Resonan yang bergetar
dari dasar jurang hati paling dalam
hanya dirimu sahaja yang merasakannya
diamati setiap lukanya
lantas kau ubati sendiri
dengan jerih airmatamu
sebagai penawarPundakmu terbeban
dengan ribuan pertanyaan
yang mustahil untuk dipertemukan
dengan sebernas jawapanMembiarkan dirimu terbelenggu
dengan mimpi ngeri yang bernama kekeliruan
tatkala kau beradu di dalam gelapJanganlah kau mengharapkan
sebarang keajaiban
datang dari kekalutan badai semalam
yang tidak pernah memberikan
sebarang pengampunan
buatmu
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...