itu. Rugi ni kalau tak masuk boleh teringat-ingat nanti.

"abang sat lagi kita pi kedai coklat tu mau tak?"tanya Ayra Amani sambil menunjuk kedai coklat berhadapan dengan mereka itu kepada Fareez.

"buat apa? Dekat kedai lain pun boleh beli lah coklat tu"kata Fareez tidak menyokong lalu dia memasukkan tangan kedalam hoodie hitamnya.

Kalau tak habiskan duitnya memang tak sah. Bukan dia tak tahu akal adiknya seorang itu sengaja beri hint padahal dia nak masuk borong semua coklat disana. Banyak cantik muka dia borong coklat yang bayarnya dia juga.

"alaa boleh lah bukan selalu mai sini. Satgi kita pi eh abang Reez"pujuk Ayra Amani lagi.

"yelah kalau tak kikis duit abang memang tak sah!"

Ayra Amani tersenyum gembira. Siapa lagi yang boleh kikis abangnya yang kedekut ini. Semua benda berkira tapi alhamdulilah dengan keluarga tak berkira tapi selalu meminta duit kepada orang tua.

"mummy pukul berapa abang Leeq nak sampai ni? Naik lenguh dah ni kaki Reez berdiri macam tiang bendera je"adu Fareez sambil menghentakkan kakinya di atas lantai untuk bagi menghilangkan rasa lenguh di kaki.

"sabar lah kejap mummy rasa abang kamu dah keluar tengah tunggu beg lah tu"kata Puan Maisarah kepada anaknya. Dia nak ikut tapi banyak betul complain.

"mummy daddy tu abang Leeq!"kata Ayra Amani teruja.

Semua memandang ke arah Faleeq yang sedang menolak troli berisi beberapa bagasi di atas troli itu. Nasib baik lah Ayra Amani dapat mengecam Faleeq dengan baik kalau tak memang mereka tidak perasan lah kerana Faleeq memakai topi di kepala berserta kaca mata hitam di mata. Ingat artis Korea ke?

"mummy daddy"tegur Faleeq sebaik sahaja dihadapan ibu bapanya.

Troli yang ditolak langsung diletakkan ketepi lalu tubuh ibu bapanya di peluk erat. Rindu sungguh akan orang tuanya ini. Lain benar rasa jumpa depan-depan dengan jumpa dalam face time.

"anak mummy ni macam mana sihat? Kenapa mummy tengok kamu makin kurus ni?tanya Puan Maisarah sambil membelek tubuh anaknya itu.

"alhamdulilah Leeq sihat je. Mana tak kurus hari-hari telan sayur je mana nak dapat masakan macam mummy masak"kata Fareez sambil tersenyum.

"balik nanti mummy masak apa yang kamu nak ye"

"sudah-sudah lah berjejak kasih dekat sini. Leeq tu pun mesti penat jalan jauh"kata Encik Rosli menghentikan drama anak beranak itu.

"ehem"

Semua mata beralih kepada Ayra Amani yang memandang Faleeq dengan membuat muka comel itu. Fareez membuat muka seperti mahu muntah, mula lah tu nak menggedik dengan abang kesayangan lah katakan. Dia terus dilabel abang tak dianggap.

Faleeq melepaskan tubuh ibu dan bapanya lalu dia pergi kepada Ayra Amani dan Fareez. Kedua-dua wajah adiknya itu dipandang sebelum dia memeluk tubuh adik-adiknya.

"woi sudah aku tak bernafas ni"kata Fareez di dalam pelukan abangnya itu.

"eleh padahal kau rindu aku kan"usik Faleeq kepada Fareez.

"argh tak ada masa nak rindu kau"

Faleeq ketawa mendengar. Yelah tak rindu di dalam whatsapp bukan main tanya bila nak balik dah ada depan mata ego tinggi menggunung. Dah nama pun lelaki kan ego sangat.

"Ayra rindu abang tak?"tanya Faleeq beralih kepada Ayra Amani pula.

"mestilah rindu. Rindu sangat-sangat. Bosan tau tak abang tak ada, tak orang yang boleh dengar cerita Ayra ni"

"kan ada Reez kenapa tak cerita kat dia je?"

"abang Reez bukan boleh membantu. Dia mengejek Ayra lagi adalah. Meluat kadang nak bagitau dia"kata Ayra Amani selamba.

Wajah Fareez sudah lain. Oh kata depan-depan. Main kasar.

"esok pergi sekolah sendiri jangan kejut abang kan abang kesayangan dah balik"perli Fareez berjauh hati.

"ada yang koyak lah Ayra tapi bukan kertas"usik Faleeq pula sambil ketawa.

Encik Rosli dan Puan Maisarah menggeleng kepala dengan gelagat anak-anak mereka itu. Seorang kuat mengusik, seorang kuat merajuk dan seorang lagi kuat buat abangnya sakit hati memang lengkap lah rumah mereka.

"sudah nak gaduh ke apa tunggu balik rumah dulu"kata Encik Rosli kepada anak-anaknya.

"Leeq sudah lah mengusik Reez"kata Puan Maisarah sambil menggeleng kepala. Ketara sangat wajah merajuk anak lelakinya itu.

Faleeq sudah mengangkat tangan diatas. Nak buat macam mana dia memang suka mengusik adik-adiknya dari dulu lagi. Lagi dia suka mengusik Fareez kerana Fareez kuat sentap dan suka merajuk. Memang jadi bahan usikan dia lah.

"malam ni kita keluar makan dekat luar sambil tu kita ada special guest"kata Encik Rosli yang sedang menolak troli bagasi anaknya itu.

"sapa daddy?"tanya Ayra Amani ingin tahu.

"nanti korang tahu lah dah jom balik"

"abang kata nak pi kedai coklat?"kata Ayra Amani apabila dia teringat tentang kedai coklat yang dia beritahu Fareez sebentar tadi.

"pergilah sendiri abang kesayangan kan dah balik tu jangan ajak abang. Merajuk 2 hari"

SEPERTI yang dijanjikan oleh Encik Rosli mereka sekeluarga keluar makan di luar kerana mahu menyambut kepulangan anak sulung mereka itu. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Dah berkumpul tapi sorang pula tak ada sekarang ini semua ada disini.

"lah ingat makan dekat mamak je tadi"perli Fareez sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam hotel ternama.

"kamu ni memang kan Reez ni kira bagus lah daddy belanja hotel kegemaran korang dari daddy beli satay makan dekat rumah je"kata Encik Rosli yang sedang membelek-belek menu.

"sudah-sudah jangan nak membising dekat sini dah pilih makanan korang"kata Puan Maisarah.

Kalau dia tidak bersuara pasti mereka akan bergaduh sesama sendiri yang mula dulu sudah semestinya tak lain tak bukan iaitu Fareez.

Ayra Amani dan Faleeq hanya ketawa. Fareez ni memang lah seorang manusia yang tidak reti bersyukur dan cakap main lepas je langsung tak pandang kiri kanan. Selalunya perempuan yang mulut capoi ini terbalik pula.

"assalammualaikum..."


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

430K 15.6K 70
𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
33K 994 30
Haraaz Mateen vs Haura inara love πŸ’•
188K 7.1K 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia per...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...