Psycho Itu Aku Punya

By itsmenurfa

362K 13.6K 1.3K

SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yan... More

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80

BAB 1

15K 286 7
By itsmenurfa

"KUTIP betul-betul lah budak harap pakai cermin mata je besar tapi buta!"kata Ameer kawan baik kepada Syed Azrief, mereka bertiga ketawa suka apabila dapat melihat muka budak itu seperti mahu menangis. Dasar cengeng!

"kau ni budak saja je kan nak cari pasal? Orang suruh kutip tu kutip lah betul-betul"balas Hariz pula sambil menunjal kepala budak tingkatan satu yang melanggar bahu Syed Azrief pagi tadi.

Budak itu sudah pun memohon maaf kepada mereka tapi siapa suruh langgar salah seorang dari mereka kan sekarang kan dah mendapat penyakit. Tak pasal-pasal menjadi bahan buli mereka bertiga.

"sekarang ni aku nak kau nyanyi lagu twinkle little star kalau tak kau memang akan jadi mangsa tetap kitorang lah budak"kata Syed Azrief sambil mengeluarkan rokok dari poket seluar sekolahnya lalu dia menyalakan putung rokok dengan lighter.

Asap yang keluar dari hidung dihembus tepat pada wajah budak itu. Terbatuk-batuk budak itu apabila asap itu terkena wajahnya.

"nyanyi lah bodoh kan Azrief suruh kau nyanyi tu kau pekak ke apa?"kata Ameer lalu dia menunjal kepala budak itu. Geram pula dia melihat budak berkaca mata besar itu.

"sakit lah bang kepala saya. Okay saya nyanyi"kata budak lelaki bernama Azri itu.

Agak malu sebenarnya mahu bernyanyi sudah lah ramai yang menonton wayang percuma sekarang ini. Kena nyanyi pula lagu yang tengah viral pada waktu ini. Memang malu lah mukanya tapi apakan daya dia mangsa buli terpaksalah turutkan juga.

"dah tuh takkan keras je? mana pergi suara kau?"kata Hariz pula.

"semalam bobo di mana"

"kuat lagi!"jerit Syed Azrief dengan kuat.

"bobo sama siapa ngapain aja"

Semua orang disitu ketawa dengan kuat termasuklah tiga jejaka kacak itu. Budak itu menunduk kepala tanda malu. Siapa sahaja tak malu ramai yang menonton dirinya sekarang ini. Sikit lagi air matanya mahu berjurai turun.

"hoi apa ni buli orang? tak ada hati perut ka? suka hati ja buli anak orang"kata perempuan itu sambil menyilang tangan ke dada dan memandang tepat kearah ketiga-tiga lelaki itu.

"siapa pula minah heroin ni tiba-tiba nak masuk campur urusan kami? kau kakak dia ke?"kata Syed Azrief lalu bangun dari duduk. Melangkah mendekati gadis acah heroin itu.

Mata Syed Azrief dan mata gadis itu bertentangan. Wajah gadis itu sungguh berlagak dimata Syed Azrief.

"memang aku bukan kakak dia tapi apa hak hampa semua nak buli dia sampai macam tu? Dia adik hang ke? Dia ada buat salah apa dengan hampa?"

Membuntang mata Syed Azrief mendengar. Hatinya kian membara saat ini. Ikutkan hati mahu sahaja dia melayang penumbuk ke arah wanita itu nasib baik dihadapannya ini perempuan kalau lelaki memang selamat dah kena penumbuk serdas dua.

"jangan nak masuk campur dengan urusan orang lain kalau kau sendiri tak tahu puncanya"

Gadis itu hanya ketawa kecil. Dia tidak takut berhadapan dengan tiga jejaka itu. Benda dah salah memang patut pun kena tegur. Yang peliknya yang lain ni semua buta ke tengok saja taknak tolong ke? Itulah perangai manusia lebih suka melihat orang dibuli daripada menolong.

"entah apa-apalah perangai. Fikir diri tu hebat sangat ka? Tunggu apa balik lah ke kelas hang takkan hang nak depa buli hang lagi?"kata gadis itu kepada budak bernama Azri itu.

"huh?"kata budak itu tidak faham.

"kalau hang memang suka kena buli dengan depa teruskan i can't say anything"

"terima kasih kak!"kata budak itu keluar lalu berlari dengan laju. Dia takkan lagi ketemu dengan tiga jejaka itu. Kalau jumpa pun harus mengelak!

