Ke Mana Sahaja Bayu Membawaku

41 1 0
                                    

Buat serpihan hati yang terhempas di Galapogos

Ia mapan terlantar tandus
hanya meneruskan
jaringan airmata
yang kian kontang

Jangan dibiarkan balairung sanubari
sepi tanpa dijejak sebarang emosi
kerana jiwa yang dingin
adalah permulaan kepada
sesuatu yang bakal berakhir

Kerahkanlah kudrat
sayap-sayap kecil yang tersisa
melebar dan menerawang
meninggalkan setiap nyeri mimpi
melerai setiap resah
memadamkan belerang amarah
lantas terabadi
dalam kapsul masa
yang penuh dengan
warna-warna bianglala

Sajak-Sajak Yang Berteduh Di Bawah SuramWhere stories live. Discover now