memori
kau bagai ranjau yang bersembunyi
di celah-celah rimbunan lalang
setiap kali kuredah
denai sunyi inirindu
sering membelengguku
dalam lipatan kapal origami
lalu hanyut
di sungai air mata
lesu dan kelammelankoli
adalah biduk
menyusur tasik nyawa
menyergah kiambang yang lena
kugerakkan dayung derita
ke tebing mimpi
tidak mahu kembali lagi
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
ČTEŠ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoezieItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...