Di dalam dewan tari-menari ini
seringkali kita merencanakan
setiap gerak langkah yang gemalai
menyempurnakan satu dansa yang abadi
disusun rapi tanpa cacat cela
kurangkul pinggangmu
sepenuh jiwa
lalu dibawa jasad-jasad kita ini
bergerak mengikut alunan
metronome yang tidak pernah jemu
menstabilkan gerak nadi kitaKiranya kumahukan
agar sajakku ini
menjadi kidung yang melestarikan
bernuansa antara logik akal
dan emosi kita yang bergelutpabila hujung malam mendekat
dan kita tanpa sedar
menyandarkan setiap angan dan perancangan
dalam mimpi ini kau menyebut namaku
namun aku kian menjauh
lalu yang dapat merapat hanyalah igauan
serta keluh kesah
dan aku juga
meninggalkan dewan keramaian ini
tanpa hiruk pikuk serta canda tawa
kosong tanpa erti
lohong tanpa nadi
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...