Mudahkah untukmu perjelaskan?
Kepadaku serta bintang-bintang
Tentang awan yang mendung
Membawa sisa-sisa semalam
Yang dahulunya meringkuk
Di dalam penjara hati kelesuanCeritera ini bagai hantu yang menghantui
Setiap detik yang kau lalui
Lantas kau bingkas berdiri
Menemui aku dalam mimpiKisah kita tidak mungkin tercipta
Kau dan aku hanyalah boneka
Dan hati-hati kita adalah dalangnya
Yang sentiasa bergerak melulu
Tanpa akal cuma nafsuKisah kita ini tidak mungkin terjadi
Tertanam resah di liang azali
Egonya kita hingga tidak mungkin terpateri
Pada saat-saat kita menyendiri
Apa yang tinggal kini
Hanyalah memori
STAI LEGGENDO
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoesiaItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...