Aku hanya insan biasa
Sering alpa dan kalut dalam nikmat dunia
Sering lupa akan asal usul diriku
Sering lupa untuk menangis, bersujud dan memujuk rayu pada Yang Esa
Seringkali tidak mengenang budi dan lupa untuk bersyukurAku hanya insan biasa
Adakalanya aku bertafakur mengingatiNya
Adakalanya aku menabur maksiat sehingga lupa Dia sering memerhati
Adakalanya berasa takut apabila diingatkan tentang seksaanNya
Adakala buat acuh tak acuh tentang itu dan iniAku hanya insan biasa
Boleh jadi hari ini aku sealim ulama
Esok pula bertukar menjadi penyamun
Boleh jadi hari ini berlagak seperti orang kaya
Esok pula mengemis di jalanan
Boleh jadi hari ini jadi pemimpin
Esok pula diusir oleh orang bawahanku bagaikan anjing
Boleh jadi hari ini aku hidup
Esok pula aku matiAku hanya insan biasa
Hanya punyai khilaf yang menimbun
Tidak terlepas dari dosa...
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...