Berdiri!
Jaga sedia
Rehatkan diri
Duduk!Kad perakam waktu sentiasa tercalit
Butiran detik yang bergantikan dollar
Rutinmu telah awal lagi dirancang rapi
Oleh sang siluman di takhta hirarkiBerdiri!
Jaga sedia
Rehatkan diri
Mencangkung!Itu ini, begitu begini
Terapi propaganda yang dirancang rapi
Agar kau lalai pada hakikat yang sebenar
Kalau kau berani melawan arus
Algojo bakal jadi pengantara hidup matimuBerdiri!
Jaga sedia
Rehatkan diri
Meniarap!Minda dikawal melalui kotak dungu
Segala doktrin yang menipu mereka seru
Demokrasi sudah lama mati
Kuburnya tidak bernisan, reput dimamah sepiBerdiri!
Jaga sedia
Rehatkan diri
Jom, pergi mengundi!Kau dan aku bagai biri-biri
Dikeldaikan oleh para serigala Putrajaya
Sampai bila kau harus begini?
Disuap selalu, ditutup mata hati
ČTEŠ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...