Temujanji Bersama Encik Prozac

40 3 0
                                    

Bagiku
Mengukir sajak
Persis sang peninju yang sedang bergelut
Amarahnya dijulang dan adakala terhiris
Kudrat kian terhakis

Bagiku
Melukis syair
Persis primadona yang berlakon
Watak sendu dan terpilu
Di dalam teater yang disimbah suram
Ngilu hati dikongsi
Pada mata-mata berkaca yang memerhati

Kau kata ini terapi?

Sudahlah, jangan bercanda ya sahabat

Kerana
Melankoli itu pendampingku yang setia
Di kiri mahupun kanan

Mungkin ianya terzahir sejak dariku lahir

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now