Seniman Sampah

93 2 0
                                    

Itu ini
Begitu begini
Ada gurindam yang kata-katanya dikitarsemula
Ada luahan puitis yang telah diplagiat

Itu ini
begitu begini
hanya mengejar nikmat yang seketika
ingin memetik kejora di langit sepi
sinarnya kian malap dihembus waktu
hanya tinggal kiasan abstrak yang hilang erti

Itu ini
begitu begini
masih ada lagi yang berkarya tanpa hati
masih ada lagi yang mahu menyeka lelah
tanpa mahu dihargai

bukankah kita sepatutnya sudah tahu erti?
belajar berdiri ketika telah tersungkur
bukankah kita seharusnya terlalu matang untuk menjadi naif?
belajar berfikir di luar kepompong

Itu ini
Begitu Begini
Semuanya basi
Dek kerana hambarnya seni

Oh realiti
Pergi Mati...

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang