Kadang-kadang
terhidang juga bait-bait puitis
yang dibalut kata-kata tersirat
untaian kiasan dihijab seribu pembayang
terselindung jauh dari arus norma asal
walhal intinya hanyalah hempedu
kepahitan yang berkecamuk dengan rasa berontaklelah
tetapi masih mampu berdiri
menerjah ke arah lorong yang lohong
moga-moga dapat dipertemukan dengan kerdipan cahayamudahan takdir menyebelahi
agar sinar itu datang menghampiricahaya kebenaran yang mampu menggelapkan kata-kata dusta
![](https://img.wattpad.com/cover/55243559-288-k354033.jpg)
YOU ARE READING
Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah Suram
PoetryItu ini Begitu Begini Semuanya basi Dek kerana hambarnya seni Oh realiti Pergi Mati...