Selesai sahaja gadis itu memutar badan lalu melangkah pergi. Dia mahu ke pejabat sekolah tapi tidak tahu dimana. Tengah mencari dimana pejabat sekolah telinganya terdengar suara herdikan terus dia datang dan ada tiga lelaki sedang membuli seorang budak lelaki. Bersepah sampah di atas lantai. Sah budak itu kena buli.

"kurang ajar punya perempuan berani kau sound aku depan orang"kata Syed Azrief geram.

"dia budak baru ke? Cara bercakap macam orang utara je. Lencana sekolah pun tak ada"kata Ameer pula.

"mungkin"balas Hariz pendek.

Syed Azrief masih memandang gadis itu yang hampir hilang dari pandangannya. Tiada seorang pun yang berani menegur dirinya selama ini. Hari ini dalam sejarah dia dimalukan di depan orang ramai. Sungguh menjatuhkan air muka seorang Syed Azrief di sekolah ini.

SHARIFAH Alisha melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman di bibir. Matanya terpandang ke arah Syed Azrief yang berada di atas meja Danish sambil menunjal-nunjal kepala Danish. Sudah lah budak itu pendiam orangnya kalau kena buli pun masih berdiam diri lagi.

Tergeleng kepala Sharifah Alisha melihat perangai anak muridnya yang seorang itu tidak habis-habis menimbulkan masalah di sekolah. Padahal ini sudah tahun akhir di sekolah ini tapi masih tidak berubah lagi perangai itu.

"Assalammuaikum kelas sila duduk tempat masing-masing. Azrief duduk ke tempat awak!"

Syed Azrief menjeling ke arah guru kelasnya. Sempat rambut Danish dikusutkan sebelum dia melangkah ke tempat duduknya dihujung tingkap.

"baiklah cikgu ada berita gembira untuk korang semua. Hari ini korang semua akan dapat rakan baru"

"hah budak baru? mana dia cikgu?"

"lelaki ke perempuan?"

"cantik ke tak? handsome ke tak?"

"kalau dia lelaki aku nak dia!"

"stop it kelas! Saya tak sempat nak perkenalkan dia lagi korang dah bising cuba bawa bertenang sikit"marah Sharifah Alisha.

Belum sempat perkenalkan dah bising satu kelas. Nasib baiklah ini kelasnya yang dia kena hadap perangai selama satu tahun ini. Lepas ini dia tidak mahu menjadi guru kelas dah. Ini kelas terakhirnya pada tahun ini tahun depan dia tak nak dah jadi guru kelas.

Semua seisi kelas kembali diam takut dengan guru kelas mereka itu nampak je lemah lembut tapi garang. Sharifah Alisha melangkah keluar dan memanggil seseorang diluar pintu itu untuk masuk ke dalam.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kelas seisi kelas menjadi sunyi sepi. Ini perkara yang dibenci oleh pelajar baru. Rasa kekok dan takut pada masa yang sama.

"ini lah rakan baru korang semua tu, Ayra sila perkenalkan diri kamu kepada kelas"kata Sharifah Alisha kepada gadis bernama Ayra itu.

"assalammuaikum semua nama aku Ayra Amani Bt Hisham, aku baru ja pindah sini sebelum ni aku sekolah di Penang. Aku harap kita dapat berkawan dengan baik"kata Ayra Amani dengan lembut.

Matanya beralih memandang ke arah seorang lelaki bergaya badboy yang bersandar dinding. Mata lelaki itu turut memandang ke arahnya juga tapi dengan senyuman sinis. Alamak apakah nasib dia ini.

Ayra Amani sudah menelan air liurnya yang rasa pahit itu. Itu lelaki yang dia sound pagi tadi. Dia nasib ingat lagi wajah lelaki itu dan 2 orang lelaki bersamanya pagi tadi. Maknanya mereka sekelas. Apakah semua ini.

"okay dah selesai sekarang ini Ayra kamu boleh duduk tepi lelaki yang duduk tepi tingkap tu ye"kata Sharifah Alisha sambil tersenyum.

"cikgu tak ada tempat lain ke cikgu untuk saya?"tanya Ayra Amani di tepi tudung Sharifah Alisha dengan perlahan.

Sharifah Alisha menggeleng kepala. Ditepi itu sahaja tempat kosong. Sebelum ini ada seorang budak lelaki disebelah Syed Azrief tapi akibat sering dibuli budak lelaki itu mengambil keputusan untuk pindah ke sekolah yang lain kerana tidak tahan dirinya terus dibuli oleh Syed Azrief. Sampai sekarang tempat itu masih kosong tiada siapa yang berani untuk duduk disitu.

