Kiranya mereka begini
Berkawad menyusur detik-detik getir
Masa semakin mengeluh dan melontar tantrumTerjerumus ke jurang yang hingar-bingar
Terumbang-ambing
Dibawa arus hidupBiarkan aku di sini
Berteman kopi tawarku
Yang menjanjikan aku sifar gastrik
Tanpa perlu mencernakan
pahitnya luka semalamBiarkan aku tersesat
Di bawah rimbunan aksara yang melalikan
Membawaku jauh ke ceruk hutan
Bertemankan mergastua yang asing bagikuDan seandainya kau bertanya perihal khabarku ketika ini di situ
Lantas jawabku mudah saja"Macam neraka, seperti biasa,"
أنت تقرأ
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
شِعرItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...