Kita (Bahagian 1)

55 1 0
                                    

Izinkan aku menyusuri lorong yang sepi ini
yang dahulunya pernah riuh rendah
dengan ribuan kebingitan perasaan
kini sunyi tiada berpenghuni

Izinkan aku berjalan perlahan di gigi pantai
yang dahulunya menjadi saksi cantuman emosi
terzahir ledakan kimia yang menyatukan
kini larut bersama hempasan ombak

Aku cuba menelan hakikat
tentang sunyinya perbualan kita
ada ayat yang terbentuk
namun hilang makna

kerana tiada lagi "kita" di antara kau dan aku

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now