Dengan berat hati Ayra Amani melangkah ke tempat duduk barunya dengan macam-macam perasaan di dalam hatinya. Rasa berdebar rasa takut semua ada. Kalau boleh diputarkan masa dia taknak tegur lelaki itu kalau dia tahu mereka akan sekelas.

Ayra Amani menarik kerusi tanpa memandang ke arah lelaki itu dengan pantas ada kaki yang menyilang dia atas kerusi. Mata mereka bertentangan lagi. Lelaki itu hanya memberikan senyuman sinis kepada Ayra Amani.

"Syed Azrief! jaga tingkah laku kamu tu! turunkan kaki tu cepat"marah Sharifah Alisha sambil mencekak pinggang.

Dengan malas Syed Azrief menurunkan kakinya lalu dia menjeling kearah Ayra Amani yang sedang berdiri di tepi meja itu. Ayra Amani memandang lelaki itu dengan perasaan geram, meluat, benci, semua ada. Kalau tak kerana disini sahaja tempat kosong dia takkan sudi duduk disini nak pula disebelah lelaki ini. Semua sebab terpaksa je tau!

Selesai sahaja 2 waktu untuk English iaitu waktu Sharifah Alisha terus waktu rehat. Ramai pelajar sudah mula meninggalkan kelas untuk ke kantin atau koop.

Tangannya sibuk mengemas barangannya di atas meja datang 2 orang perempuan menghampiri mejanya dengan senyuman. Ayra Amani hanya membalas senyuman mereka itu dengan ikhlas.

"hai nama aku Melissa kau boleh panggil aku Mel je"kata perempuan itu sambil tersenyum.

"nama aku pula Rania kau panggil Nia pun tak apa"kata perempuan di tepi Melissa sambil menayang senyuman sehingga menampakkan giginya memakai pedakap gigi.

"oh okay. Hampa dah tahu kan nama aku? so aku tak payah bagitahu sekali lagi kan?"tanya Ayra Amani basa basi.

"kitorang ingat lah nama kau Ayra Amani kan. Memandangkan kau budak baru mesti kau tak ada kawan kan jadi kita berkawan?"

Ayra Amani terus mengangguk setuju. Tak payah susah-susah fikir nak berkawan dah orang yang datang ketemu dengannya dahulu. Dia fikir dia akan susah mendapat kawan nak-nak pula di sekolah baru rupanya dekat budak bandar ini tidak lah sombong mana pun ada cuma sesetengah sahaja.

"kitorang nak bagitahu kau sesuatu ni"

"apa benda?"

Melissa mengamit Ayra Amani untuk datang dekat. Benda begini kena berbisik sahaja tak boleh bercakap kuat-kuat nanti orang lain akan dengar.

Ayra Amani hanya menurut sahaja. Melissa dan Rania saling berpandangan sebelum mereka memulakan cerita.

"mamat sebelah kau tu budak hot dekat sekolah kita. Dia ada dah awek dan awek dia tu budak kelas sebelah. Awek dia tu kaki cemburu tak boleh tengok pakwe dia tu cakap sikit je dengan perempuan terus nak melenting. Kitorang cakap ni bukan nak takut-takutkan kau tau tapi kitorang nak kau berhati-hati dengan dia. Kalau boleh kau jangan bercakap langsung lah dengan dia ya. Walaupun awek dia kelas lain tapi percayalah ada mata-mata awek dia dalam kelas ni"cerita Melissa perlahan hanya mereka sahaja dapat mendengar.

"dah tu apa kena mengena dengan aku pula?"tanya Ayra Amani tidak faham.

Melissa mengeluh perlahan. Rasanya dia dah bagi ayat yang sangat detail takkan lah tak faham-faham lagi?

"in case kalau kau nak bercakap dengan dia kau ingat pesanan kitorang ni. Awek dia tu gila kau tahu"kata Rania pula.

"tak ada kerja aku nak bercakap dengan dia. Tak ada faedah pun!"balas Ayra Amani sambil tersenyum sinis.

"dah jom turun rehat nanti kitorang cerita lagi benda yang sepatutnya kau tahu"

Mereka bertiga terus keluar dari kelas untuk ke kantin.

