SEDIH ITU MELETIHKAN

5 0 0
                                    

Aku telah berjanji
pada minda, rohani dan jisimku
untuk tidak lagi
memintal benang-benang duka
yang menjalar dan mencengkam
ruang halkum
dan nafasku

Sekembali dari lamunan
kuhulur setiap jemari ke langit
mohon ditemukan aku
dengan denai inginMu
sudah lama terlingkar
dengan asap rokok
yang kuhembus
berdekad lamanya

Agar kembali ketemu
dengan aurora hangatMu
yang sentiasa didakap kejora

Kerana pada telunjukMu
tersimpan kata-kata azimat
menyedarkan dari bungkam
dan terima satu kenyataan
bahawa
sedih itu meletihkan

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramDonde viven las historias. Descúbrelo ahora