Pada suria pagi yang menyinarkan jutaan nyawa kesunyian
rahmat matahari masih tidak mampu membangkitkan api semangat kita
lalu kita hanya menjalani hari ini tanpa roh
tanpa peta minda
tanpa buruj di langit utara
tanpa ertiJasad kita
terlingkung dalam sangkar yang menghimpunkan sayap-sayap patah
namun masih gagah merempuh realiti
walaupun bertongkat paruh yang menunggu saat robohTuntas sudah segala usaha
di dalam kedinginan subuh
serta pekatnya embun hatiwajahmu perlahan-lahan pudar bersama takdir palsu yang pernah kita rekakan
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...