Kita tidak layak
menggarap sepenuh jiwa
kata-kata Pak Usman
yang membakar obor keringat
kerana ligat kurang ajar kita
tidak disulami dengan
nawaitu yang tulusKita juga enggan
berwisata penuh patuh
di saat alam menjadi pendeta
lalu kita mudah membitarakan
pada ilmu yang seculitHidup ini ibarat biduk tak bersauh
jauh dari capaian tebing kali
melibas arus yang keruh
tak berpenghujung
jika tiada perkenan
dari yang maha mengetahui
VOCÊ ESTÁ LENDO
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoesiaItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...