SELESAI sahaja rehat mereka bertiga berjalan menuju ke kelas di blok E. Jauh juga mahu sampai ke kelas mereka sungguh memenatkan. Sambil berjalan mereka bertiga saling berkongsi bermacam-macam cerita bersama seolah-olah mereka sudah kenal lama. Nak buat macam mana Ayra Amani memang seorang bermulut ramah dengan siapa pun boleh ajak berkawan.

"weh aku rasa sakit perut lah pula"kata Ayra Amani sambil memegang perutnya yang terasa memulas itu.

"kau nak membuang ke? Nak kitorang teman tak?"tawar Melissa kepada Ayra Amani.

"tak payah lah biar aku pi sorang ja tapi aku tak tau nak pi tandas mana"

"okay kau jalan terus lepastu kau belok kanan kau masuk tandas tu. Tandas tu jarang orang pergi sebab jauh dari blok kita"

Mendengarkan itu Ayra Amani terus memecut laju meninggalkan Melissa dan Rania. Benda dah tak tahan takkan nak tunggu lagi. Benda lain boleh bawa bincang lagi tapi main dengan sakit perut dan nak buang air kecil memang tak boleh main-main.

Sampai sahaja ditandas terus Ayra Amani menolak daun pintu itu. Sungguh dia tak tahan sangat padahal bukan dia makan nasi ke apa cuma alas perut dengan roti ikan bilis sahaja itu pun dah boleh buat perutnya memulas seperti baru lepas makan benda yang pedas.

Lega itu yang dia rasakan sekarang ini. Betul kata Melissa dekat sini tiada orang guna jadi selesa sikit mahu membuang tanpa sebarang gangguan.

Dihadapan cermin Ayra Amani membetulkan awning tudung yang nampak senget dimatanya itu. Susah betul nak bentukkan dia asyik tak menjadi sahaja. Iron lah banyak kali pun kalau tak jadi memang tak menjadi! Seharian lah mood baiknya hilang sebab tudung tak menjadi.

Baru selangkah keluar dari tandas telinganya seperti terdengar suara lelaki dan perempuan seperti dekat sahaja dengan dirinya.

Ayra Amani mengerut dahi. Siapa pula yang berdating belakang tandas ni? Kalau ye pun nak berdating pergi lah tempat lain ini tempat busuk macam ni nak berdating. Asal boleh je budak zaman sekarang ni.

"sayang nanti malam kita pergi karaoke nak tak? bosan lah asyik duduk rumah je"kata perempuan itu dengan nada manja.

"tak boleh kot sayang malam ni i dah janji nak lepak-lepak dengan Ameer dan Hariz maybe next time?"kata lelaki itu dengan nada memujuk.

"tak habis-habis lepak dengan diorang. Siapa girlfriend you sebenarnya ni? I ke diorang?"kata perempuan itu dengan suara seperti mahu menangis.

"mestilah you sayang. I tak boleh tolak bila diorang ajak lepak you pun tahu kan i dengan diorang macam mana. I janji nanti kita pergi karaoke sama-sama"

"you janji eh? Hanya kita berdua je"

"ye i janji"

"hai macam pernah dengar suara lelaki tu"kata Ayra Amani perlahan. Risau kalau suaranya dapat didengari oleh orang lain.

Dengan rasa ingin tahu Ayra Amani menjengul sedikit kepalanya untuk melihat gerangan manusia itu. Siapa agaknya pemilik suara lelaki dan perempuan itu.

Terbeliak matanya melihat aksi itu dengan matanya sendiri. Mananya tidak lelaki dan perempuan itu sedang bercumbu di belakang tandas. Sungguh ghairah sehingga tidak sedar bahawa mereka itu berada di dalam kawasan sekolah.

"tak senonoh. Pervert punya jantan"

TANGANNYA sibuk menyalin nota dari buku Rania terhenti apabila ada sosok lelaki yang sedang berdiri hadapan mejanya sambil menyilang tangan. Perlahan-layan Ayra Amani mengangkat wajah. Dia mengeluh perlahan. Apa lagi yang dia ini nak?

"kau skodeng aku kan tadi?"tanya Syed Azrief dengan kening terangkat.

"bila masa aku skodeng hang? Apa hang ingat aku ni tak ada kerja sangat ka?"balas Ayra Amani berani.

Melissa memberi isyarat mata kepada Ayra Amani. Ayra Amani masih belum kenal siapa Syed Azrief yang sebenarnya. Memang cari nahas lah bergaduh. .

"kau fikir aku tak nampak kepala kau mengintai kitorang tadi?"

