Pabila kotak itu
Menghidangmu dengan gula-gula kapas bersalut fantasi
Kita jamah tanpa segan
Kita lahap hingga hilang insulin kewarasanKau ketagihkan manis itu
Yang hanya sintetik
Bergelumang di dalam radiasi
Di dalam jagamu yang hidup di bawah paras sedar
Menghakis matamu lebih dahsyat dari dosa semalamKiranya inilah penawar
Buat hati-hati kita yang kacau bilauSelamanya terperangkap di sanubari yang terhalang
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PuisiItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...