"perasannya! Hei aku ni tak ada masa nak mengintai hang lah. Sapa suruh hang buat benda tak senonoh belakang tandas tadi. Dah kantoi gelabah pula"

Kecil besar sahaja Syed Azrief melihat gadis dihadapannya ini. Gadis itu fikir dia tak nampak ke yang gadis itu menjengul kepala. Kalau nak skodeng orang pun kena belajar caranya juga jangan main hentam je kan dah kantoi. Buat kerja tak clean langsung!

"apa yang kau dah dengar dari perbualan kitorang tadi?"

"aku tak dengar apa-apa pun. Aku TERnampak faham tak!"

Malas mahu berbalah dengan lelaki dihadapannya itu Ayra Amani kembali mengambil pen untuk menyambung tulis. Buat masa je bergaduh benda yang tak berfaedah macam itu lebih baik salin nota ini.

Geram dengan perangai gadis itu yang menunjuk wajah tidak bersalah. Pen ditangan gadis itu direbut lalu diangkat tinggi.

"weh bagi lah balik!"

Ayra Amani bangun dan mengapai pennya yang diangkat tinggi oleh Syed Azrief. Agak-agak nak pedajal orang pun. Lelaki itu dah lah tinggi macam galah nak dibandingkan dengan dia yang kecil hanya paras bahu ini mana nak sampai.

"kalau kau nak ambil lah sendiri. Usaha tangga kejayaan"kata Syed Azrief sambil tersenyum sinis. Ini balasan orang buat salah tak mengaku!

Seisi kelas memandang ke arah mereka berdua. Mereka hanya mampu melihat sahaja tak mampu nak menolong. Siapa tak kenal dengan Syed Azrief. Tidak suka urusannya di masuk campur oleh orang lain.

Kerusinya dipandang sebelum Ayra Amani memanjat kerusi berharap dia akan sampai untuk mengambil balik pennya itu. Tergagau-gagau tangan Ayra Amani ingin mencapai pennya itu.

Lelaki itu pula jahat punya perangai lagi diangkat tinggi supaya Ayra Amani tidak boleh ambil. Rasakan!

"baik hang bagi balik sebelum aku buka aib hang yang tadi"ugut Ayra Amani sambil mencekak pinggang.

"jadi kau dengar dan nampak lah apa yang jadi tadi?!"

Ayra Amani mengetap bibirnya. Oh no terlepas cakap!

"tak...tak dengar. Aku nak pen aku balik je cepat lah bagi balik"

Syed Azrief menggeleng kepala tanda tidak mahu pulangkan semula. Dah mengaku tapi bila dah kantoi menafikan pula. Perempuan memang suka cakap berbelit-belit. Sekali cakap je yang betul. Yang lain itu semua tipu.

"lantak hang lah. Malas aku nak layan"

Ayra Amani kembali turun dari kerusi. Setakat satu pen kena curi tak apa dia ada banyak lagi cumanya dia geram kena rebut macam itu. Macam tak ada adab!

"dah give up ke tu kak?"perli Syed Azrief apabila melihat Ayra Amani kembali duduk dikerusinya.

Melihat Ayra Amani hanya diam. Syed Azrief mendapat satu idea. Dia berjalan ke belakang Ayra Amani dengan perlahan tangannya menyentuh hujung tudung sebelum tangannya menarik hujung tudung Ayra Amani dengan kuat.

"weh gila!"jerit Ayra Amani.

Tidak menunggu lama terus Syed Azrief memecut lari sambil ketawa terbahak-bahak. Balasan kepada orang penipu macam perempuan itu.

"habis tudung aku!"kata Ayra Amani sambil menghentak kaki.

Sudah lah tudung hari ini tidak mahu jadi boleh pula melawak dengan tarik tudungnya sampai nampak anak tudung di dalam. Nasib tak tertetas tudung itu kalau tidak satu hal pula balik nanti kena jahit balik. Mamat ini memang lah menguji kesabarannya sungguh!



ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Continue Reading

You'll Also Like

560K 22.9K 65
★𝓥𝓮𝓻𝓼𝓲 𝓵𝓪𝓶𝓪 - Yes, I Love You Sir !★ 𝑩𝒆𝒂𝒖𝒕𝒊𝒇𝒖𝒍 𝒄𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒃𝒚 @missfeiyi 🚫Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penu...
232K 15.8K 62
[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian it...
33K 994 30
Haraaz Mateen vs Haura inara love 💕
221K 7.2K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...